KONSERT RENTASMASA "SATU EVOLUSI MUZIK" DITANGGUHKAN KE 31 JANUARI 2025 ATAS SEBAB BENCANA BANJIR


TGJ Entertainment ingin mengumumkan penangguhan Konsert Rentasmasa "Satu Evolusi Muzik" yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025 (Jumaat) di ZEPP, Kuala Lumpur. Penangguhan ini dibuat susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia.

Mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir, pihak penganjur bersama para artis telah membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir.

Dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang terjejas, Skuad Rentas Masa telah melancarkan misi bantuan dan akan bekerjasama dengan Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.


Konsert yang dinanti-nantikan ini akan menampilkan persembahan istimewa daripada empat tokoh muzik terkemuka negara iaitu Ziana Zain, Dato' DJ Dave, Datuk Jeffrydin dan Dato' Awie. Gabungan bakat luar biasa ini menjanjikan pengalaman muzik yang merentasi zaman.

Harga baru tiket untuk konsert ini adalah seperti berikut:

- VIP Suite: RM7,777
- Grand VIP: RM338
- Platinum Seat: RM318
- Golden Seat: RM278
- Silver Standing: RM158
- Premium Seat: RM318
- Retro Seat: RM278


Para penonton diingatkan bahawa harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan sebanyak RM4 dan caj perbankan. Tiket boleh didapati secara dalam talian di www.ilassotickets.com.

Pihak penganjur memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

JOM MERIAHKAN EVERSE 2026: ALAMI GABUNGAN UNIK PELANCONGAN, TEKNOLOGI DAN HIBURAN MENARIK!

ASTRO MEMACU PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL YANG SELAMAT DAN BERETIKA DALAM KALANGAN REMAJA MENERUSI SIRI TEKNOTHRILLER ‘MAARA’

FESTIVAL WARISAN SELERA SELATAN 2026 KEMBALI LEBIH MERIAH, BAWAKAN HAMPIR 200 HIDANGAN ISTIMEWA TRADISI JOHOR, MELAKA & NEGERI SEMBILAN

TV ALHIJRAH LANCAR BINCANG NIAGA 2026 BAGI MEMPERKASA USAHAWAN DAN SME TEMPATAN