SIME MOTORS MENGGEGARKAN STADIUM BUKIT JALIL DENGAN AUTOARENA – ACARA AUTOMOTIF YANG PERTAMA DI STADIUM NASIONAL!
Sime Motors bakal melakar sejarah dengan penganjuran acara automotif yang pertama, Sime Motors AutoArena bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ikonik. Khusus buat penggemar kereta dan motorsikal bersempena ketibaan tahun baharu, acara istimewa ini akan berlangsung dari 10 hingga 12 Januari 2025.
Acara ini bakal menampilkan jenama automotif terkenal dunia, termasuk BMW, MINI, Motorrad, BYD, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover, Volvo dan pelbagai jenis kereta terpakai premium daripada Auto Selection. Pengunjung boleh menikmati promosi menarik, pandu uji dan tawaran khas yang tidak boleh dilepaskan - peluang untuk merealisasikan impian memiliki kenderaan idaman. Acara ini merupakan detik penting bagi Sime Motors sebagai pemain automotif terkemuka dan peneraju dalam segmen kenderaan elektrik (EV).
"Sime Motors AutoArena adalah tanda komitmen kami untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pelanggan," jelas Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors. " Kami telah berkembang daripada acara bilik pameran kepada tempat letak kereta terbuka dan pangkalan udara, dan kini, mengambil alih Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini menjadi bukti perkembangan kami dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk berdamping dan berhubung dengan pelanggan kami melalui cara yang inovatif."
Menampilkan barisan aktiviti yang menarik, tawaran eksklusif dan barangan pameran - semuanya di bawah satu bumbung, acara ini dijangka menarik ribuan pengunjung serantau. Sertai kami dalam mencipta sejarah automotif dan jadilah antara yang pertama merasai pengalaman membeli kereta di stadium.
Butiran Acara:
Tarikh: 10–12 Januari 2025
Masa: 9 pagi – 7 malam
Lokasi: Stadium Nasional Bukit Jalil
Raikanlah ketibaan tahun baharu ini penuh bergaya dengan kenderaan baharu daripada Sime Motors AutoArena. Anda boleh mendaftarkan minat anda untuk acara ini di https://www.simemotors.com.my/campaign/sime-motors-autoarena-10-12-january-2025.
Comments
Post a Comment