AGODA KONGSI TREND PELANCONGAN TERKINI ASIA 2026: MALAYSIA TERAJUI PERANCANGAN PERCUTIAN BERASASKAN AI
Platform pelancongan digital Agoda telah menerbitkan laporan tinjauan pelancongan tahunannya, 2026 Travel Outlook Report, yang menonjolkan trend utama yang dijangka mempengaruhi cara rakyat Asia melancong pada tahun hadapan. Dapatan kajian ini menyerlahkan keterbukaan rakyat Malaysia terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam proses merancang percutian, minat yang semakin meningkat terhadap destinasi domestik, serta motivasi pelancongan yang kini lebih dipengaruhi oleh nilai, pengalaman dan kemudahan.
Berdasarkan tinjauan ke atas pelancong dari sembilan negara Asia, rakyat Malaysia muncul sebagai pengguna AI paling aktif dalam proses merancang percutian. Pada masa ini, 40% rakyat Malaysia sudah menggunakan AI untuk merancang perjalanan mereka — tertinggi dalam kalangan semua pasaran yang dikaji. Lebih separuh responden (59%) juga menyatakan mereka berkemungkinan besar menggunakan AI untuk percutian seterusnya, manakala 36% menyatakan bahawa mereka yakin terhadap maklumat yang dijana AI. Hanya 12% menyuarakan rasa kurang yakin, yang jelas mencerminkan kesediaan Malaysia untuk menerima pendekatan percutian berasaskan teknologi.
Apabila ditanya bagaimana mereka menggunakan AI, responden berkongsi seperti berikut:
● 34% untuk cadangan destinasi
● 33% untuk cadangan aktiviti dan tarikan pelancongan
● 29% untuk pilihan restoran
Lebih daripada sekadar menyusun jadual perjalanan, AI kini dilihat sebagai cara praktikal untuk mencari idea destinasi, aktiviti dan pilihan yang menepati minat serta bajet pelancong. Ini amat relevan apabila pelancongan domestik semakin mendapat tempat, dan rakyat Malaysia mula meneroka destinasi sekunder. AI muncul sebagai pemudah cara utama dalam perubahan ini — membantu pelancong mencari destinasi menarik yang masih belum dikenali ramai dan mencipta pengalaman percutian yang lebih unik, mudah dan bermakna, tanpa perlu ke luar negara.
Laporan Agoda turut menunjukkan bahawa bagi rakyat Malaysia, pengembaraan bermula dari tanah air sendiri. Hampir separuh (47%) merancang untuk melancong dalam negara berbanding ke luar negara pada tahun 2026 — peningkatan ketara berbanding hanya 17% tahun lalu. Dalam pada itu, destinasi yang kurang dikenali (destinasi sekunder) semakin menjadi pilihan utama. Antara sebab utama lonjakan populariti ini adalah kos perjalanan yang lebih rendah, promosi istimewa, dan tawaran pengalaman berasaskan alam semula jadi.
Dari segi tabiat dan motivasi pelancongan, rakyat Malaysia merancang percutian yang mengutamakan keseimbangan antara istirahat, penerokaan, dan nilai. Kebanyakan percutian dijangka berlangsung antara empat hingga tujuh hari, lazimnya dilakukan bersama keluarga (59%) atau pasangan (28%). Dalam soal penginapan, pelancong Malaysia kekal peka terhadap bajet — 64% merancang untuk berbelanja USD 50 (kira-kira RM206.62) atau kurang semalam. Istirahat, pengalaman kulinari, dan membeli-belah dikenal pasti sebagai tiga faktor pendorong utama pelancongan. Kecenderungan untuk mencari keseimbangan ini, digabungkan dengan penggunaan AI, jelas menunding ke arah perancangan percutian yang lebih peribadi, praktikal, dan berfokuskan pengalaman.
“Menjelang 2026, rakyat Malaysia semakin mengutamakan percutian yang terancang dan bermakna. Dengan kehadiran AI yang memudahkan proses perancangan, trend menunjukkan bahawa pelancong kini mencari pengalaman cuti yang boleh diubah suai mengikut cita rasa individu dan berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Sempena kempen Visit Malaysia 2026, Agoda teruja untuk membantu lebih ramai pelancong meneroka destinasi popular dan juga baharu di Malaysia serta luar negara,” kata Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda.
Bagi mereka yang sedang merancang percutian 2026, Agoda menawarkan lebih 6 juta tempat penginapan percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan dan lebih 300,000 aktiviti liburan yang semuanya mudah digabungkan dalam satu tempahan sahaja. Dapatkan tawaran terbaik melalui aplikasi mudah alih Agoda atau layari Agoda.com untuk maklumat lanjut.
.jpg)
Comments
Post a Comment