RAKAN GRAB JELAJAH ASEAN MENEROKA INOVASI SERANTAU BAGI MEMBENTUK MASA DEPAN TEKNOLOGI ASEAN

Setiap hari, berjuta-juta rakan pemandu dan penghantar Grab menelusuri jalan-jalan bandar di seluruh ASEAN, bukan sekadar membawa penumpang atau menghantar makanan, tetapi juga melakar cerita, cita-cita dan idea yang memberi inspirasi kepada teknologi di sebalik superapp Grab. Setiap perjalanan mencerminkan semangat ketabahan dan inovasi bersama yang menggerakkan ASEAN ke hadapan, dan melalui wira-wira harian ini, Grab terus membangunkan teknologi yang direka khas untuk rantau ini, oleh rantau ini.

(Dari kiri ke kanan) Rashid Shukor, Pengarah, Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia; Rakan Pemandu Grab: Muhamad Aiman Bin Muhamad Shamsudin, Christine Wee Seow Ling, Muhamad Syukri Bin Ghazali; Shahril Hamdan, Hos KS Lagi semasa tayangan Rakan Grab Jelajah ASEAN.

"Rakan pemandu dan penghantar kami adalah nadi ekosistem Grab. Mereka memahami selok-belok bandar serta pelanggan mereka lebih berbanding orang lain, dan pengalaman mereka secara langsung memberi inspirasi kepada teknologi yang kami bangunkan. Rakan Grab Jelajah ASEAN meraikan bagaimana kami bekerjasama untuk mencipta teknologi yang inklusif, lestari dan dibangunkan untuk rantau ini.” kata Adelene Foo, Pengarah Urusan, Grab Malaysia.

Rakan Grab Jelajah ASEAN: Kisah Perjalanan yang Menginspirasi Inovasi

Sebagai sokongan kepada kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, Grab telah bekerjasama dengan KS Lagi untuk menerbitkan siri web tiga bahagian bertajuk ‘Rakan Grab Jelajah ASEAN’. Siri ini menampilkan bagaimana Grab berkolaborasi dengan rakan pemandu dan penghantar dengan memanfaatkan pengalaman mereka di lapangan bagi membangunkan penyelesaian hiper-lokal yang memenuhi pelbagai keperluan komuniti di seluruh ASEAN. Tayangan ini hadir pada detik yang bermakna, ketika Malaysia menutup tirai kepengerusian ASEAN setelah setahun yang dipenuhi dengan pelbagai acara dan program penting yang menonjolkan nilai "Keterangkuman dan Kelestarian."

Siri tiga bahagian Rakan Grab Jelajah ASEAN menampilkan hos Shahril Hamdan bersama tiga rakan Grab dari Malaysia menjelajah ke Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi ketiga-tiga rakan ini, lawatan tersebut merupakan kali pertama mereka melawat ke negara-negara berkenaan - meneroka dan menonjolkan bagaimana pengalaman tempatan di lapangan terus memberi inspirasi kepada inovasi dan teknologi Grab di seluruh ASEAN.

"Menjelajahi negara-negara rakan Grab memberi saya penghargaan yang lebih mendalam terhadap bagaimana rakan-rakan pemandu dan penghantar di seluruh ASEAN berkongsi semangat yang sama untuk menyara keluarga, berkhidmat kepada komuniti, dan terus maju ke hadapan. Walaupun bandar-bandar kita berbeza, semangatnya tetap sama. Amat menginspirasikan apabila melihat bagaimana teknologi menghubungkan kita semua dalam perjalanan yang dikongsi bersama," kata Muhamad Syukri bin Ghazali, salah seorang rakan pemandu yang terlibat dalam Rakan Grab Jelajah ASEAN.

Penonton dapat menyaksikan bagaimana kerjasama serantau dan inovasi tempatan dapat digabungkan untuk memperkasa komuniti, mewujudkan peluang serta mempersiapkan sumber pendapatan agar lebih berdaya tahan merentas sempadan. Ketiga-tiga episode penuh siri Rakan Grab Jelajah ASEAN akan dimuat naik secara eksklusif di platform media social KS Lagi.


Memperkasa Komuniti Melalui Inovasi Inklusif dan Lestari

Di seluruh rantau ini, Grab terus memanfaatkan kefahaman mendalam tentang pasaran dan komuniti tempatan dalam membangunkan penyelesaian yang dipacu teknologi. Berpandukan misinya untuk memperkukuh sumber pendapatan agar kekal berdaya saing, syarikat ini memperkenalkan pelbagai inovasi yang mencerminkan gabungan kepakaran teknologi dan nilai hubungan insan.

● AI Driver Companion, ciri panduan pintar yang membantu rakan pemandu mengenal pasti permintaan dengan lebih cepat dan memandu secara lebih cekap.

● AI Merchant Assistant, alatan produktiviti pintar yang memperkemas operasi dan menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

● GrabMaps, platform pemetaan hiperlokal berasaskan AI yang dibangunkan dari asas dengan pandangan dunia sebenar daripada rakan pemandu dan penghantar, bagi meningkatkan ketepatan alamat dan kecekapan laluan.

Pendekatan Grab dalam inovasi mencerminkan usaha berterusan kerajaan-kerajaan ASEAN untuk mengintegrasi kecerdasan buatan (AI) ke dalam strategi nasional negara masing-masing, dan menjadi contoh bagaimana platform tempatan dapat mendemokrasikan teknologi agar manfaatnya boleh dinikmati semua lapisan masyarakat. Di Malaysia, pendekatan ini turut seiring dengan usaha kerajaan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar bagi Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian daripada ekosistem mobiliti yang lebih mampan.

Melangkaui aspek teknologi, misi Grab berteraskan prinsip keterangkuman dan kelestarian. Syarikat ini terus mewujudkan peluang pendapatan yang bermakna dan mampan, di samping berusaha mengatasi pelbagai halangan terhadap akses kepada kesamarataan, termasuk bagi wanita dan golongan orang kurang upaya (OKU).

"Di sebalik setiap perjalanan dan penghantaran ialah individu sebenar serta sumber pendapatan mereka. Tanggungjawab kami ialah memastikan teknologi menjadi pemacu keterangkuman dan peluang untuk semua komuniti, di samping memperkukuhkan asas kepada pertumbuhan yang mampan," kata Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Ketika Malaysia menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN kepada Filipina, Grab menegaskan komitmennya untuk terus menyokong kemajuan bersama rantau ini melalui teknologi, inovasi dan kerjasama. Grab akan terus menjalin hubungan erat dengan kerajaan di seluruh ASEAN bagi memastikan sumber pendapatan rakan kongsinya bukan sahaja dilindungi, malah diperkukuh dan dipersiapkan untuk menghadapi era digital.

Comments

Popular posts from this blog

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN