INSPIRASI WANITA HEBAT DALAM “RATU EKSTREM” DI RTM


Wanita-wanita hebat dalam aksi ekstrem dengan keberanian, ketahanan dan mereka mampu mengatasi setiap halangan juga menakluk dunia sukan ekstrem. Perkongsian menarik ini mewarnai setiap episod program terbaharu disiarkan RTM, “Ratu Ekstrem” bermula 7 Disember ini, setiap Sabtu, pukul 11.30 pagi di saluran Okey dan RTMKlik.

Dikemudi hos Trisha Ooi, 13 episod program majalah sukan ini mengetengahkan profil 13 individu wanita bekerjaya yang menceburkan diri dalam sukan ekstrem di Malaysia dan perkongsian latar belakang serta tip-tip dalam sukan tersebut. Mereka ini berjaya mengatasi ketakutan diri sendiri. Turut diselitkan juga temu ramah ahli keluarga, kenalan terdekat serta visual-visual yang menarik dan santai.


Ratu Ekstrem yang diinspirasikan kisah mereka termasuklah Puteri Nurfazeirra Zailani, pelajar perubatan yang aktif dalam sukan rock climbing, dan Maslina Ahmad Ismail iaitu Eksekutif Syarikat Minyak yang terlibat dalam sukan ragbi.

Turut dikongsikan kisah dua orang Penolong Pegawai Belia & Sukan iaitu Noraini Zainuddin yang gemar melakukan aktiviti sukan kayak manakala Norazrin Kamsor pula teruja meluangkan masa dalam sukan basikal bukit.


Nantikan juga kemunculan tetamu Puan Azlia Idha, seorang Perunding Imej Bertauliah di dalam rancangan ini yang bakal bercerita tentang kerjaya hakikinya dan hobi memanah berkuda.

Ikuti lebih banyak lagi cerita-cerita inspirasi daripada wanita-wanita hebat ini hanya di RTM.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3