DISNEY+ HOTSTAR MALAYSIA BAKAL DIJENAMA SEMULA MENJADI DISNEY+ MULAI 9 OKTOBER 2025


Bermula 9 Oktober ini, Hulu akan diperkenalkan sebagai jenama hiburan umum global di platform penstriman Disney+, menggantikan jenama Star. Di Malaysia, perubahan ini turut menyaksikan penjenamaan semula Disney+ Hotstar kepada Disney+, selaras dengan strategi global The Walt Disney Company.

Dengan penjenamaan baharu ini, para pelanggan di Malaysia akan terus menikmati kandungan yang mereka gemari — daripada program hibura yang memenangi anugerah, program keluarga bertaraf dunia, hinggalah koleksi kandungan asli dari rantau Asia Pasifik (APAC) yang semakin meningkat popular. Hulu, yang terkenal dengan siri asli yang mencetus fenomena dan memenangi pelbagai anugerah, kini akan menjadi wajah utama hiburan umum di Disney+.

Antara kandungan baharu yang bakal menghiasi paparan Hulu di Disney+ termasuk drama undang-undang berprofil tinggi All’s Fair arahan Ryan Murphy, dibintangi Glenn Close, Kim Kardashian dan Niecy Nash; komedi romantik Korea Would You Marry Me lakonan Choi Woo-shik dan Jung So-min; thriller aksi Korea The Manipulated yang menampilkan Ji Changwook dan Doh Kyungsoo; serta anime Jepun WANDANCE yang penuh visual dinamik dan emosi.

Senarai ini akan melengkapi barisan kandungan global yang telah mendapat pujian ramai seperti Grey’s Anatomy, Modern Family, Shōgun, High Potential, serta kandungan Korea dan Jepun yang digemari seperti Tempest, Nine Puzzles, The Judge from Hell, A Shop for Killers, Moving dan Gannibal.

“Disney+ dikenali sebagai platform dengan koleksi kandungan paling digemari di Malaysia. Dengan Hulu sebagai jenama hiburan umum baharu kami, kami akan terus menyampaikan kisah-kisah hebat kepada keluarga, rakan dan peminat di seluruh negara,” kata Vineet Puri, Naib Presiden dan Pengurus Besar The Walt Disney Company Asia Tenggara.

Disney+ kini menawarkan ratusan filem, siri asli eksklusif dan ribuan episod televisyen daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan Hulu — menjadikannya destinasi penstriman utama untuk meneroka dunia baharu dan kisah-kisah yang hebat.

Comments

Popular posts from this blog

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

SHOPEE MEMULAKAN 11.11 JUALAN HEBAT BERSAMA SHOPEE HOUSE DAN SHOPEE SUPERSTAR AWARDS 2025