MALAYSIA HEALTH & BEAUTY AWARDS 2026 MERAIKAN JENAMA YANG DIPERCAYAI DAN DIGUNAKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA SETIAP HARI


Daripada produk kegemaran harian ke produk terlaris berprestasi tinggi, produk-produk di mana rakyat Malaysia bergantung menjadi tumpuan utama di pentas Malaysia Health & Beauty Awards yang diadakan julung kalinya semalam, dalam mengiktiraf serta meraikan jenama yang digunakan oleh rakyat Malaysia, dipercayai dan terus menjadi pilihan dalam rutin kesihatan dan kecantikan harian mereka.

Dianjurkan dengan kerjasama BIG Pharmacy dan CARiNG Pharmacy di bawah BIG CARING Group, anugerah ini bertemakan “Celebrating Health. Honouring Beauty” serta mengiktiraf produk yang merentasi tiga kategori utama - Pilihan Malaysia (Malaysia’s Choice), Produk Terlaris (Best Seller) dan Pilihan Pakar (Experts’ Choice).

Tahun ini, anugerah tersebut menerima lebih daripada 200,000 undian daripada seluruh negara dan keputusan yang diperoleh menunjukkan keselarasan kukuh antara pilihan rakyat Malaysia, produk yang konsisten mencatat prestasi baik di pasaran serta produk yang mendapat penilaian profesional. Lebih 80 jenama ikonik muncul sebagai pemenang dalam pelbagai kategori, sekali gus mencerminkan kepercayaan pengguna dan prestasi produk yang berterusan.

Pengerusi Penganjur Malaysia Health & Beauty Awards, Wong Siew Lai berkata, “Perkara yang sangat menyerlah menerusi anugerah ini adalah bagaimana ia mencerminkan tingkah laku pengguna sebenar, keyakinan terhadap produk, serta kepentingan kepercayaan yang semakin meningkat dalam landskap kesihatan dan kecantikan masa kini. Pengguna di Malaysia kini lebih teliti dalam membuat pilihan dan mereka memilih produk yang memberikan hasil konsisten, bukan sekadar mengikut trend.”

“Dengan menggabungkan pilihan pengguna, prestasi pasaran serta penilaian pakar dalam satu platform, anugerah ini memberikan perspektif lebih menyeluruh terhadap produk dan jenama yang benar-benar dipercayai serta terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dalam kehidupan harian mereka.”

Lee Meng Chuan, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIG CARING Group berkata, “Industri kesihatan dan kecantikan terus berkembang seiring perubahan gaya hidup serta jangkaan pengguna. Apabila pengguna kini semakin memberi perhatian terhadap kesejahteraan diri secara menyeluruh, penekanan terhadap kualiti, kredibiliti dan produk yang dipercayai serta mampu memberikan nilai jangka panjang juga semakin meningkat.”

“Di BIG CARING Group, kami percaya inisiatif seperti Malaysia Health & Beauty Awards memainkan peranan penting dalam menggalakkan standard yang lebih tinggi, inovasi yang lebih kukuh serta keyakinan pengguna yang lebih besar dalam industri ini. Kami berharap platform seperti ini dapat memacu pertumbuhan sektor kesihatan dan kecantikan di Malaysia.”

Selain mengiktiraf produk berprestasi tinggi, anugerah ini turut menonjolkan peranan farmasi komuniti sebagai pusat rujukan yang mudah diakses dan dipercayai dalam menyokong pelbagai keperluan kesihatan dan kecantikan, daripada keperluan harian sehinggalah penjagaan yang lebih khusus. Seiring dengan peningkatan kepentingan terhadap pilihan yang lebih bermaklumat serta panduan penjagaan kesihatan yang dipercayai, Malaysia Health & Beauty Awards turut menekankan kepentingan aksesibiliti, kredibiliti dan kesejahteraan pengguna dalam landskap kesihatan dan kecantikan masa kini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.myhealthbeauty.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

MEMUPUK GENERASI KANAK-KANAK BIJAK: FERNLEAF LANCAR SUSU TEPUNG RUMUSAN UNTUK KANAK-KANAK DENGAN NUTRISI SMARTGRO™ DIPERTINGKAT UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK MODEN KINI