52% DARIPADA GRADUAN PENDIDIKAN TERTIARI MERUPAKAN GOLONGAN WANITA, NAMUN MENGHADAPI CABARAN KESAKSAMAAN JANTINA DI TEMPAT KERJA
Dalam sesi menarik yang dihoskan oleh dobi layan diri terkemuka, dobiQueen bersama ahli panel pakar mengenai topik, "Peranan Wanita dalam Masyarakat: Menangani Ketidakadilan Gender, Beban Berganda & Kesejahteraan Mental di Malaysia", pelbagai pandangan penting telah dikongsi.
Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendedahkan bahawa pencapaian golongan wanita dalam pendidikan telah bertambah baik dan setanding kaum lelaki dengan rekod 52% mencapai pendidikan tinggi, namun mereka hanya mewakili 37.7% di sektor tenaga buruh. Dari segi pekerjaan mahir, wanita mewakili separuh daripada profesional (50.1%), tetapi masih kurang representasi dalam jawatan kepimpinan utama sebagai pengurus (25.4%), juruteknik dan profesional bersekutu (29%).
“Norma sosial mempengaruhi kesan terhadap jantina, termasuk penyertaan ekonomi. Peranan jantina secara tradisional yang berterusan di mana lelaki dilihat sebagai pencari nafkah utama dan wanita dijangka menjadi pengasuh yang menyumbang kepada ketidaksamaan jantina.
“Norma yang telah lama wujud ini boleh mengehadkan aspirasi dan peluang kerjaya wanita. Daripada jumlah ini, 62.1% wanita di luar tenaga buruh menganggap kerja rumah dan tanggungjawab keluarga sebagai sebab utama tidak bekerja,” kata Puteri Marjan Megat Muzafar, Madya Penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Dalam menangani peranan jantina dan ketidaksamaan, wanita melakukan lima kali lebih banyak kerja penjagaan rumah tanpa gaji berbanding lelaki. Daripada pembersihan dan hal mengasuh kepada penyediaan makanan dan banyak lagi, tugas-tugas "ghaib" ini adalah penting untuk kehidupan seharian tetapi tetap terkecuali daripada langkah ekonomi tradisional.
dobiQueen mengambil perhatian akan perkara ini dengan tinjauan pengguna baru-baru ini mendedahkan bahawa 75% pengguna dobi adalah wanita dan majoriti demografinya terdiri daripada wanita dengan 50% bekerja sepenuh masa dan 50% menjadi suri rumah.
Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dobiQueen, Nini Tan |
“Dengan hanya 25% daripada demografi pengguna adalah lelaki, ini menunjukkan bahawa majoriti wanita menanggung beban kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak dan lain-lain,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif dobiQueen, Nini Tan.
Walaupun sumbangan mereka semakin meningkat kepada ekonomi formal, wanita masih diharapkan untuk menguruskan tanggungjawab rumah tangga dan hal mengasuh. Kekurangan sokongan dan fleksibiliti di tempat kerja menghalang ramai daripada mengambil bahagian sepenuhnya dalam sektor tenaga buruh.
Menurut tinjauan mengenai kesihatan mental dan kesejahteraan yang dijalankan oleh Rakuten Insight di Malaysia pada Mei 2022, 54% daripada responden wanita menunjukkan bahawa mereka mempunyai tahap tekanan atau kebimbangan yang lebih tinggi dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
“Wanita sering menggalas tanggungjawab hal mengasuh yang ketara, yang boleh mengakibatkan pengasuh keletihan dan lesu upaya, menjadikan kurangnya masa untuk penjagaan diri. Ketidaksamaan jantina yang berterusan di tempat kerja—dapat dilihat menerusi perbezaan gaji, peluang yang terhad untuk kemajuan dan pengiktirafan yang kurang diberi perhatian—menyumbang kepada peningkatan kekecewaan dan merendahkan nilai harga diri.
"Selain itu, harapan masyarakat mengenakan piawaian yang tidak realistik terhadap wanita mengenai kejayaan, penampilan dan tingkah laku boleh membawa kepada rasa tidak cukup, kebimbangan dan kemurungan," kata Puan Anita Abu Bakar, Pengasas dan Presiden Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA).
Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan keluarga yang berdaya tahan, bersemangat, sejajar dengan matlamat SDG 2030 iaitu keterangkuman dan kesaksamaan jantina. Untuk mencapai matlamat ini, sokongan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental wanita adalah penting, kerana pembinaan negara bermula dari rumah.
KRI menyebut kepentingan sistem sokongan dalam menjaga kanak-kanak dan memperkasakan wanita. Walaupun susunan keluarga tiga generasi atau keluarga lanjutan telah merosot empat dekad ini, lebih banyak pengaturan penjagaan alternatif boleh dibuat untuk menyokong ibu yang bekerja.
“Demi kepentingan mempromosi dan menjaga kesejahteraan emosi wanita, MIASA seterusnya menyokong pengaturan kerja yang fleksibel, juga merangkumi jawatan sambilan, pengaturan perkongsian kerja, minggu kerja yang padat, penjagaan anak di tempat kerja dan polisi cuti keluarga yang mantap untuk memperkasakan wanita supaya mengambil cuti yang diperlukan tanpa rasa takut kehilangan pekerjaan dan memperkukuh budaya tempat kerja yang menyokong dan mempunyai kepercayaan tinggi. Langkah-langkah ini juga berasaskan bukti, kerana banyak kajian dari seluruh dunia telah menunjukkan penyatuan antara pelaksanaan polisi cuti keluarga yang tegas dan peningkatan kesejahteraan serta kepuasan kerja dalam kalangan wanita yang bekerja. kata Puan Anita.
Apabila ia hadir untuk meringankan beban dalam rumah tangga, dobiQueen menyokong perkongsian tanggungjawab rumah tangga dengan lebih saksama. Pengagihan semula kerja-kerja ini bukan sahaja mengurangkan tekanan dan mengelakkan keletihan tetapi juga memupuk gaya hidup yang lebih seimbang.
“Kami menghormati majoriti wanita yang bertahan dalam rumah tangga. Matlamat kami adalah untuk mengurangkan kerja rumah buat orang dewasa yang bekerja dan memberi mereka kembali masa berharga untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Pelanggan boleh merancang lebih awal dengan aplikasi dobiQueen dan menikmati pengalaman dobi yang lancar seperti Penghantaran Ekspres Hari Sama kami yang menghantar semula pakaian bersih dan wangi kepada pelanggan kami dalam masa enam jam atau dengan perkhidmatan Hantar & Ambil kami di mana pelanggan kami boleh mendapatkan sehingga sejam atau lebih masa lapang semasa kami mengendalikan pakaian mereka.
“Penyelia Outlet kami juga bersedia untuk mengendalikan segala-galanya buat pelanggan kami daripada memasukkan dobi ke dalam mesin basuh, memindahkannya ke dalam pengering, melipat dobi, dan akhirnya menghantar cucian bersih pelanggan kami kembali ke rumah mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif Penghantaran Ekspres 6 Jam kami”, kata Nini Tan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dobiQueen, layari laman web, www.dobiqueen.my atau ikuti mereka di platform media sosial, Facebook dan Instagram (@dobiqueen) bagi mengikuti promosi dan hadiah peraduan yang akan datang untuk dinikmati semua pelanggan.
Pada 23 dan 24 November yang akan datang ini, MIASA Malaysia akan menganjurkan Persidangan Stigma Antarabangsa 2024. Persidangan ini lebih daripada sekadar acara—ia adalah platform untuk perubahan, ruang untuk dialog dan sinar harapan. dobiQueen dengan bangganya menyokong Persidangan ini. Untuk pertanyaan, peluang penajaan dan pakej tiket, hantarkan e-mel ke MIASA di mailto:ISC2024.miasa@gmail.com atau hubungi +60379321409 (HQ).
Comments
Post a Comment