5 MITOS TENTANG MENOPAUS YANG WANITA MALAYSIA TAK PERLU PERCAYA!
Anda sudah mula perasan pola tidur berubah, emosi cepat bertukar, malah tenaga semakin menurun– tetapi jarang sekali  dibincangkan secara terbuka. Di Malaysia, topik menopaus masih diselubungi oleh stigma dan rasa malu, membuatkan ramai wanita tidak pasti apa yang bakal mereka alami.
“Menopaus bukan penyakit, tetapi satu fasa semula jadi yang akan dialami oleh setiap wanita,” kata Dr. Yvonne Guan, Pengamal Perubatan Am di MyGP Clinic. “Pengalaman setiap wanita berbeza. Ada yang mengalami rasa panas tiba-tiba (hot flushes), ada yang sakit sendi, masalah penghadaman, atau gangguan tidur. Mengenal pasti perubahan ini lebih awal membantu wanita menguruskannya dengan lebih yakin.”
Sungguhpun begitu, masih banyak tanggapan salah tentang menopaus. Ramai wanita yang berdiam diri, menganggap ketidakselesaan itu sesuatu yang perlu diterima. Disebabkan kurangnya perbincangan  secara terbuka, ia sedikit sebanyak menjadi punca tersebarnya mitos dan kepercayaan salah, lalu menimbulkan ketakutan yang tidak berasas terhadap satu fasa hidup yang sebenarnya boleh menjadi sihat dengan adanya sokongan padu.
“Ramai wanita tidak sedar betapa gaya hidup mereka mempengaruhi perjalanan menopaus,” tambah Cynthia Jetan, Perunding Pemakanan di LAC Malaysia. “Tabiat mudah seperti mengamalkan pemakanan yang seimbang, kekal aktif, dan mengurus stres boleh membantu tubuh lebih kuat menghadapi perubahan hormon. Semakin kita faham, semakin mudah untuk kita melalui fasa ini dengan tenang.”
Disokong pandangan daripada pakar perubatan dan pemakanan yang baik, berikut disenaraikan lima mitos tentang menopaus yang wanita Malaysia harus berhenti percaya:
Mitos 1: Menopaus berlaku secara tiba-tiba
Menopaus tidak bermula hanya kerana haid terhenti. Ia adalah proses beransur-ansur yang dipanggil perimenopaus di mana ia boleh berlaku selama beberapa tahun sebelum haid anda berhenti sepenuhnya. Dalam tempoh ini, perubahan hormon boleh menyebabkan kitaran haid tidak menentu, gangguan tidur, atau perubahan dalam sistem penghadaman.
“Kalau haid anda tiba-tiba berhenti, jangan terus menganggap itu menopaus,” kata Dr. Guan. “Ia juga boleh disebabkan oleh masalah tiroid atau perubahan hormon lain. Pemeriksaan berkala dapat membantu mengenal pasti punca sebenar.”
Mitos 2: Simptom semua wanita sama
Selalunya orang menganggap hot flushes adalah simptom utama, tetapi kajian tempatan menunjukkan sebaliknya. Dalam satu kajian ke atas 1,800 wanita bekerja di Malaysia, sakit sendi adalah simptom paling lazim, diikuti oleh masalah tidur dan penghadaman[1].
“Tiada dua wanita yang mengalami menopaus dengan cara yang sama. Sebab itu nasihat yang sama untuk semua orang tidak berkesan. Gaya hidup memainkan peranan besar di mana wanita yang aktif, makan dengan sihat dan pandai mengurus stres biasanya melalui fasa ini dengan lebih mudah,”  jelas Dr. Guan.
Mitos 3: Hot flushes hanya berlaku pada siang hari
Hakikatnya, peluh malam (night sweats) juga biasa berlaku, malah kadangkala lebih teruk. Tidur terganggu boleh menyebabkan keletihan, tekanan dan perubahan emosi menjadi lebih teruk.
“Stres memainkan peranan besar dalam menentukan betapa kuatnya simptom yang dirasai. Apabila tahap hormon stres (kortisol) tinggi, ia boleh meningkatkan hot flushes dan mengganggu tidur. Amalan harian yang mudah seperti menulis jurnal, berjalan petang, atau latihan pernafasan boleh membantu mengatasi masalah ini dengan lebih ketara,” kata Jetan.
Mitos 4: Kenaikan berat badan tidak dapat dielakkan
Perubahan hormon memang boleh memperlahankan metabolisme, tetapi kenaikan berat badan tidak semestinya berlaku.
“Pemakanan tinggi karbohidrat halus seperti nasi putih, mi, dan pastri boleh menganggu ketidakseimbangan hormon. Sebaliknya, makanan kaya ikan, kekacang dan legum seperti diet Mediterranean boleh membantu untuk menstabilkan hormon, malah melambatkan menopaus sehingga tiga tahun,” jelas Jetan.
“Apabila tahap estrogen menurun, metabolisme turut berubah. Tetapi dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal berkala, tubuh anda boleh kembali stabil,” tambah Dr. Guan.
Mitos 5: Menopaus menandakan berakhirnya kewanitaan
Sebenarnya, menopaus bukan pengakhiran tetapi permulaan bab baru di mana seseorang wanita itu telah bebas daripada sindrom prahaid (PMS), ketidakselesaan bulanan, dan kebimbangan tentang kehamilan.
“Menopaus bukan penamat kepada sifat kewanitaan. Ia adalah peringkat yang membolehkan wanita memberi tumpuan kepada kesihatan, penjagaan diri, dan keyakinan baharu,” kata Dr. Guan.
“Tiada wanita yang patut melalui menopaus secara bersendirian. Sokongan melalui bimbingan perubatan, perubahan gaya hidup, dan pemakanan yang sememangnya membantu tubuh badan anda untuk menyesuaikan diri dengan lebih lancar,” tambah Jetan.
5 Cara Untuk Memudahkan Peralihan Menopaus
Wanita tidak perlu menghadapi menopaus tanpa persediaan. Langkah mudah dan konsisten mampu untuk memberikan impak yang besar seperti:
#1 Utamakan pergerakan berkala
Bersenam membantu menguatkan tulang, menstabilkan emosi, dan mengawal perubahan berat badan. Jalan cepat (brisk walk), yoga atau latihan kekuatan ringan sebenarnya sangat berkesan.
#2 Amalkan rutin tidur yang baik
Kurangkan kafein dan penggunaan skrin sebelum tidur.  “Tidur yang berkualiti membantu mengimbangi hormon dan mengurangkan tekanan. Langkah mudah seperti memalapkan cahaya bilik atau minum teh herba juga membantu,” kata Jetan.
#3 Amalkan pemakanan berkhasiat
“Makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium, protein, serat dan antioksidan menyokong kesihatan hormon dan usus. Ramai tak sedar bahawa kesihatan usus yang baik membantu penyerapan nutrien dan kawalan hormon,” jelas Jetan.
#4 Dapatkan sokongan tambahan
“Suplemen bukan bertujuan untuk menggantikan gaya hidup sihat, malah sebaliknya  melengkapkannya,” tegas Jetan. Bagi wanita yang memerlukan sokongan tambahan, boleh pertimbangkan pilihan berikut:
●       LAC Women’s Menorx membantu melegakan simptom seperti hot flushes dan perubahan mood.
●       LAC Goodnight ZZzz Formula membantu mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.
●       LAC FullCal Powder menguatkan tulang dengan sokongan kalsium tambahan.
 #5 Kekal berhubung dan sentiasa tambah ilmu
Sertai komuniti kesihatan wanita untuk berbincang dengan pakar perubatan, dan normalisasikan perbualan tentang menopaus. Pengetahuan seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan stigma dan meningkatkan sokongan.
Lembaran Baharu Dengan Keyakinan Yang Lebih
Menopaus bukan sesuatu yang perlu ditakuti, sebaliknya satu fasa yang perlu difahami dan diraikan. Dengan pengetahuan yang betul, tabiat sihat serta sokongan berterusan, wanita boleh melalui fasa ini dengan kekuatan dan ketenangan.
“Menopaus perlu diterima sebagai satu peringkat pemerkasaan. Dengan penjagaan diri dan kesedaran, wanita boleh terus berkembang dalam membuka lembaran baharu hidup mereka,” kata Jetan.
.jpg)
Comments
Post a Comment