DISSY BAWAKAN FILEM 'IM NOT GANGSTER', SUSULAN KEJAYAAN FILEM SULUNG PECAH PANGGUNG 'CLOSE UR KOPITIAM'
Anda masih ingat lagi filem 'CLOSE UR KOPITIAM' yang telah menggegarkan panggung wayang pada musim Tahun Baru Cina 2025? Filem terbitan kumpulan komedi dalam talian kegemaran ramai, Dissy, itu berjaya meraih lebih RM13 juta, menjadikannya antara tiga buah filem berbahasa Cina tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia. Kini, mereka kembali!
Dissy, dengan jenama humor satira mereka yang unik, bersedia untuk meledakkan layar perak sekali lagi dengan naskhah terbaharu mereka: 'IM NOT GANGSTER' 寄生下流. Kali ini, mereka tampil lebih berani dan luar biasa dengan sebuah filem satira Tahun Baru Cina yang menjanjikan gelak tawa tidak henti!
'IM NOT GANGSTER' berkisar tentang seorang pemuda yang secara tidak sengaja terjerat dalam perebutan kuasa geng dalam dunia jenayah yang sarat dengan pengkhianatan dan juga konspirasi.
'IM NOT GANGSTER' bukan sekadar komedi biasa. Ia adalah satu renungan tajam terhadap isu-isu masyarakat hari ini. Dalam dunia yang penuh dengan kepalsuan dan sandiwara... siapakah sebenarnya orang yang baik?
Gandingan Mantap dan Barisan Pelakon Asal!
![]() |
Vince Chong |
Filem ini diarahkan oleh Vince Chong dan sekali lagi mendapat sokongan daripada bintang komedi Singapura, Mark Lee. Paling menarik, seluruh barisan pelakon asal Dissy akan kembali bersatu di layar perak! Bersedialah untuk melihat kembali lakonan Songbill, Dahee, Morn Liew, Anthony Ng, Kim Chen Wu, Adeline Wong, Yuriko, Yuniyce, Zuvia, Michie Lam, dan Judy.
![]() |
Mark Lee |
![]() |
Songbill |
Walaupun penggambaran masih belum bermula, Dissy sedang melakukan persiapan rapi untuk menghasilkan babak-babak berskala besar. Khabarnya jumlah barisan pelakon latar sudah mencecah hampir 1,000 orang – ini menunjukkan bahawa Dissy bakal membawakan filem kedua mereka ke tahap yang lebih tinggi!
Komitmen Dissy Terhadap Kisah Malaysia Yang Autentik
Diterbitkan oleh HD Film Company dan dihasilkan oleh pasukan kreatif Dissy, pasukan di sebalik kejayaan pecah panggung 'Close Ur Kopitiam', filem ini dijangkan membawakan kisah-kisah asli di Malaysia untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu CIna 2026.
Sinopsis:
Ah Long hanyalah seorang pemuda pemalu yang bekerja di sebuah kedai serbaneka. Suatu malam selepas tamat kerja, takdirnya berubah apabila dia secara tidak sengaja menyelamatkan seorang lelaki yang cedera parah. Sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir, dia sempat menyerahkan sebatang tongkat berkepala naga kepada Ah Long, lantas mengucapkan tiga perkataan: "Kamu ambil alih."
Keesokan harinya, sekumpulan lelaki dari sebuah kumpulan kongsi gelap paling berpengaruh di ibu kota muncul secara tiba-tiba dan membawa Ah Long pergi. Selepas menyoal siasat Ah Long, mereka percaya bahawa Ah Long kini ialah ketua baharu mereka.
Daripada seorang yang tidak dikenali, Ah Long tiba-tiba diangkat menjadi seorang ketua dunia jenayah. Apakah akan terjadi seterusnya?
Comments
Post a Comment