PAVILION BUKIT JALIL RAIKAN JUALAN MEGA DENGAN HADIAH KERETA JAECOO J7 DAN GANJARAN BERNILAI RM250,000!
Pavilion Bukit Jalil dengan bangganya mengumumkan penyertaannya dalam Karnival Jualan Mega 2025 anjuran Tourism Malaysia yang dinanti-nantikan, bertemakan “Feast for the Senses”. Berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Julai 2025, inisiatif berskala nasional ini meraikan kepelbagaian budaya, kulinari, dan pengalaman beli-belah sambil mengalu-alukan kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk menikmati acara jualan besar-besaran ini.
Seiring dengan kempen beli-belah kebangsaan, Pavilion Bukit Jalil memperkenalkan inisiatif khas : “Mega Shopping Walk. Together, Here.” – sebuah sambutan meriah yang menggabungkan keterujaan beli-belah dengan ganjaran gaya hidup serta penghargaan terhadap budaya tempatan, semuanya di bawah satu bumbung.
Penganjuran Jualan Mega ini turut bertepatan dengan usaha Kerajaan Malaysia dalam merancakkan semula pelancongan domestik dan menggalakkan perbelanjaan pengguna. Melalui penyertaan ini, Pavilion Bukit Jalil bukan sahaja menyokong inisiatif Tourism Malaysia, malah turut memperkukuhkan kedudukannya sebagai destinasi mesra keluarga yang meraikan jenama tempatan dan pengalaman berasaskan komuniti.
“Jualan Mega Malaysia merupakan peluang terbaik untuk meraikan kepelbagaian komuniti runcit. Di Pavilion Bukit Jalil, kami komited menyokong para penyewa kami sepenuhnya dengan mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik, menyatukan para pengunjung dengan pelbagai tawaran unik yang terdapat di pusat beli-belah ini.” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit), Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd.
Antara tarikan utama kempen Pavilion Bukit Jalil ialah program Road to Rewards, yang menawarkan jumlah hadiah dan baucar beli-belah bernilai RM250,000. Pembeli yang berbelanja minimum RM250 layak menebus baucar beli-belah bernilai RM10, tertakluk pada had maksimum RM50 seorang setiap hari. Mereka yang berbelanja RM500 ke atas pula berpeluang untuk memenangi hadiah utama: sebuah kereta JAECOO J7 baharu.
Selaras dengan gaya hidup moden yang semakin menitikberatkan kesejahteraan dan pengalaman runcit yang bermakna, Pavilion Bukit Jalil turut memperkenalkan inisiatif Walk & Reward. Melalui program ini, pelanggan yang berjaya mencapai 10,000 langkah dalam kawasan pusat beli-belah ini layak menerima baucar makanan dan minuman bernilai RM20 – menggabungkan keseronokan membeli-belah dengan amalan gaya hidup sihat. Inisiatif ini mencerminkan aspirasi Pavilion Bukit Jalil untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih sihat, menarik dan melangkaui konsep runcit tradisional.
Dengan lebih 600 kedai runcit, pelbagai pameran seni dan budaya, serta pilihan makanan dan minuman yang meraikan cita rasa tempatan dan antarabangsa, Pavilion Bukit Jalil bersedia memberikan pengalaman Karnival Jualan Mega yang tidak dapat dilupakan — buat seisi keluarga, rakan-rakan tempatan mahupun pelancong antarabangsa.
Untuk memaksimumkan pengalaman ini, para pembeli digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Pavilion Bukit Jalil dan mendaftar sebagai ahli. Aplikasi ini memudahkan penebusan baucar beli-belah dan makanan, serta pendaftaran untuk menyertai pelbagai peraduan menarik.
Sertai "Mega Shopping Walk. Together, Here." di Pavilion Bukit Jalil — jemputan untuk melangkah bersama, mencipta kenangan bermakna, dan meraikan semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Ketahui tentang kejutan dan kemas kini terkini dengan mengikuti Pavilion Bukit Jalil di Instagram (www.instagram.com/pavilionbukitjalil) dan Facebook (www.facebook.com/PavilionBukitJalil.Mall). Untuk pertanyaan lanjut mengenai promosi dan penebusan, sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian 03 8092 8833.
Comments
Post a Comment