SIME MOTORS RAIKAN KEPIMPINAN AUTOMOTIF 45 TAHUN DENGAN PERSEMBAHAN ORKESTRA FILHARMONIK MALAYSIA YANG HEBAT

Sime Motors telah meraikan mercu jaya penting baru-baru ini dengan majlis gilang-gemilang sambutan ulang tahun ke-45 bertema “Orchestrating Excellence: Celebrating 45 Years of Sime Motors in Malaysia” (Meraikan Kecemerlangan 45 Tahun Sime Motors di Malaysia). Majlis ini diraikan bersama pihak-pihak berkepentingan paling dihargai Sime Motors untuk menghayati dan menyaksikan persembahan Orkestra Filharmonik Malaysia yang memukau.

Majlis malam gala tersebut mempersembahkan muzik bertaraf dunia di bawah arahan konduktor terkenal Gerald Salonga, dengan kehadiran pemain piano Liu Muyu dan penyanyi terkemuka Malaysia Aina Abdul, yang menambah pesona dan sentuhan tersendiri. Persembahan mereka menghiburkan penonton dan memeriahkan lagi malam sambutan yang diadakan sebagai penghormatan kepada kepimpinan dan sumbangan 45 tahun Sime Motors kepada industri automotif Malaysia.

Salah satu sorotan penting pada malam penghargaan ialah pengiktirafan yang diberikan kepada prinsipal dan rakan kongsi jenama Sime Motors, yang telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kejayaan syarikat. Tanda penghargaan telah disampaikan oleh Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, bersama Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, kepada wakil-wakil dari BMW Group Malaysia, BYD, DENZA, Ford Malaysia, Hyundai Malaysia, Jaguar Land Rover, Porsche Malaysia dan Volvo Cars Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.


Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, berkata, “Mercu jaya ini meraikan insan dan pakatan yang telah membolehkan Sime Motors mencapai kejayaan sehingga kini. Selama 45 tahun, kami telah berganding bahu dengan prinsipal, pelanggan dan kakitangan kami untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap peringkat perjalanan automotif yang dilalui. Meninjau ke hadapan, kami komited untuk terus mempelopori inovasi, mengukuhkan pakatan dan mewujudkan pengalaman luar biasa bagi para pelanggan kami di Malaysia.”

Majlis gala tersebut mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelanggan setia, rakan niaga, wakil prinsipal jenama, anggota pasukan, wakil media dan rakan industri Sime Motors. Sambil meraikan warisan Sime Motors, malam penuh gilang gemilang tersebut turut memperlihatkan cita-citanya untuk memimpin sektor automotif Malaysia menuju ke masa hadapan menerusi inovasi, kerjasama kukuh dan tumpuan khusus kepada kecemerlangan pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

“NOW YOU SEE ME: NOW YOU DON’T” GEGARKAN GSC LALAPORT BBCC – MAGIS KEMBALI MENGUASAI LAYAR PERAK!