JANGAN PANDANG BELAKANG 2 BAKAL MEMULAKAN TAYANGAN GLOBAL DI CAMBODIA, THAILAND DAN LAOS


Selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu mengutip kutipan Box Office di Malaysia, Singapura, dan Brunei, kini filem ini akan memulakan tayangan global di tiga buah negara iaitu:
  • Cambodia: 3 Februari 2025
  • Thailand: 13 Mac 2025
  • Laos: 13 Mac 2025
Terdahulu, sebuah majlis pelancaran tayangan global filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu diadakan di Ibu Pejabat Metrowealth. Ini sekaligus mencatatkan rekod filem pertama yang ditayangkan bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia.

Menurut penerbit David Teo, selepas kecemerlangan Jangan Pandang Belakang di enam negara di Asia Tenggara, kini beliau ingin mengulangi kejayaan dengan melebarkan sayap filem ini ke seluruh dunia. Beliau juga mahu berterima kasih kepada rakan media yang tidak pernah putus asa dalam memberi sokongan kepada beliau sepanjang pembikinan filem ini dari proses awal sehingga kini.

Sebagai makluman, filem Jangan Pandang Belakang 2 ini dibarisi oleh Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek, Hafidzuddin Fazil, Cat Farish, Kel Narina dan ramai lagi. Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi. Namun, ada sesuatu lain yang menghalang dan membawa kepada pelbagai kejadian menyeramkan.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL