SHIHLIN TAIWAN STREET SNACKS LANCAR MENU BARU DAN KOLEKSI BLINDBOX EKSKLUSIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22


Shihlin Taiwan Street Snacks memperkenalkan era baharu jenama dengan pelancaran Shihlin 2.0, bersempena ulang tahun ke-22. Selepas menjual lebih 100 juta keping XXL Crispy Chicken sejak 2003, jenama ini kini tampil dengan identiti segar, tawaran hidangan lengkap, dan koleksi barangan eksklusif.

Malaysia menjadi negara pertama menyaksikan transformasi ini, bermula dengan pembaharuan cawangan di NU Sentral. Shihlin kini menawarkan dua hidangan nasi baharu: Braised Chicken Ricebowl dan Chiayi Scallion Chicken Ricebowl (RM15.90 setiap satu), diinspirasikan daripada resipi Taiwan dan disesuaikan untuk pasaran tempatan dengan penggunaan ayam sebagai alternatif kepada daging khinzir dan ayam belanda.



Turut diperkenalkan ialah siri Dried Tossed Noodles yang eksklusif untuk pasaran Malaysia. Tiga pilihan ditawarkan: Scallion Oil Noodle, Dan Dan Noodle dan Taiwan Cut Chilli Noodle (RM8.80 setiap satu), menampilkan rasa asli pasar malam Taiwan. Menu ini dilengkapi dengan pembuka selera vegetarian seperti Smashed Cucumber (RM4.90), Black Fungus (RM4.90) dan Oyster Mushroom (RM5.90).


Sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula, Shihlin memperkenalkan warna baharu Shihlin Pink serta maskot kucing Miào Miào yang mewakili semangat jenama – nakal, setia dan penuh karakter.


Untuk peminat koleksi, Shihlin melancarkan barangan eksklusif dalam format blindbox, menampilkan Miào Miào dalam tiga rekaan bertemakan makanan ikonik Shihlin: Crispy Miào Miào dengan XXL Crispy Chicken, Slurpy Miào Miào dengan Oyster Mee Sua, dan QQ Miào Miào dengan tempura fries. Koleksi ini dijangka menarik perhatian pengumpul dan peminat setia jenama tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN 30 TAHUN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

GUARDIAN LANCAR KL WOMEN RUNNING FESTIVAL 2026 – MERAIKAN KESEJAHTERAAN WANITA

TWINKLE TWINKLE BAWA FARM TALES KE KUALA LUMPUR

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH