MELAKA CIPTA SEJARAH: TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 DILANCAR PENUH GEMILANG OLEH PERDANA MENTERI


Sejarah baharu tercipta di bumi bersejarah Melaka pada 27 September 2025 sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang telah disempurnakan penuh gemilang oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, di perkarangan Encore Melaka.

Puluhan ribu membanjiri Encore Melaka! Saksikan kemeriahan pelancaran VM2026

Majlis yang diadakan buat julung kalinya di luar Kuala Lumpur itu, turut diserikan dengan kehadiran TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Duta Persahabatan Pelancongan Melaka, Fan Bingbing turut membuat penampilan istimewa bagi memeriahkan acara.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diapit TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (tengah) dan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh (kiri) bersama YB Dato' Seri Tiong King Sing (kanan) meraikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pecah Rekod! Tepukan gemuruh buat 3,224 penari Tarian Zapin seribu yang membawa Melaka ke dalam Malaysia Book of Records. 

Acara pelancaran VM2026 ini, yang bertemakan "Surreal Experiences", menyaksikan puluhan ribu orang ramai membanjiri perkarangan Encore Melaka sejak petang, membuktikan kesungguhan rakyat dalam meraikan kesiapsiagaan Malaysia untuk menyambut dunia.

Mengimbau semula Wira Laut Dunia: Enrique de Malaca. YAB Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Pameran Pelayaran Bersejarah.

Terdahulu, YAB Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Pameran Pelayaran Bersejarah Wira Laut Dunia: Enrique de Malaca, yang dilakonkan oleh Dato’ Rosyam Nor.

Seni Satukan Bangsa. Kepelbagaian budaya Malaysia terserlah di atas pentas melalui persembahan yang penuh warna-warni, mencerminkan semangat perpaduan yang kita banggakan. Inilah wajah sebenar Malaysia untuk VM2026!

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Perdana Menteri menegaskan semangat Panglima Awang (Enrique de Malaca), bahawa Malaysia perlu membina semula naratif sejarahnya berdasarkan fakta dan warisan sendiri, bukan melalui sudut pandang penjajah Barat. Beliau turut tabik dan mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka atas kejayaan menganjurkan pelancaran yang bertaraf antarabangsa ini.

Kehadiran istimewa Duta Persahabatan Pelancongan Melaka, Fan Bingbing, yang turut sama meraikan kejayaan pelancaran VM2026!

Majlis dimulakan dengan Flashmob Zapin Teramai yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records atas kejayaan menghimpunkan seramai 3,224 penari yang mempersembahkan Tarian Zapin seribu secara serentak. 

Persembahan bertenaga dan penuh penghayatan daripada penyanyi unggul, Misha Omar, menyemarakkan malam bersejarah Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Ini disusuli dengan pelbagai tarian budaya and juga persembahan istimewa oleh penyanyi terkenal negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar, serta gimik pelancaran Persembahan Magika Malam 1,000 Dron yang menakjubkan dan susuli dengan Persembahan bunga api yang memukau.

Ratu Pop Malaysia di Pentas Dunia. Kehadiran dan persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza menambah gilang-gemilang acara Pelancaran VM2026.

Di bawah langit Melaka, 1,000 dron menyala sebagai simbolik pelancaran VM2026. Bukti negeri sekecil Melaka mampu menganjurkan acara bertaraf antarabangsa penuh gemilang.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 ini membuktikan keseriusan Malaysia, dan Melaka khususnya, untuk menjadi destinasi pelancongan unggul.

Acara penutup tirai yang mengagumkan! Bunga api gilang-gemilang sebagai simbolik kejayaan Melaka menganjurkan acara bertaraf antarabangsa, membuktikan Malaysia bersedia menyambut ketibaan pelancong dari serata dunia. 

Tahun Melawat Malaysia 2026 menjanjikan pengalaman luar biasa dan sukar dilupakan, menampilkan Malaysia sebagai destinasi penuh keunikan dan keajaiban dari alam semula jadi, bandar moden, hingga warisan budaya yang kaya.

Kredit foto: Facebook Ab Rauf Yusoh & Abdul Razak Abdul Rahman

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO KUPAS RAHSIA KELUARGA, PEREBUTAN KUASA & HARTA ‘KERANA SEORANG LELAKI’

EKSPO PERDAGANGAN PERTANIAN “REMARKABLE SHANDONG” (MALAYSIA) 2025 DILANCARKAN DI KUALA LUMPUR: KERJASAMA CHINA-MALAYSIA MEMBUKA LALUAN BAHARU UNTUK PERDAGANGAN PERTANIAN ASEAN