HABIB RANTAIAN KASIH DI AIDILFITRI 2025: MERAIKAN WARISAN DAN IKATAN KEKELUARGAAN


HABIB, jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia, sekali lagi meraikan detik bermakna, ikatan kekeluargaan serta kekayaan seni dan warisan Malaysia melalui kempen raya tahunannya yang dikenali sebagai “Rantaian Kasih”. 

Tahun ini, HABIB mengangkat keindahan seni Wau bagi mencerminkan keeratan hubungan yang terjalin melalui budaya, serta motif yang mempamerkan keharmonian antara tradisi dan harapan pada masa akan datang. 


Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Dalam pada kita menyambut Hari Raya Puasa, HABIB memikul tanggungjawab untuk memelihara warisan budaya yang kekal abadi dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menghargai keindahan seni tradisional. Keagungan Wau menjadi ilham utama kempen Rantaian Kasih buat kali ini kerana ia melambangkan kejayaan yang tinggi, pada masa yang sama tetap berpaut pada keutuhan kekeluargaan, tradisi dan warisan.” 

Dalam kempen Rantaian Kasih pada tahun ini, HABIB mengutamakan nilai kekeluargaan serta keunikan Wau dengan penampilan duta Raya 2025, Ummi Nazeera bersama keluarganya. Pesona semula jadi dan personaliti menawan Ummi Nazeera yang disanjungi ramai membawa jiwa dan keanggunan kepada konsep Rantaian Kasih, sesuai dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’. 


Koleksi eksklusif HABIB Al-Zahra yang direka khas sempena Rantaian Kasih 2025 ini menampilkan seleksi barangan kemas berlian, batu permata dan rekaan emas 916 yang diilhamkan daripada reka bentuk dan elemen seni tradisional Wau. Koleksi ini menjanjikan kualiti yang unggul, dihiasi kemasan berkilauan yang menjadikannya pilihan yang sempurna buat sambutan musim perayaan ini. 

Direka khas untuk memenuhi pelbagai citarasa dengan kombinasi emas, berlian dan batu permata untuk menyempurnakan gaya Syawal anda; HABIB juga membawakan koleksi jejaka seperti Butang Baju Melayu eksklusif serta cincin paladium perak. 


Setiap tahun, koleksi Oro Italia 916 sentiasa menjadi pilihan utama, menampilkan rekaan terkini dengan gabungan gaya kontemporari dan tarikan abadi. Koleksi Oro Italia 916 juga menampilkan warna-warna menarik daripada Koleksi Clara, Malakit, Onyx dan Ibu Mutiara. Selain itu, loket, rantai leher panjang serta rantai tangan yang elegan dan menawan dalam emas 916 buatan eksklusif Itali untuk HABIB turut ditawarkan. 

HABIB juga menawarkan koleksi emas 916 dan 999 dengan pelbagai rekaan menarik, termasuk set padanan ibu dan anak untuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri anda dengan gaya yang harmoni dan elegan. 


HABIB juga memperkenalkan koleksi Wafer Emas 999.9 Edisi Wau yang menampilkan lima rekaan unik yang diinspirasikan daripada seni halus tradisional Wau Malaysia. Dengan berat 0.2 gram, koleksi ini bernilai RM138 setiap satu atau RM690 untuk satu set penuh. Jadikan koleksi ini sebagai alternatif unik untuk duit Raya atau sebagai hadiah istimewa buat yang tersayang. 

Tema kempen menghayati dan meraikan keindahan Wau, sama ada melalui tafsiran artistik ataupun metafora dalam penceritaannya. Ia juga merupakan peringatan yang walau di mana pun kita berada dalam kehidupan, keluarga dan komuniti yang membesarkan kita mestilah kita ingati selalu—seperti mana wau yang tidak mampu terbang tinggi dengan sendirinya, ia sentiasa terhubung ke tanah melalui seutas benang, sebagai peringatan berterusan untuk kekal berpijak di bumi yang nyata dan mengingati asal usul. 


Seperti wau, walaupun setiap rekaannya berasaskan kreativiti artisan, asasnya tetap sama – keseimbangan, kehalusan, ketelitian dan kesabaran—elemen-elemen yang dapat dilihat sepanjang kempen Rantaian Kasih 2025 daripada koleksi barangan kemas, dekorasi bilik pameran, sehingga ke sarung dan sampul duit Raya eksklusif HABIB. 

Kempen Rantaian Kasih 2025 akan berlangsung di semua bilik pameran HABIB bermula 1 sehingga 30 Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB seperti Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook dan LinkedIn (@HABIB). 

Sepanjang kempen ini, pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM30 per gram untuk barangan kemas emas 916 dan 999, potongan sehinga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata; serta dapatkan jam tangan pintar Ice Smart 3.0 untuk pembelian barangan kemas emas, berlian dan batu permata bernilai RM10,000 ke atas, tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!