SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA


Astro, hab terkini drama tempatan, kembali dengan sebuah lagi naskhah hebat buat para peminat drama konflik percintaan. Bermula 19 Mei 2025, Dia Bukan Syurga membawa kisah getir tentang seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan toksik dan akhirnya memilih untuk bangkit demi dirinya sendiri. Dibintangi tiga pelakon berbakat besar, Ezzany Jasny, Niezam Zaidi dan Nazim Othman, drama ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Dia Bukan Syurga merupakan adaptasi daripada karya novelis pemenang anugerah, Rissa Ahdiya, iaitu penulis disebalik kejayaan fenomena drama no. 1 Malaysia, Andai Tiada Dia. Penceritaan sebanyak 32 episod ini mengetengahkan pertarungan antara cinta toksik dan cinta sejati, diarahkan oleh pengarah prolifik, Rashid Sibir, dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Penyanyi dan pelakon Amira Othman turut meminjamkan suara sebagai penyanyi runut bunyi rasmi drama ini yang bertajuk “Dalam Sujudku”.

Menurut Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria, “Dia Bukan Syurga merupakan naskhah yang sarat dengan mesej yang relevan dengan realiti masyarakat hari ini, jadi kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan Rissa Ahdiya dan Radius One untuk menyampaikan mesej penting ini kepada semua menerusi platform kami. Kami percaya sesebuah drama itu bukanlah sekadar hiburan semata-mata terutamanya apabila kita dapat melihat peningkatan dalam penerimaan penonton untuk drama-drama di platform kami, jadi kami ingin menggunakan peluang ini untuk menyampaikan mesej-mesej dan pengajaran buat penonton drama kami.

Dia Bukan Syurga ini mengetengahkan persoalan yang sering dihadapi oleh wanita - Adakah cinta semata-mata cukup untuk menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan, atau adakah memilih jodoh dengan lebih bijak itu lebih penting, terutamanya apabila berdepan dengan pasangan yang mempunyai sikap atau perangai yang toksik. Ini adalah antara dilema yang sering berlaku dalam masyarakat, dan Dia Bukan Syurga berjaya menyampaikannya dengan penuh emosi dan ketelusan. Semua ini tidak mungkin akan tercapai tanpa arahan kreatif daripada Rashid Sibir. Syabas semuanya, dan kami berharap agar para penonton dapat memberikan sokongan sehingga ke akhir episod.”

Selain sebagai hiburan, drama ini turut menyampaikan mesej tentang kepekaan terhadap hubungan toksik, nilai kasih sayang yang tulen dan keperluan memberi ruang penyembuhan sebagai peluang kedua kepada diri sendiri. Mengangkat konflik yang realistik dan emosi yang kuat, drama ini mengisahkan Nuha (Ezzany Jasny), wanita penyayang yang berkahwin dengan harapan dapat mengubah sikap suaminya, Tajul (Niezam Zaidi). Namun, impian itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Tajul mula mengawal hidupnya dan mendera secara emosi dan fizikal. Kehadiran Arham (Nazim Othman), abang iparnya yang prihatin menjadi sinar harapan ketika Nuha terpaksa memilih antara reda atau mencari semula kebebasan dan dirinya yang hilang.

Para penonton turut boleh saksikan Dia Bukan Syurga secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

KRU & ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)