BIRKENSTOCK MEMPERKENALKAN KEDAI KONSEP TERBAHARU DI MALAYSIA BERTEMPAT DI 1 UTAMA
BIRKENSTOCK Malaysia dengan bangganya mengumumkan pembukaan semula kedai 1 Utama dengan konsep runcit baharu, terbaharu seumpamanya di Malaysia. Reka bentuk yang diperbaharui ini mengubah pengalaman Birkenstock,menghidupkan warisan dan kemahiran jenama ini melalui bahan semula jadi dan butiran reka bentuk yang teliti.
Di tengah-tengah konsep baharu ini terletak Lapik Tapak Kaki (Footbed) ikonik BIRKENSTOCK,yang merupakan asas bagi setiap pasang kasut ini. Reka bentuk kedai mencerminkan falsafah produk jenama ini dengan menggabungkan bahan yang asli dan lestari seperti gabus, kulit, dan kayu, yang diintegrasikan dengan lancar ke dalam ruang dalaman untuk mencerminkan komitmen BIRKENSTOCK yang telah lama terhadap kualiti, keselesaan, dan kesedaran alam sekitar.
Salah satu sorotan utama ruang ini adalah Garis Masa Jenama, yang dipamerkan di tiang tengah dalam kedai. Ciri ini menjejaki warisan yang kaya dan evolusi Birkenstock selama lebih daripada 250 tahun, menawarkan pengunjung perjalanan visual melalui pencapaian yang telah membentuk jenama ini. Ia adalah bukti komitmen berterusan Birkenstock terhadap kemahiran, kualiti, dan inovasi — nilai-nilai yang terus mendefinisikan jenama ini hingga ke hari ini.
Dikembangkan oleh pasukan reka bentuk runcit dalaman BIRKENSTOCK, konsep baharu ini menandakan evolusi selepas lima tahun dengan arah reka bentuk terdahulu. Hasilnya adalah ruang yang diperbaharui yang mempamerkan nilai-nilai berterusan BIRKENSTOCK dalam kemahiran, bahan semula jadi, dan Lapik Tapak Kaki (Footbed) yang terkenal di seluruh dunia, sambil meraikan lebih daripada 250 tahun warisan pembuatan kasut.
“Dengan pembukaan semula kedai kami di 1 Utama, kami berbangga memperkenalkan kedai konsep terbaharu di Malaysia — sebuah ruang yang mencerminkan gabungan unik antara warisan dan inovasi BIRKENSTOCK,” kata Evelyn Chua, Pengarah Urusan bagi Asia Tenggara dan ‘Downunder’ (Australia dan New Zealand). “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan lebih daripada sekadar ruang runcit. Kami ingin mencipta persekitaran yang membolehkan pelanggan benar-benar merasai inti pati BIRKENSTOCK — daripada ketukangan, bahan yang digunakan, hinggalah kepada keselesaan berkekalan yang menjadi identiti jenama kami.”
Bagi meraikan pembukaan semula ini, kedai tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif yang meraikan ekspresi diri dan ketukangan — dua nilai teras BIRKENSTOCK. Para tetamu menikmati sesi lukisan potret hidup yang menggambarkan gaya unik BIRKENSTOCK mereka, manakala stesen pengubahsuaian peribadi memberi peluang untuk menyesuaikan sandal mengikut cita rasa masing-masing. Setiap pasang menjadi lambang keunikan dan kreativiti individu, sejajar dengan kepercayaan abadi jenama ini bahawa keselesaan dan gaya adalah sesuatu yang sangat peribadi.
Koleksi terkini BIRKENSTOCK kini boleh didapati secara eksklusif di www.birkenstock.com/my
Comments
Post a Comment