DORI GOLDEN KIWI FRUITS: KUALITI TERBAIK ITALI KINI DI MALAYSIA
Dibawakan terus dari ladang yang disinari cahaya matahari di Itali ke Malaysia, Dori Golden Kiwi Fruits terkenal dengan isi kuning keemasan dan rasa manis-masam yang kaya. Buah ini kini tiba di Malaysia dan memberi pilihan segar untuk warga Malaysia menikmati pemakanan sihat. Pelancaran eksklusif di AEON Bandar Utama menarik perhatian ramai untuk mencuba buah istimewa dari Itali ini.
Ditanam dengan komitmen kepada pertanian lestari, Dori Golden Kiwi Fruits adalah kaya dengan kebaikan semula jadi seperti:
- Meningkatkan Imuniti: Sarat dengan Vitamin C, ia membantu melawan selsema dan keletihan.
- Menyokong Kesihatan Pencernaan: Tinggi dengan serat, membantu pencernaan yang sihat.
- Antioksidan Kuat: Melindungi sel-sel dengan dengan melawan radikal bebas dan menjadikan kulit lebih berseri .
- Peningkatan Tenaga Semulajadi: Kandungan gula semulajadinya memberikan tenaga tahan lama, sesuai untuk hari-hari sibuk.
"Apabila anda merasai Dori Golden Kiwi, anda bukan hanya memakan buah tetapi anda sedang menikmati kualiti, keunikan rasa, dan ketelitian untuk menghasilkan buah ini," kata Cik Reen Nordin, Pengurus Jualan untuk Origine Group, jenama di sebalik Dori Golden Kiwis.
"Buah ini membawa kegembiraan dan khasiat dalam setiap potongan. Selain manfaat kesihatannya, Dori Golden Kiwis juga serba guna, boleh ditambah begitu sahaja kepada sarapan ringkas ataupun dijadikan pencuci mulut gourmet," tambahnya.
Dori Golden Kiwi Fruits adalah produk utama dalam The Origine Group, peneraju dalam penanaman buah premium. Dengan warna kuning keemasan yang menarik, rasa manis yang tiada tandingan, dan manfaat kesihatan yang luar biasa, buah ini mencerminkan kualiti dan inovasi terbaik dalam pasaran hasil pertanian global.
Perjalanan Dori Golden Kiwi bermula dari ladang-ladang subur di Itali, di mana alam dan kepakaran pertanian bertemu. Petani-petani Itali terkenal dengan dedikasi mereka, memastikan setiap buah kiwi dihasilkan dengan kualiti dan penuh perhatian.
Reputasi Itali untuk hasil pertanian premium bermula dengan tanah suburnya dan iklim yang sederhana. Dari tanah gunung berapi di Itali Selatan hingga ke ladang-ladang buah di Utara yang bermandikan matahari, Itali mempunyai banyak kawasan subur untuk menghasilkan buah-buahan berkualiti yang tiada tandingan.
Itali juga merupakan peneraju global dalam amalan pertanian lestari, dan Dori Kiwi Fruits adalah contoh terbaiknya. Dari pengairan yang efektif hingga pengurangan penggunaan bahan kimia, petani-petani Itali mengutamakan pengurusan alam sekitar untuk menghasilkan produk bertaraf dunia. Dengan memilih Dori Golden Kiwi Fruits, pengguna Malaysia bukan sahaja menikmati buah yang lazat tetapi juga menyokong amalan yang memastikan planet yang lebih hijau untuk generasi akan datang.
"Dori Golden Kiwi adalah produk Itali berkualiti tinggi, ditanam dengan teliti di tanah subur dan dalam keadaan iklim yang ideal. Kiwi ini mewakili gabungan sempurna tradisi dan inovasi," kata Puan Erika Angelozzi, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Itali di Malaysia. "Dengan memilih Dori Golden Kiwi, pengguna Malaysia menyokong kualiti dan masa depan yang lestari."
Pengenalan Dori Golden Kiwi Fruits ke Malaysia adalah hasil kerjasama yang berjaya antara The Origine Group dan Khaishen Trading, salah satu pengimport hasil segar terkemuka di Malaysia.
Dori Golden Kiwi Fruits kini boleh didapati secara eksklusif di 62 cawangan AEON di seluruh Malaysia.Untuk maklumat lanjut, layari https://www.dorikiwi.com/.
Comments
Post a Comment