TSUBAKI LANCAR FORMULASI YANG DINAIK TARAF DENGAN CAMELLIA OIL FORCE UNTUK RAMBUT LEBIH SIHAT, TERURUS DAN KUAT


Tsubaki, jenama penjagaan rambut terkemuka Jepun yang terkenal dengan inovasi kecantikannya, kini memperkenalkan formulasi yang dinaik taraf, dikuasakan oleh Camellia Oil Force di Malaysia melalui jerayawara istimewa, The City of Tsubaki, yang menampilkan pengalaman interaktif, aktiviti menarik serta ekspresi seni yang menggabungkan keindahan penjagaan rambut dengan seni pastri halus. Inovasi ini memberikan rambut yang licin, berkilau dan lebih tahan lasak yang kekal menawan selama beberapa hari, membawa pengalaman penjagaan rambut setara salon di Jepun ke rumah pengguna.

Penjagaan rambut Tsubaki generasi baharu ini mencerminkan komitmen jenama ini untuk menggabungkan ritual kecantikan Jepun yang berabad-abad lamanya dengan kemajuan saintifik moden. Dengan menangani kebimbangan utama seperti kekeringan, rambut kusut, keguguran rambut dan kerosakan, Tsubaki membantu pengguna di Malaysia untuk menikmati rambut yang sihat dan berkilau melalui pengalaman deria yang memanjakan, sambil menampilkan hasil jelas yang boleh dicapai di rumah.

“Visi Tsubaki adalah untuk menjadikan penjagaan rambut bertaraf salon Jepun sebahagian daripada kehidupan seharian,” kata Frederick Ng, Pengurus Besar dan Wakil Negara untuk Tsubaki Malaysia dan Indonesia. “Dengan pengenalan Camellia Oil Force, kami menawarkan penyelesaian berkesan yang menunjukkan peningkatan ketara dari segi kekuatan, kilauan dan kemudahan penggayaan rambut. Bukan sahaja menekankan keberkesanan, Tsubaki juga berusaha memberikan keyakinan serta kegembiraan, agar setiap rakyat Malaysia berasa diri mereka pada tahap terbaik.”

(Dari kiri) JH Yong, Pengarah Pengeluaran di JWC Roastery Malaysia; Frederick Ng, Pengurus Besar dan Wakil Negara untuk Tsubaki Malaysia dan Indonesia; serta Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, semasa pelancaran City of Tsubaki baru-baru ini di Starhill Gallery, Kuala Lumpur.

“Watsons sentiasa berdedikasi untuk menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan kami yang benar-benar membawa perubahan positif dalam kehidupan seharian mereka,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia. “Pengenalan formulasi Tsubaki yang dinaik taraf ini adalah tepat pada masanya, memandangkan lebih ramai pengguna kini giat mencari penyelesaian berkesan untuk masalah rambut seperti rambut kusut, kekeringan dan keguguran rambut. Dengan memastikan produk Tsubaki tersedia di semua kedai dan saluran dalam talian kami, kami menjamin penjagaan rambut kualiti salon seperti di Jepun kini mudah dicapai oleh rakyat Malaysia di mana sahaja.”

“Sebagai seseorang yang menghargai kesederhanaan dan keaslian dalam setiap aspek kehidupan saya, daripada apa yang saya pakai hinggalah cara saya menjaga rambut, saya sentiasa mencari yang terbaik,” kata Arisa Yamanaka, model dan personaliti gaya hidup. “Formulasi Tsubaki yang dinaik taraf dengan Camellia Oil Force menggabungkan keanggunan kecantikan Jepun dengan gaya hidup seharian. Sejurus saya mencubanya, rambut saya terasa lebih berkilau, kuat dan tahan lasak. Saya berbangga menyokong jenama yang menggabungkan warisan, sains dan kemewahan sensori, sesuatu yang boleh saya percayai untuk mengekalkan kecantikan dalam detik kehidupan sebenar. Dengan pelbagai peranan yang perlu saya seimbangkan dan jadual penggambaran yang kerap, saya amat menghargai kehadiran Tsubaki di rumah kerana ia membolehkan saya menikmati penjagaan rambut setaraf salon dengan mudah.”

Sempena pelancaran formulasi dinaik taraf Tsubaki, City of Tsubaki tahun ini tampil lebih istimewa melalui kerjasama dengan JWC Roastery Malaysia, jenama gaya hidup tempatan yang terkenal dengan kopi serta pastri artisalnya. Untuk meraikan seni keindahan Tsubaki, JWC Roastery turut mempersembahkan siri baharu seni pastri edisi terhad yang terdiri daripada lima ciptaan istimewa yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. Setiap karya berfungsi sebagai tafsiran visual dan kulinari bagi produk-produk utama Tsubaki. Siri ini, yang dinamakan “Essence in Bloom”, menggambarkan semangat pembaharuan dan keindahan yang halus, serta diperkenalkan buat pertamanya kali di jerayawara City of Tsubaki dan akan mula ditawarkan di semua lokasi JWC Roastery tidak lama lagi.


Seluruh rangkaian Tsubaki kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia, sama ada melalui platform dalam talian atau di semua cawangan fizikal. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Tsubaki Malaysia di www.facebook.com/tsubaki.my atau ikuti di Instagram @tsubaki_malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

“NOW YOU SEE ME: NOW YOU DON’T” GEGARKAN GSC LALAPORT BBCC – MAGIS KEMBALI MENGUASAI LAYAR PERAK!