RANGKAIAN PRODUK 'NATURALS BY WATSONS' KINI MENAMPILKAN FORMULA DAN WAJAH BAHARU


Menampilkan rangkaian produk penjagaan peribadi yang mengharmonikan alam semula jadi dengan sains, Naturals by Watsons telah berada di pasaran selama lebih 13 tahun. Rangkaian Naturals by Watsons yang dilancarkan semula ini memberi kuasa kepada pengguna untuk menjaga diri mereka dan planet melalui bahan semula jadi yang terbaik. 

Dengan komitmen yang berterusan terhadap produk kecantikan yang mesra alam, Naturals by Watsons telah menjadi jenama pilihan bagi pelanggan yang mencari produk semula jadi, lembut, dan selamat. Kini, teras ini diteruskan dengan fokus yang diperbaharui terhadap kelestarian dan inovasi.

Rangkaian penjagaan diri yang perbaharui ini termasuk Aloe Vera, Argan, Coffee, Lavender, dan Olive, yang diformulasikan dengan lebih daripada 95% bahan yang diperoleh secara semula jadi dan diperkaya dengan bahan aktif untuk kulit yang sihat seperti ceramide dan peptide. Formula canggih ini menyuburkan kulit, dan mengunci kelembapan. Ia memperkuatkan fungsi perlindungan kulit, menggabungkan inti pati alam semula jadi dengan keberkesanan sains untuk pengalaman produk yang mesra alam.


Sebagai salah satu jenama label sendiri yang paling berjaya di Watsons, Naturals by Watsons menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri. Rangkaian yang baru dilancarkan ini memberikan hasil yang terbukti, contohnya, produk terlaris dalam rangkaian ini, Lavender Body Lotion, menyediakan sehingga 72 jam penghidratan intensif, sementara Argan Hand Cream menawarkan sehingga 48 jam pelembapan mendalam.



Untuk meraikan pelancaran ini, Naturals by Watsons mengajak pelanggan untuk menerokai rangkaian baru secara eksklusif di pop-up store Alice Saves Wonderland di Aras 2, The Exchange TRX, dari 16–22 Disember 2024. Pelawat boleh menikmati akses pertama eksklusif kepada produk, bersama dengan promosi istimewa termasuk 15% diskaun untuk semua produk dan sikat kayu edisi terhad dengan ukiran peribadi secara PERCUMA untuk pembelian melebihi RM40. Selain itu, 30 pelanggan pertama setiap hari boleh menebus Hand Cream secara PERCUMA di gerai tersebut.

Selaras dengan matlamat kelestariannya, pembungkusan baru ini menggunakan botol yang diperbuat daripada 100% plastik lautan, yang dikumpul dari dalam lingkungan 50 kilometer dari pantai di Asia untuk menghalang sisa plastik daripada dihanyutkan ke lautan. Selain itu, rangkaian produk terpilih ini mempunyai reka bentuk botol yang diperakui oleh Climate Partner, yang mengukuhkan dedikasi jenama ini terhadap perlindungan iklim melalui pengurangan jejak karbon.

Rasakan keharmonian sempurna antara alam semula jadi dan sains dengan Naturals by Watsons, jenama yang benar-benar mengambil berat tentang diri anda dan juga planet kita ini. 

Kunjungi stor Watsons dan dalam talian di https://www.watsons.com.my/all-brands/b/165186/naturals-by-watsons untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Naturals by Watsons yang diperbaharui.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3