TIKET GENKRU HARI KEDUA HABIS DIJUAL DALAM MASA 45 MINIT!


Icon Entertainment sekali lagi ingin mengucapkan jutaan dan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari kedua habis dijual dalam durasi 45 minit!

"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.

“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada dua-dua hari konsert itu kelak,” tambah Iman.

Atas permintaan ramai , ICON ENTERTAINMENT telah mengumumkan tentang konsert hari kedua yang akan berlangsung pada 4 Mei 2025 dan tiket mula dijual pada 23 Disember 2024 mulai pukul 3 petang.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO ANGKAT TEMA ‘BERSAMA LAGI JADI’, BAWA BARISAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN DRAMA TERBAIK RAMADAN 2026

FENG SHUI MODEN: IKEA BAWAKAN IDEA UNTUK RUANG KEDIAMAN YANG LEBIH HARMONI DI TAHUN BARU CINA INI

AH BENG VS LIANG PO PO: PERTEMBUNGAN DUA IKON DARI DUA NEGARA DI TAHUN BARU CINA INI

TOMOK DEDIKASIKAN KASIH SAYANG KELUARGA DALAM SINGLE “BUAH HATI”