PARAMOUNT PROPERTY LANCAR PARAMOUNT CUP 2025 DENGAN TABUNG HADIAH PICKLEBALL ANTARA TERBESAR DI MALAYSIA

Paramount Property bakal menempa nama dalam kalendar sukan negara menerusi penganjuran Paramount Cup 2025, sebuah kejohanan pickleball dengan tabung hadiah berjumlah RM112,500 – antara yang terbesar di Malaysia.

Dari kiri: Brian Choo, Benjamin Teo, Alex Tran

Kejohanan ini akan berlangsung dari 23 hingga 26 Oktober 2025 di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang yang baru dibuka, menampilkan 18 kategori merangkumi perseorangan, beregu dan beregu campuran mengikut tahap kemahiran serta kumpulan umur. Dengan jangkaan penyertaan melebihi 820 pemain dari seluruh pelusuk tanah air, Paramount Cup 2025 bakal menyatukan pemain remaja, dewasa dan warga emas dalam memeriahkan sebuah acara sukan yang menjadi sebuah gaya hidup dalam kalangan komuniti pada masa kini.

Kejohanan sulung Paramount Cup turut menampilkan barisan pemain pickleball bertaraf antarabangsa, termasuk Vanshik Kapadia dari India serta Kyle Stoker, Nancy Riley dan Josh Chia dari Australia. Hsieh Yu-Chieh (pemain pickleball wanita No.6 di Asia), Karina Aditya Dwipayani (pemain pickleball wanita No.1 di Indonesia), Tarie Caouette (pemain pickleball wanita No.1 di Thailand), serta Mihae Kwon (pemain pickleball wanita terkemuka dari Korea) turut menyertai barisan pemain bintang dalam kejohanan ini.

Sebagai “The People’s Developer”, Paramount Property sekian lama menjadi pendukung utama inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan sesama masyrakat. Paramount Property telah menaja pelbagai acara yang memberi fokus kepada komuniti seperti Bukit Banyan Hero Run di Kedah, Penang Fellowship Bridge-to-Bridge Ride, dan KL Car Free Morning. Paramount Cup 2025 akan menjadi sebuah legasi baharu yang mengetengahkan sukan pickleball – sebuah sukan yang semakin popular di kalngan rakyat Malaysia kerana sifatnya yang lebih inklusif dan merapatkan jurang generasi serta tahap kemahiran di gelanggang yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property, Chee Siew Pin, berkata: “Pickleball begitu dekat di hati kami, bahkan sangat dekat kerana sifat permainan itu sendiri yang mudah diakses serta kemampuannya menghubungkan pemain dari pelbagai peringkat usia. Paramount Cup bukan sekadar sebuah kejohanan pickleball, malahan ia akan menjadi sebuah acara permainan yang akan memupuk semangat komuniti dalam kalangan masyarakat, gaya hidup aktif dan menjalin kemesraan. Ia juga mencerminkan keyakinan dan kepercayaan kami bahawa nilai sebenar bukan sahaja terletak pada reka bentuk rumah dan ruang yang kami bangunkan, tetapi juga pada kualiti hidup serta pengalaman yang dapat dinikmati bersama.”

Paramount Cup 2025 dijangka dapat melonjakkan lagi profil sukan pickleball di Malaysia, di samping mengukuhkan komitmen jenama Paramount Property dalam membina komuniti yang berhubung, berkembang maju dan merentas generasi, dengan kerjasama PLAYA Racquet Club.

Pengarah PLAYA Racquet Club, Brian Choo, berkata:“Kerjasama kami dengan Paramount Property dibina atas asas yang sama – membina komuniti dan mempromosikan gaya hidup lebih sihat. Acara ini menjadi batu loncatan penting bagi kami dalam memperkenalkan pickleball serta mencipta pengalaman sukan yang lebih bertenaga. Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi edisi sulung Piala Paramount 2025 di PLAYA Racquet Club @ PARC Subang yang baru dibuka, menampilkan antara gelanggang kejohanan pickleball terbesar di negara ini dengan kapasiti lebih 250 penonton. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja yang menjayakan acara ini.”

Paramount Cup 2025 mendapat sokongan daripada barisan rakan kongsi strategik. Sebagai penaja utama, Paramount Property membawa komitment untuk memperkasa komuniti melalui penganjuran acara ini. PLAYA Racquet Club @ PARC Subang pula bertindak sebagai rakan lokasi rasmi menawarkan kemudahan dan fasiliti bertaraf antarabangsa untuk pemain dan penonton. Auto Bavaria BMW tampil sebagai rakan automotif manakala Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menyokong sebagai rakan hotel rasmi, Baseline menjadi bergandingan sebagai rakan kejohanan, RIVAL KL sebagai rakan pemulihan sukan, dan JOOLA meningkatkan prestasi sebagai rakan peralatan rasmi. Kesemua kerjasama ini memberikan impak yang sangat positif bagi menjayakan kejohanan ini secara tidak langsung menawarkan pengalaman terbaik kepada pemain dan penonton.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 15 Oktober 2025. Orang ramai disarankan untuk mendaftar segera bagi memastikan penyertaan dalam edisi pertama Paramount Cup ini.

Maklumat lanjut mengenai kategori acara dan jadual penuh boleh didapati di https://baseline.my/tournaments/473ffe6b-44ec-4b55-809c- 051ed303bff4 .

Untuk maklumat lanjut mengenai Paramount Cup 2025, sila layari www.paramountproperty.my.

Comments

Popular posts from this blog

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN