NESTLÉ OMEGA GOLD BANTU MENGURANGKAN RISIKO TIGA SERANGKAI – KOLESTEROL TINGGI, TEKANAN DARAH TINGGI, DAN PARAS GULA DARAH TINGGI


Meskipun boleh dicegah, penyakit jantung kekal sebagai pembunuh utama di Malaysia, dengan setengah juta individu menghidap tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti. Kajian menunjukkan satu pertiga daripada kematian akibat serangan jantung melibatkan individu di bawah usia 60 tahun. Lebih membimbangkan lagi, pesakit kardiovaskular di Malaysia adalah 10 tahun lebih muda berbanding negara maju. Ketika ini, 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia menghidap kolesterol tinggi, namun separuh daripada mereka tidak menyedarinya.

Bagi menangani kebimbangan penyakit jantung, Nestlé Malaysia memperkenalkan NESTLÉ OMEGA GOLD, yang diformulasikan khas untuk individu berusia 50 tahun ke atas serta membantu mengurus ‘3 Serangkai’, iaitu faktor risiko utama penyakit jantung. Produk ini mengandungi ActiCol® (1.2g sterol tumbuhan) yang terbukti secara saintifik mampu merendahkan paras kolesterol, Potassium yang membantu mengekalkan tekanan darah normal, serta Inulin, yang menurut kajian berupaya membantu mengekalkan kawalan gula darah yang baik. Berbekalkan dedikasi Nestlé terhadap nutrisi dan kesihatan, NESTLÉ OMEGA GOLD merupakan penyelesaian nutrisi yang direka bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam menjaga kesihatan jantung mereka.

Pada majlis pelancaran NESTLÉ OMEGA GOLD, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata: “Pelancaran Nestlé® Omega Gold adalah langkah penting dalam usaha kami menyokong rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan jantung mereka, khususnya menyasarkan isu ‘3 Serangkai’ yang semakin membimbangkan. Namun, kami sedar bahawa penjagaan kesihatan jantung memerlukan usaha kolektif pelbagai pihak. Justeru, kami telah menjalinkan kerjasama jangka panjang dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan jantung, menggalakkan pengesanan awal melalui saringan berkala, serta membudayakan gaya hidup lebih sihat melalui penyelesaian inovatif.”


Sementara itu, Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato’ Dr Aljafri Abdul Majid menegaskan situasi penyakit jantung yang semakin serius: “Penyakit jantung adalah pembunuh senyap yang dikaitkan dengan punca satu daripada enam kematian di Malaysia. Lazimnya, ia tidak dapat dikesan sehingga terlambat. Oleh sebab itu, pengesanan awal dan pengurusan proaktif adalah penting untuk mengurangkan kesannya terhadap individu dan keluarga. Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada Nestlé Malaysia dalam usaha kami menyebarkan kesedaran tentang penyakit jantung dan pencegahannya. Kolaborasi kami dengan Nestlé Malaysia yang menjangkau lebih 20 tahun menunjukkan komitmen bersama untuk membudayakan kesihatan jantung dalam kalangan rakyat.”

Nestlé Malaysia menyeru agar semua rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan jantung dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala, mengamalkan gaya hidup lebih sihat serta menerapkan Rangkaian Produk Nestlé® Omega dalam rutin harian. Marilah kita sama-sama mengambil langkah proaktif ke arah jantung dan masa hadapan yang lebih sihat.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!