FERNLEAF CATAT REKOD MALAYSIA SEMPENA DEEPAVALI DENGAN HIDANGAN 10,101 CAWAN MOORU



Dalam semangat Deepavali yang meraikan cahaya, kasih sayang dan perpaduan, Fernleaf, jenama Susu Tepung Keluarga No.1 di Malaysia*, telah mencipta sejarah apabila dianugerahkan gelaran “Pemberian Mooru Terbanyak Dalam Sehari” oleh Malaysia Book of Records. Pencapaian ini direalisasikan menerusi pengagihan sebanyak 10,101 cawan minuman tradisional Mooru yang disediakan menggunakan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf.

Rekod bersejarah ini tercipta di Karnival Deepavali Agenda Suria 2025, di mana Fernleaf tampil sebagai penaja utama acara tersebut. Ribuan rakyat Malaysia hadir untuk meraikan Festival Cahaya sambil menikmati Mooru — sejenis minuman susu masam tradisional India yang diperkaya dengan rasa berkrim dan lazat daripada Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf. Acara ini menjadi simbol pemakanan sihat, kegembiraan dan perpaduan antara komuniti, selari dengan komitmen Fernleaf dalam meraikan kepelbagaian budaya Malaysia serta memperkenalkan kebaikan tenusu dari New Zealand.

“Deepavali adalah tentang menyebarkan kegembiraan dan cahaya, dan makanan serta minuman merupakan cara indah untuk menyatukan masyarakat,” kata Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, Puan Lim Siew Poh. “Dengan berkongsi 10,101 cawan Mooru yang dibuat menggunakan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, kami ingin menghormati perayaan bermakna ini dan menunjukkan bagaimana Fernleaf terus menjadi sebahagian daripada setiap sambutan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, budaya atau agama.”


“Mooru adalah rasa nostalgia bagi ramai keluarga India Malaysia, dan kami berbangga kerana Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman itu pada Deepavali kali ini,” tambah beliau. “Ia adalah perayaan rasa, tradisi dan kegembiraan bersama yang sentiasa menjadi teras Fernleaf.”

Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, pengunjung ke reruai Fernleaf turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:
  • Sampel percuma Teh Tarik yang dibuat dengan Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf, serta Minuman Coklat Sejuk menggunakan Susu Tepung Coklat Keluarga Fernleaf.
  • Aktiviti “Beli 2 & Putar Roda”, di mana pembeli yang membeli dua produk Fernleaf berpeluang memenangi hadiah menarik seperti pin tambah nilai Touch ‘n Go, beg tote plushie edisi terhad Fernleaf, cawan sippy Fernleaf dan banyak lagi.
Diperbuat daripada 100% susu lembu yang diberi makan rumput dari ladang New Zealand, Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf menawarkan kebaikan semula jadi tenusu dan nutrisi yang dipercayai oleh keluarga Malaysia. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi pengiktirafan rasmi oleh Malaysia Book of Records, malah mengukuhkan lagi dedikasi Fernleaf dalam meraikan tradisi pelbagai budaya dan nilai kekeluargaan yang kukuh, sambil meneruskan misi menyuburkan keluarga Malaysia dengan kebaikan tenusu semula jadi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Fernleaf.

Comments

Popular posts from this blog

LIMA HARI, SATU MISI: MESRA MALL SATUKAN KOMUNITI DEMI KESIHATAN MENTAL

BEAM ARTISTES LANCAR EDISI SULUNG MASTERS OF THE WORLD DI KUALA LUMPUR