RAYA PENUH GELAK TAWA DENGAN "BALIK KAMPUNG...GOSIP RAYA" DARI AIN EDRUCE & SHERRY ALHADAD


Musim perayaan kali ini bakal lebih meriah dengan kehadiran single Raya paling ‘havoc’ tahun ini, “Balik Kampung…Gosip Raya”!. Kolaborasi mantap antara dua personaliti TV popular, Ain Edruce dan Sherry Alhadad, menjanjikan lagu Raya yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga penuh dengan kisah realiti yang pasti mencuit hati. Ia adalah cerminan kisah lucu dan drama tradisi Raya yang kita semua kenali—berkongsi cerita dan berbalas gurauan perayaan.


Diterbitkan oleh label muzik terkenal, Sony Music Entertainment Malaysia, dengan kerjasama AEON untuk muzik video "Balik Kampung…Gosip Raya" yang bertemakan “Seloka Raya - Dari Dulu Hingga Kini”. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen AEON dalam meraikan tradisi Raya melalui keindahan fesyen Raya, dari baju kurung elegan hingga kaftan kontemporari.

Dilancarkan sebelum Ramadan, lagu ini memberi peluang kepada pendengar untuk menghafal lirik dan bersedia untuk sesi karaoke epik dalam perjalanan pulang ke kampung.


AEON & Sony Music: Kolaborasi Mantap Meraikan Tradisi

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, berkata kerjasama ini menggabungkan budaya dengan muzik kontemporari, selari dengan tema Raya AEON tahun ini: ‘Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini.’ Istilah ‘Seloka’ melambangkan penceritaan yang santai dan bersahaja, persis lagu ‘Balik Kampung…Gosip Raya’ oleh Sherry dan Ain.

“Balik Kampung…Gosip Raya” mentakrifkan semula maksud ‘gosip’—bukan sekadar berbual kosong, tetapi perkongsian cerita, tawa, dan perkembangan hidup yang mengeratkan hubungan.


MV 'Havoc' Dengan Bintang-Bintang Ternama

Selain Ain dan Sherry, video muzik (MV) lagu ini turut menampilkan Hafiz Hamidun, Vanessa Reynauld, Adrianna Cinta dan bintang hip hop terkenal, Kidd Santhe. Sony Music Entertainment Malaysia turut berterima kasih kepada Buz, aplikasi pesanan audio, atas sokongan mereka.


"Balik Kampung...Gosip Raya": Lagu Raya Yang Dekat Di Hati

Lagu ini menggambarkan tradisi berkongsi cerita dan gurauan mesra semasa Raya. Dari soalan klasik seperti “Bila nak kahwin?” hingga usikan nakal, perbualan ini menjadi sebahagian daripada kemeriahan perayaan.

Inspirasi di sebalik lagu ini adalah untuk menggabungkan elemen tradisional dengan susunan muzik moden yang segar dan ‘catchy’. Dengan lirik yang santai dan melodi yang mudah diingati, Ain dan Sherry berjaya menyampaikan mesej tentang budaya bersembang Raya dengan cara yang menghiburkan.

Dari "Yes" Spontan Ke Lagu Raya 'Havoc'

Kerjasama Ain dan Sherry terjadi dengan pantas. “Sony Music hadir menyatakan hasrat mereka tentang sebuah lagu Raya, terus saya katakan ‘YES!’,” kongsi Sherry. Ain menambah, “Ini bukanlah kali pertama kami bergabung, tetapi kali pertama dalam sebuah lagu.”


Gelak Tawa Di Studio

Rakaman lagu ini penuh dengan keletah Ain dan Sherry. “Kami berdua bukannya penyanyi profesional, jadi setiap kali selesai rakaman, pasti ada sesi gelak ketawa,” kata Ain. Sherry menambah, “Paling lucu, apabila kami mendengar semula rakaman suara, kami sendiri tidak boleh bezakan!”

Harapan Ain & Sherry

Ain dan Sherry berharap lagu ini akan menjadi lagu wajib dalam senarai putar Aidilfitri. “Kami mahukan semua yang mendengar lagu ini akan terhibur,” kata Ain. Sherry menambah, “Saya berharap lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai ‘wake-up call’.”


Pelancaran Di Semua Platform Digital

“Balik Kampung…Gosip Raya” kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

MEMPERKASA OPTOMETRIS: KKM LANCAR GARIS PANDUAN PENJAGAAN MATA PRIMER BAHARU