IOI MALLS MERAIKAN ‘PROSPERITY IN FULL BLOOM’ SEMPENA TAHUN BAHARU CINA


Sempena Tahun Baharu Cina ini, IOI Malls mengalu-alukan ketibaan semua untuk bersama menyambut Tahun Ular dengan pelbagai program yang menarik, termasuk persembahan kebudayaan yang mempesonakan, bengkel interaktif, ganjaran eksklusif, dan banyak lagi aktiviti yang meriah. Dari sekarang hingga 12 Februari 2025, tema 'Prosperity in Full Bloom' menjadi tumpuan utama di IOI City Mall, IOI Mall Puchong, dan IOI Mall Kulai, menjanjikan sambutan meriah dan detik-detik istimewa untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Harta Tanah (Malaysia) IOI Properties, meluahkan keterujaannya dengan berkata, “'Prosperity in Full Bloom' tahun ini bukan sekadar tema perayaan — ia merupakan jemputan tulus ikhlas daripada kami untuk semua keluarga dan sahabat handai bersama-sama meraikan keindahan tradisi, keceriaan, dan semangat perpaduan musim perayaan ini. Dengan persembahan yang memukau, bengkel interaktif, serta pengalaman membeli-belah yang hebat, kami berhasrat untuk mencipta suasana perayaan yang mampu menawan hati semua pengunjung kami. Kami amat teruja untuk menyambut kedatangan semua bagi meraikan Tahun Ular bersama kami dalam suasana yang dipenuhi dengan kemakmuran dan kegembiraan."


IOI City Mall & IOI Mall Puchong

Sambutan Tahun Baharu Cina di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian singa yang memukau, tarian naga sutera yang jarang dipersembahkan, tarian baju lengan panjang tradisional yang menghiburkan, aksi akrobatik yang menakjubkan, dan persembahan muzik instrumental Cina yang memikat hati. Para pengunjung juga boleh menyaksikan tarian singa LED akrobatik dan demonstrasi seni tradisional seperti kaligrafi Cina (Chun Lian), pembuatan patung tepung, seni guntingan kertas Cina dan juga seni kaligrafi Pelangi.

Di IOI City Mall, suasana perayaan disemarakkan lagi dengan persembahan yang lebih dinamik. Antara tarikan utama yang disediakan adalah persembahan aksi penukaran wajah, persembahan gendang "8 Majestic Drums", persembahan tarian kemakmuran, dan pertandingan kostum Tahun Baharu Cina untuk kanak-kanak. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti interaktif hujung minggu seperti pertemuan dengan haiwan yang disediakan oleh IOI City Farm.

Bagi pengunjung yang mempunyai anak kecil atau yang berjiwa muda, Bengkel Kemakmuran (Prosperity Workshop) yang disediakan khas untuk ahli IOI Kids Club, menawarkan ruang kreatif untuk kanak-kanak menyertai projek seni dan kraf. Antara aktiviti yang disediakan termasuk seni membuat tanglung berputar, seni cop, mewarna patung kucing bertuah, membuat kepala singa, seni kraf berlian Tahun Ular, dan membuat gula-gula maltosa. Para peserta bengkel ini bukan sahaja dapat berhibur tetapi juga berpeluang untuk mempelajari dan menghargai tradisi kaya Tahun Baru Cina. Selain itu, sesi temu mesra maskot yang disediakan di kedua-dua pusat membeli-belah tersebut memastikan semua pengunjung terhibur sempena sambutan Tahun Ular ini.


IOI Mall Kulai

Keterujaan diteruskan di selatan tanah air, di mana IOI Mall Kulai dimeriahkan dengan aneka persembahan kebudayaan yang mengagumkan, termasuk tarian singa berkembar, persembahan instrumental Er Hu, dan pertunjukan seni aksi penukaran wajah. Gabungan aktiviti perayaan tradisional dan kontemporari turut menampilkan tarian singa dan naga, pertunjukan silap mata dan boneka, serta sesi temu mesra Dewa Kemakmuran. Kanak-kanak pula pasti terhibur dengan gelagat badut belon yang menceriakan suasana.

Untuk si kecil yang kreatif, IOI Kids Club juga menganjurkan pelbagai bengkel interaktif, membolehkan mereka mencipta tanglung kertas, boneka naga, kipas Ang Pow DIY, dan hiasan kertas mercun. Mereka juga berpeluang mempelajari seni kraf tradisional seperti menghasilkan ular ruyi buatan tangan dan bakul kertas Ang Pow.

Sebagai penutup istimewa, IOI Mall Kulai akan menganjurkan sambutan Chap Goh Mei eksklusif pada 8 Februari untuk menandakan kemuncak sambutan Tahun Baharu Cina. Nikmati persembahan akrobatik atas kekuda yang mendebarkan, pertunjukan dinamik dram perayaan, dan aksi penukaran wajah yang menawan. Tarian naga yang bertenaga dan persembahan tarian tradisional Cina turut membawakan unsur budaya Cina ke dalam acara tersebut.

Bagi si comel, Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak bakal memberi peluang kepada mereka untuk menggayakan pakaian perayaan sambil menghayati semangat musim perayaan. Sementara itu, pertunjukan silap mata pastinya akan menceriakan penonton dari semua peringkat umur, menjadikan sambutan ini satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.


Permulaan Bertuah dan Keberkatan Yang Berpanjangan

Selain program hiburan, para pengunjung di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong juga boleh menikmati pelbagai tawaran dan ganjaran tebusan menarik sempena musim perayaan ini. Pembeli-belah berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah ganjaran, bergantung kepada jumlah yang dibelanjakan, sementara stok masih ada:

● Berbelanja RM288* untuk menerima satu set sampul Ang Pow atau 1,000 mata ganjaran CLUB IOI.

● Berbelanja RM688* untuk menerima kantung Lucky Red Prosperity, Topeng Mata G Meow, dan Baucar Tunai Gintell bernilai RM200.

● Berbelanja RM888* untuk menerima bunga Pussy Willow.

● Berbelanja RM1,688* untuk menerima Beg Kanvas Fortune Bloom dan Baucar Tunai VOIR bernilai RM40.

Selain itu, IOI Mall Puchong turut menawarkan dua sesi menaiki kereta api percuma dengan setiap penebusan, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.


Di IOI Mall Kulai, pembeli-belah boleh menikmati pelbagai ganjaran penebusan yang menarik berdasarkan jumlah perbelanjaan mereka, sementara stok masih ada:

● Berbelanja RM120* dalam satu resit untuk menerima satu set sampul Ang Pow atau 1,000 mata ganjaran CLUB IOI.

● Berbelanja RM280* dalam dua resit terkumpul untuk menebus Kantung Lucky Red Prosperity.

● Berbelanja RM1,500* dalam tiga resit terkumpul untuk menerima Beg Kanvas Fortune Bloom.

Pemegang Kad Kredit AEON dan Kad Visa AEON Member Plus juga berpeluang menikmati manfaat tambahan, membolehkan mereka menebus ganjaran "Bountiful Blessings" dengan tahap perbelanjaan yang lebih rendah berbanding bukan pemegang kad. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CLUB IOI: www.clubioi.com.my.


Berkongsi Kemakmuran dan Keberuntungan

Dalam semangat Tahun Baharu Cina, IOI City Mall akan menganjurkan Majlis Makan Malam Besar ‘Prosperity in Full Bloom’ di IOI Grand Exhibition and Convention Center sebagai sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Acara bermakna ini bertujuan untuk menyantuni dan berkongsi rezeki bersama warga emas dari Rumah Kebajikan Wan Hing Seri Kembangan dan Rumah Kebajikan Peace Charis Sdn. Bhd., serta memupuk semangat kebersamaan dan hidup bermasyarakat.

Majlis istimewa ini bukan sekadar jamuan besar, malah turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian singa akrobatik, persembahan Gu Zheng, dan irama Oriental yang mempesonakan.

Bagi menghormati tradisi musim ini, IOI City Mall juga akan memberikan Ang Pow kepada 60 orang tetamu, termasuk penjaga yang tidak kenal lelah dalam menyokong komuniti ini. Inisiatif ini mencerminkan dedikasi pusat membeli-belah tersebut dalam merayakan musim perayaan dengan berkongsi berkat dan mengeratkan lagi hubungan dalam komuniti tersebut.

Sebagai tanda kebaikan hati, IOI Mall Kulai juga akan menjalankan program CSR yang bekerjasama dengan rumah orang tua tempatan bagi menyantuni dan berkongsi rezeki bersama warga emas di musim perayaan ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di IOI Malls, sila layari:

IOI City Mall Putrajaya: https://www.ioicitymall.com.my /
IOI Mall Puchong: https://www.ioimp.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!