NIKMATI KEINDAHAN SUASANA PERKAMPUNGAN ALA-EROPAH DI SURIA KLCC KRISMAS INI


Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik Malaysia, mengundang para pengunjung untuk merasai keajaiban ‘European Christmas Village’ dari 22 November hingga 25 Disember 2024. Centre Court di Suria KLCC telah bertukar menjadi destinasi percutian yang indah, menampilkan gerai-gerai yang direka seperti bangunan kayu tradisional Eropah. 


Jelajahi perkampungan ini di sepanjang lorong yang menyerupai jalan batu buntar, dihiasi pokok Krismas dengan lampu yang berkelipan dan dekorasi perayaan. Pengunjung akan menemui gerai bunga, kedai roti, dan kedai mainan yang menawarkan pengalaman menarik untuk menghidupkan semangat Krismas. 


Di gerai bunga, pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma pada setiap hari Sabtu dan mencipta hiasan Krismas mereka sendiri untuk dibawa pulang. Sementara itu, di kedai roti, bengkel hiasan donat DIY pada setiap hari Ahad mengajak pengunjung menghias snek perayaan untuk dijadikan hadiah atau dinikmati sendiri. 

Di kedai hadiah, terdapat ‘Festive Photobooth’ untuk menangkap momen indah. Pengunjung akan menerima cetakan foto sebagaii salinan digital. Menambah lagi suasana magis, terdapat kereta kuda berhias indah yang sesuai sebagai latar belakang foto ‘Instagram-worthy’. 


Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC juga akan bersinar terang dengan hiasan yang memukau, menjadi tumpuan utama sambutan ini. Sambutan tidak akan lengkap tanpa kehadiran Santa Claus, yang akan memeriahkan suasana dengan sesi bertemu pengunjung pada setiap hari Sabtu dan Hari Krismas. 


Pada setiap hari Ahad dan Hari Krismas, nyanyian koir Krismas akan mengisi suasana, mengajak pengunjung menyertai nyanyian meriah. Pada Hari Krismas, suasana perayaan akan dipertingkatkan lagi dengan persembahan tarian yang pasti memikat penonton. Suria KLCC juga menawarkan ganjaran istimewa kepada pembeli sepanjang musim perayaan ini. 


Pengunjung yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Membeli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli e-baucar RM1,000 akan menerima tambahan e baucar RM100 secara percuma, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan. 

Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di kota Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat membeli-belah – ia adalah tempat di mana kenangan tercipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, kami berharap dapat menyebarkan kehangatan musim ini dan mencipta detik magis yang menyatukan semua orang.” 


Pusat Beli Belah Alamanda 

Musim Krismas ini, Alamanda Putrajaya turut membawa pesona ‘European Christmas Village’, bermula dari 22 November 2024 hingga 1 Januari 2025. Pengunjung boleh berjalan di sekitar pasar kecil yang mempesona di Centre Court, dihiasi pokok Krismas yang bersinar dengan lampu dan hiasan indah. Semangat perayaan akan diteruskan dengan pelbagai hiburan menarik, termasuk tarian Krismas, persembahan muzik, aksi juggling, dan pertunjukan silap mata pada setiap hujung minggu dari 14 hingga 25 Disember. 

Keluarga yang mempunyai anak kecil boleh menantikan aktiviti VIKids yang menyeronokkan seperti menghias kek cawan Krismas, membuat hiasan kayu, dan mewarna seni bertema perayaan. Sesi interaktif ini berlangsung pada setiap hujung minggu dari 21 hingga 29 Disember. Pada Hari Krismas, Santa akan menggembirakan si kecil dengan ‘balloon sculptures’. 


Jangan lepaskan peluang bergambar bersama Santa! Pengalaman membeli-belah juga akan menjadi lebih menarik dengan ganjaran e-Baucar Alamanda. Pengunjung yang berbelanja lebih RM500 akan menerima e-Baucar RM30, manakala pembeli yang berbelanja RM1,500 atau lebih akan menerima e-Baucar RM80. 

Buat julung kalinya, Alamanda Putrajaya menyertai Suria KLCC dalam menyokong initiative kesihatan mental. Kempen Krismas ini menandakan pelancaran Alamanda Ribbon Pin yang dijual pada harga RM10 setiap satu. Hasil jualan pin ini akan disalurkan kepada NGO kesihatan mental. Pada Hari Krismas, pembeli pin juga akan diberikan ais krim percuma! 


Mesra Mall 

Mesra Mall di Kemaman turut menyemarakkan musim perayaan dengan tema European Christmas Village dari 5 hingga 31 Disember 2024. Selain dekorasi yang menakjubkan, pelbagai aktiviti perayaan turut menanti. Pada 14 Disember, keluarga boleh menyertai ‘Santa Hat Workshop’, diikuti ‘Fairy Tale Costume Competition’ pada 21 Disember, di mana peserta boleh berpakaian seperti watak kegemaran mereka untuk memenangi hadiah menarik. 

Pada Hari Krismas, sesi pemberian belon akan diadakan pada pukul 2 petang dan 4 petang, membawa kegembiraan kepada si kecil. Sebagai tambahan, bengkel Sains VIKids akan diadakan dari 25 hingga 29 Disember. Bengkel ini direka untuk kanak-kanak, menawarkan lima stesen eksperimen sains dalam suasana makmal mini. 

Kanak-kanak akan memakai kot makmal sambil meneroka dan mencuba eksperimen, serta menerima Kit Eksperimen Sains selepas melengkapkan aktiviti. Peserta mesti menjadi ahli VIKids dan menunjukkan satu resit dengan perbelanjaan minimum RM100. Setiap resit membolehkan sehingga tiga kanak-kanak dalam satu keluarga menyertai bengkel pada hari tertentu. 


Melalui ‘Shoppers Rewards Programme’, mereka yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit akan menerima Pumpkin Pot eksklusif 8L. 

Untuk info lanjut, layari: 

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3