3 PELAWAK CABAR SELEBRITI SERTAI PROGRAM REALITI IKHTIAR HIDUP, “TIGA ABDUL LA!” DI RTM
Tiga pelawak popular sedia untuk menyahut cabaran melakukan aktiviti ikhtiar hidup dalam program realiti terbaharu bertajuk “Tiga Abdul La!” yang bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.
Nantikan kemunculan trio Atu (Zero), Joe Aziz dan Dewa (Arteh) dalam setiap episod program 13 episod yang menampilkan artis jemputan iaitu Saiful (Zero), Mek Yun, Amy Dangin, John Bear, Dayana Roza, Amerul Affendi, Apiz Paschya, Kween Keela, Ebi Kornelis, Kimberly Chuah, Shamsul Danish dan Michelle Lungan.
Program yang merancakkan sambutan Hari Kebangsaan di RTM ini dalam setiap episod mengetengahkan aktiviti mencabar ikhtiar hidup yang pastinya memberikan pengalaman bermakna buat tiga pelawak ini dan selebriti tetamu undangan mereka.
Menariknya lokasi yang dibawakan dalam program ini menerokai keindahan alam yang terdapat dalam negara termasuklah di Sabah dan Sarawak dengan aktiviti kebiasaan yang dilakukan masyarakat setempat yang dikunjungi.
Dua kumpulan ditubuhkan melalui cabutan undi, dimana setiap kumpulan akan mempunyai dua orang peserta. Mereka dikehendaki untuk membuat peralatan untuk menangkap ikan dan belut menggunakan pancing dan juga bubu buatan sendiri. Hasil tangkapan bagi kedua-dua pasukan perlu dimasak oleh mereka sendiri mengikut menu khas yang ditetapkan dengan kos untuk pembelian bahan-bahan masakan diminimakan agar kedua pasukan lebih kreatif dalam menyediakan persiapan masakan.
Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh berketurunan Cina kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Mek Yun. Dalam episode dua mereka berempat ditugaskan untuk memancing ikan sasaran di parit sawah dan mencari umpan dengan ikhtiar sendiri. Tanpa sebarang pengalaman, adakah Mek Yun dan mereka berjaya melepasi tugasan memancing dan memasak diberikan?
Pada episod seterusnya mereka ditemani oleh John Bear, penyanyi band Budak Nakal Hujung Simpang yang diberikan tugasan untuk menyiapkan sebatang pancing yang lengkap hanya menggunakan batang joran dan dawai. Sasaran mereka mendapatkan ikan Baung dengan umpan Ikan Tapa yang telah diperam dan berbau busuk. Berjayakah mereka mengharungi cabaran sukar episod kali ini?
Artis wanita yang turut serta iaitu Dayana Roza iaitu memancing di lautan menggunakan sebuah bot. Kejadian tidak diingini berlaku apabila lautan sedikit berombak dan salah seorang ahli pasukan muntah akibat mabuk laut.
Diteruskan dengan kemunculan pelakon versatile Amerul Affendi Bersama-sama hos menaikkan Udang sebagai tangkapan sasaran. Cabarannya batang pancing perlu dibuat sendiri dengan lengkap menggunakan peralatan yang serba ringkas. Sebuah bot akan diberikan untuk kedua–dua pasukan berkongsi bagi merealisasikan cabaran kali ini.
Berikutnya Atu, Joe Aziz dan Dewa ditemani pula pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Kimberly Chuah untuk menghadapi cabaran memancing dan memasak sebagai ikhtiar hidup di sungai Rompin Pahang.
Telah pun mulai bersiaran episod pengenalannya sejak 3 Ogos lalu, usah ketinggalan menyaksikan program ini di saluran Okey dan RTMK.
Comments
Post a Comment