VASELINE PERKENAL PRO DERMA ULTRA MOISTURIZING BODY CREAM: 150 TAHUN SAINS PEMULIHAN KULIT KINI DIPERHEBAT DENGAN INOVASI DERMATOLOGI

Berbekalkan 150 tahun kepakaran dalam penyembuhan kulit, dengan Jeli Petroleum ikoniknya, Vaseline kini memperkenalkan Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream, satu penyelesaian yang terbukti secara klinikal untuk kulit kering dan sensitif yang mengukuhkan pendekatan berasaskan sains Vaseline terhadap kesihatan kulit.

Dari Kini ke Kanan: Kai Ni Chong (Senior Brand Manager Skincare Malaysia & Singapore, Unilever), Ee Wei Chai (Assistant Key Account Manager,Unilever), May Kei Eng (Senior Key Account Manager, Unilever), Chloe Tang (Category Manager, Watsons Malaysia), Sherlyn Heng (Head of Marketing Skincare and Deodorants Malaysia & Singapore, Unilever), Carrol Tan (Head of Trading, Watsons Malaysia), Dr. Anuchai Sinsawat (Dr. Aum) (Vaseline Global R&D Expert and South East Asia Lead), Jasmin Lee (Head of Health & Beauty, Unilever), Jasmine Ho (Trading Controller, Watsons Malaysia)

Dicipta bersama lebih 300 pakar penjagaan kulit dan disyorkan oleh 89% pakar dermatologis, Vaseline Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream mengunci kelembapan kulit secara mendalam selama 72 jam serta menguatkan lapisan pelindung kulit sebanyak 27.8%. Hasil ujian klinikal menunjukkan peningkatan ketara dari pelbagai parameter. Formulasi ini mampu memperbaiki kulit sensitif dan iritasi, di samping meningkatkan kelembapan kulit sehingga 80% serta memperbaiki kondisi kulit sebanyak 32% dengan serta-merta.

“Di Vaseline, kami percaya bahawa kulit yang sihat merupakan asas kepada kesejahteraan diri,” kata Ketua Pemasaran Penjagaan Kulit Vaseline Malaysia & Singapura, Sherlyn Heng. “Vaseline Pro Derma melambangkan satu langkah penting dalam misi kami untuk menjadikan penjagaan kulit berasaskan sains yang mampu diakses semua orang, khususnya mereka yang memiliki kulit kering, sensitif dan mudah terjejas.”


Teknologi Pemulihan Pelindung 4D Eksklusif Unilever

Pakar R&D Antarabangsa dan Pemimpin Asia Tenggara Vaseline, Dr. Anuchai Sinsawat (Dr. Aum) menjelaskan, “Vaseline Pro Derma menyampaikan kelembapan bersasar, mengukuhkan lapisan epidermis serta menawarkan keselesaan berpanjangan dalam persekitaran bandar moden. Keberkesanannya berpaksikan sains dermatologi dengan hasil yang ketara terhadap tekstur kulit, pengekalan kelembapan dan daya tahan kulit secara keseluruhan.”

Dicipta berasaskan Teknologi Pemulihan Pelindung 4D (4D Barrier Repair Technology) milik Unilever — Kompleks Pro Ceramide, Pro Derma menawarkan pemulihan kulit secara menyeluruh – lapis demi lapis – untuk kelembapan yang mendalam sehingga ke akar. Teknologi ini menumpukan kepada empat dimensi saintifik pemulihan pelindung kulit, masing-masing menyasarkan aspek penting dalam fungsi melindungi kulit:

1. Mengukuhkan Lapisan Mikrobiom dengan Prebiotic Essence: Menstabilkan persekitaran kulit mikro dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik serta menghalang pertumbuhan bakteria jahat.

2. Menstabilkan Lapisan Corneum dengan Asid Hialuronik 4D: Meningkatkan ekspresi gen asid hialuronik sebanyak dua kali ganda untuk menyampaikan hidrasi untuk pelbagai lapisan kulit.

3. Membaik Pulih Lapisan Lipid dengan Kompleks Pro Ceramide: Meningkatkan ekspresi gen sintesis ceramide sebanyak 30% bagi memulihkan lapisan lipid dan menguatkan perlindungan kulit.

4. Merangsang Lapisan Dasar dengan Peptida Kolagen Mikro: Meningkatkan penghasilan kolagen jenis VII sebanyak 52% bagi memperkukuh struktur sokongan dan ketahanan kulit di peringkat sel.


Pembangunan Klinikal dan Penggunaan Harian: Tiada Rasa Melekit

Kerjasama dengan lebih 300 pakar penjagaan kulit antarabangsa memainkan peranan penting dalam setiap peringkat pembangunan Pro Derma – daripada pemilihan bahan aktif sehinggalah pengoptimuman formulasi. Cabaran utama adalah menghasilkan krim berprestasi tinggi yang mampu memperbaiki lapisan kulit secara intensif tanpa meninggalkan rasa melekit yang biasanya dikaitkan dengan pelembap beprestasi tinggi.

Penyelesaiannya terletak pada tekstur uniknya yang cair serta-merta pada suhu kulit 37°C dan diserap pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak. Ujian klinikal dalam kalangan pengguna mengesahkan tiada laporan rasa melekit, dengan 100% pengguna melaporkan penyerapan sempurna. Ini membolehkan bahan aktif pemulihan kulit dapat ditembusi dengan berkesan, namun kekal sesuai digunakan setiap hari – termasuk semasa pelbagai aktiviti, bersama pakaian atau produk lain.

Formulasi ini juga terbukti berkesan dalam pelbagai keadaan cuaca, termasuk persekitaran yang mempunyai kelembapan tinggi (dijalankan pada kelembapan 20% dan suhu 10°C), menjadikannya pilihan sesuai untuk iklim tropika serta gaya hidup di bandar dimana kulit sering terdedah kepada pelbagai tekanan harian.


Legasi Penjagaan Kulit Pakar Selama 150 Tahun

Sempena ulang tahun ke-150 Vaseline dalam inovasi pemulihan kulit, Pro Derma mencerminkan evolusi prinsip utama jenama ini – bahawa penyembuhan kulit yang berkesan harus berasaskan sains dan mudah diakses oleh semua.

Vaseline Pro Derma Ultra Moisturizing Body Cream akan mula dijual di semua cawangan Watsons serta di farmasi di seluruh Malaysia dan Singapura mulai hujung Oktober 2025.

Comments

Popular posts from this blog

CADBURY DAIRY MILK TAMPIL DENGAN IDENTITI JENAMA BAHARU

CITA RASA MINNAN DI PUTRAJAYA: KOLABORASI KULINARI LE MÉRIDIEN X SHERATON GRAND XIAMEN

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN