CUT!: PERTANDINGAN FILEM PENDEK SERAM TERBESAR NEGARA TAWAR HABUAN BERJUMLAH RM40,000
Genre seram dalam industri perfileman Malaysia bakal disemarakkan lagi dengan pelancaran CUT!, sebuah pertandingan kebangsaan filem pendek seram yang dianjurkan oleh Ampersand Advisory. Dengan hadiah wang tunai bernilai RM40,000, CUT! bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu dalam genre seram— yang berani, kreatif dan membawa perspektif segar kepada dunia perfileman tanah air.
Platform untuk Bakat Baru
CUT! membuka peluang kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk menghantar karya seram asli mereka. Matlamatnya adalah bukan sekadar pertandingan, tetapi sebagai batu loncatan bagi pembikin filem untuk mendapat pengiktirafan dan bimbingan daripada nama-nama besar industri.
“CUT! bukan sekadar pertandingan, ia adalah permulaan untuk pembikin filem seram Malaysia berkembang dan diterima di peringkat antarabangsa,” kata Sandeep Joseph, CEO dan pengasas bersama Ampersand Advisory.
Gabungan UK-Malaysia untuk Industri Filem
CUT! juga membawa dimensi antarabangsa dengan gabungan Ampersand Advisory dan Turnover XXV, sebuah syarikat perfileman bebas dari United Kingdom. Kerjasama ini membentuk Independent Film Production Partnership (IPP) yang bertujuan mengembangkan karya tempatan ke peringkat global.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Velvet Cinemas, Mont Kiara, memperlihatkan bagaimana IPP bakal menjadi platform pembikin filem tempatan untuk mendapatkan peluang koperasi, akses industri luar negara, dan memperkenalkan filem mereka kepada pasaran global.
Hakim Berwibawa dan Sokongan Industri
Panel hakim yang terdiri daripada tokoh industri seperti Puan Nini Yusof (CEO Media Prima TV Networks), Raja Jastina Raja Arshad (Ketua Astro Shaw), Datuk Ahmad Izham Omar (Chief Explorer Komet) dan Craig Conway (aktor dan penerbit UK), memberikan keyakinan bahawa karya yang dihantar akan dinilai oleh pakar industri terbaik.
Selain itu, CUT! juga memperkenalkan kategori khas untuk penyertaan pelajar, memberikan peluang kepada bakat muda untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perfileman.
Seram – Genre yang Menghubungkan Semua
Sandeep menjelaskan mengapa CUT! berfokus kepada genre seram: “Seram adalah refleksi budaya dan ketakutan kita, genre yang bersifat universal dan mampu menyentuh hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.”
Masa Depan Sinema Malaysia
CUT! dan IPP membuka lembaran baharu untuk pembikin filem seram Malaysia. Dengan kerjasama global dan sokongan industri yang kukuh, platform ini bukan sekadar membuka peluang kepada pembikin filem tempatan tetapi juga mengukuhkan Malaysia sebagai kuasa besar dalam industri filem serantau.
Sertai CUT! dan jadilah sebahagian daripada generasi pembikin filem seram Malaysia!
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, layari www.ampersand-advisory.com/cut. Tarikh tutup penyertaan adalah 19 September 2025.
Comments
Post a Comment