WARABIMOCHI KAMAKURA BAWA CITA RASA TRADISI JEPUN KE MALAYSIA

Warabimochi Kamakura kesukaan ramai telah membawa bersama cita rasa Jepun ke Malaysia! Debut dinanti-nantikan ini disambut meriah semalam dengan gerai pop-up eksklusif di APW Bangsar, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mengalami dunia Warabimochi yang asli. Pameran masa terhad itu bukan sahaja menawarkan Warabimochi yang dibuat segar, malah turut membolehkan pengunjung meneroka sejarahnya yang kaya, dan menyaksikan sendiri kemahiran artisan di sebalik setiap keping manisan yang dihasilkan.

(Dari kiri ke kanan: Mr. Billy Koh, CEO of Kamakura Malaysia, Mr. Shinji Tanaka, Founder of Warabimochi Kamakura, Mr. Daniel Mak Meng Yang, Director of Kamakura Malaysia)

Kamakura bakal membuka cawangan rasminya di Mid Valley Megamall pada 14 Mac 2025, diikuti Pavilion Kuala Lumpur pada 29 Mac 2025. Kedua-dua outlet ini menawarkan suasana elegan dan tenang, di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan Warabimochi, termasuk variasi bermusim dan tawaran eksklusif.

“Kami teruja untuk memperkenalkan Warabimochi Kamakura luar biasa ini kepada Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kamakura Malaysia, Billy Koh. “Rakyat Malaysia memiliki cita rasa yang sofistikated, jadi kami yakin mereka akan menghargai tekstur unik dan rasa halus yang menjadikan Warabimochi kami begitu istimewa. Ia adalah lambang keunggulan seni kulinari Jepun. Kami telah memilih bahan terbaik dengan teliti, dan mengekalkan kaedah penyediaan tradisional bagi memastikan setiap keping Warabimochi mencerminkan warisan Kamakura.”



Warabimochi Kamakura ialah penghormatan kepada seni pembuatan manisan Jepun yang diwarisi turun-temurun. Menggunakan adunan rahsia ‘serbuk warabi’ premium Jepun, Warabimochi Kamakura berbeza daripada versi lain yang lebih pejal. Ia memiliki tekstur kenyal yang unik namun seolah-olah cair dalam mulut, hasil teknik menguli yang mahir oleh artisan pakar terbaik. Manisan ini juga terkenal dengan teksturnya yang menyerupai jeli, disaluti serbuk kacang soya (kinako) panggang berkualiti tinggi, dan disiram dengan ‘kuromitsu’ buatan sendiri yang diperbuat daripada gula hitam Okinawa. Gabungan ini menghasilkan keseimbangan rasa manis yang lembut dengan aroma kacang yang kaya.

Kejayaan hebat Kamakura di Singapura, Hong Kong, China, dan Australia membuktikan daya tarikannya yang universal. Dengan komitmen terhadap kualiti dan keaslian, jenama ini telah berjaya menarik ramai peminat setia. Kini, rakyat Malaysia juga berpeluang menikmati keistimewaan Warabimochi Kamakura dan merasai sendiri manisan Jepun ini yang telah memikat hati pencinta makanan di seluruh dunia.

Mencetuskan Sensasi di Kuala Lumpur

Bagi menambah keterujaan sebelum pelancaran rasmi, Kamakura membawa satu kejutan istimewa pada 22 Februari. Seorang penghibur tradisional Jepun telah muncul di empat lokasi ikonik Kuala Lumpur—Bukit Bintang, Chinatown, APW Bangsar, dan Mont Kiara, sekali gus menarik perhatian ramai dan menjadi sensasi di media sosial. Lebih menarik lagi, pengunjung yang mengimbas kod QR kini boleh menerima dua (2) keping Warabimochi Kamakura percuma di outlet-outlet terpilih pada tarikh berikut:

● APW Bangsar: 28 Februari - 6 Mac 2025
● Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur: 15 Mac - 21 Mac 2025
● Pavilion Kuala Lumpur: 5 April - 11 April 2025

o *Terhad kepada 500 penebusan bagi setiap cawangan.

Klik DI SINI untuk menebus Warabimochi Kamakura percuma anda!


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menikmati Warabimochi Kamakura! Kunjungi gerai pop-up eksklusif di APW Bangsar yang berlangsung selama dua bulan mulai 20 Februari 2025.

Untuk maklumat lanjut tentang Warabimochi Kamakura, layari www.warabimochi-kamakura.com/en atau ikuti kami di Instagram @kamakura_malaysia untuk perkembangan terkini. Anda juga boleh mengimbas kod QR dari kempen kami baru-baru ini bagi menikmati tawaran eksklusif di outlet Kamakura dari 28 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!