KREATIVITI NEURODIVERGEN MENJADI TUMPUAN UTAMA DALAM KALENDAR 2026 FARMASI CARING, GEORGETOWN DAN WELLINGS
Farmasi CARiNG, Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings, di bawah BIG CARiNG Group, hari ini melancarkan kalendar 2026 mereka yang bertajuk “Colours of Care, Days of Joy” iaitu hasil kolaborasi tulus dengan Program START. Kalendar ini menampilkan karya seni asli oleh dua adik-beradik muda neurodivergen, Zayn berusia 13 tahun dan Nafeesah berusia 10 tahun. Dilancarkan di The Grey Box @ GMBB, kalendar 2026 ini merupakan sebuah penghargaan kepada cara kanak-kanak neurodivergen mengalami, meluahkan, dan mentafsir dunia.
Kalendar 2026 ini menampilkan 8 karya seni asli yang dihasilkan oleh Zayn dan Nafeesah, dengan setiap karyanya menawarkan tafsiran dunia yang ikhlas dan imaginatif melalui mata kedua-dua adik-beradik ini. Ilustrasi mereka membentuk tema utama kalendar tersebut, meraikan detik-detik harian, emosi, dan warna dengan cara yang jujur dan ekspresif.
| Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan BIG CARiNG |
Wong Siew Lai, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan BIG CARiNG berkata, “Setiap tahun, kami berasa rendah diri dengan bakat dan keikhlasan yang dibawa oleh artis-artis muda ini dalam karya mereka. Kisah Zayn dan Nafeesah mengingatkan kami bahawa kreativiti bukan hanya seni — ia adalah komunikasi, ekspresi diri, dan keyakinan. Menyokong perjalanan mereka adalah sesuatu yang kami ambil berat. Dengan menampilkan hasil kerja mereka, kami berharap lebih ramai keluarga dan komuniti akan mengiktiraf kekuatan yang ada dalam neurodivergens, dan percaya bahawa platform sebegini mewujudkan ruang untuk suara-suara yang sering senyap.”
Zayn, yang menghidap autisme dan berfungsi tinggi (high-functioning) dengan ADHD, mula melukis pada usia tiga tahun. Bermula sebagai lakaran mudah bangunan dan peta lukisan tangan tidak lama kemudian berkembang menjadi ilustrasi terperinci yang mencerminkan imaginasi beliau yang jelas dan tersusun. Baginya, setiap garisan yang dilukis adalah cara untuk menenangkan fikirannya yang sibuk serta menggambarkan cara beliau melihat dan mengalami kehidupan dari sudut pandanganya yang unik.
Adik perempuannya, Nafeesah, yang menghidap disleksia dan ADHD, sentiasa tertarik kepada warna-warna cerah dan gambaran yang ceria. Seni telah menjadi cara beliau untuk menenangkan diri selepas hari yang panjang, dengan hasil karyanya dipenuhi dengan bangunan yang aneh tetapi menarik, adegan yang menyeronokkan, dan "tona ceria" (happy hues), seperti yang digambarkan oleh keluarganya. Ilustrasi beliau membawa kepercayaan bahawa kehidupan harus disambut dengan keceriaan dan kegembiraan.
Kalendar 2026 ini juga menandakan inisiatif kelima ketiga-tiga jenama farmasi ini bekerjasama dengan artis muda neurodivergen, menyusuli inisiatif terdahulu termasuk karya seni Kalendar LemmeLearn 2022, grafik baucar e-tunai Krismas LemmeLearn 2023, baucar e-tunai Raya 2024 yang diilustrasikan oleh Danial Kushairi, dan reka bentuk Pek Raya 2025 oleh ARTJAMILA. Ini mencerminkan komitmen jangka panjang untuk memberikan platform kepada kanak-kanak neurodivergen untuk memanfaatkan kreativiti sebagai wadah bagi keterangkuman (inclusion), ekspresi, dan hubungan komuniti. Usaha ini diperkukuh lagi melalui kerjasama dengan Program START pada tahun ini.
Ditubuhkan pada tahun 2022 dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Terapi AIMS, Program START memupuk kebolehan artistik dalam kalangan kanak-kanak yang menghadapi cabaran pembelajaran, terutamanya mereka yang berada dalam spektrum autisme. Program ini memberi tumpuan kepada usaha membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, mengembangkan komunikasi melalui ekspresi visual, dan merasai kegembiraan mencipta tanpa had.
Pn. Rohani Ahmad, Pengasas dan Pengarah Program START menambah, “Seni memberikan suara kepada kebanyakan kanak-kanak neurodivergen yang kami bimbing. Ia adalah cara bagi mereka untuk memproses perasaan, mencari fokus, dan berkongsi sebahagian daripada diri mereka yang kadangkala gagal diungkapkan oleh kata-kata. Kolaborasi seperti ini menaikkan semangat mereka, mempamerkan bakat mereka kepada dunia, dan menegaskan bahawa perspektif mereka adalah penting. Kami berterima kasih kepada Farmasi CARiNG, Farmasi Georgetown, dan Farmasi Wellings kerana terus menyokong artis-artis muda ini dengan memberikan ruang untuk karya mereka diraikan.”
Pn. Wan Arnis, ibu kepada Zayn dan Nafeesah, meluahkan rasa bangganya melihat hasil kerja anak-anaknya dihidupkan dengan cara yang begitu bermakna. “Kedua-dua anak saya gemar melukis, dan ia sentiasa menjadi cara mereka meluahkan perasaan. Melihat karya seni mereka dipaparkan sedemikian rupa sangat besar maknanya bagi keluarga kami.”
Acara pelancaran ini menawarkan peluang kepada para hadirin untuk melihat proses kreatif di sebalik kalendar tersebut dan mendalami penghargaan terhadap perjalanan seni adik-beradik ini. Kalendar 2026 "Warna-Warni Kasih, Hari-Hari Keceriaan" kini boleh didapati di semua kedai Farmasi CARiNG, Farmasi Georgetown dan Farmasi Wellings di seluruh negara, dan diberikan secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM180 dalam satu resit bagi Ahli CARiNG dan RM300 bagi bukan ahli, sementara stok masih ada.
Sebagai sebahagian daripada sambutan akhir tahun kami, pelanggan juga boleh menikmati Jualan Akhir Tahun CARiNG dari 28 November hingga 1 Januari 2026, yang menampilkan promosi Beli 1 Percuma 1, hadiah mainan pembelajaran, hadiah percuma, dan pemberian Kalendar Eksklusif CARiNG 2026 bermula 8 Disember.
Untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini tentang inisiatif dan kempen akan datang Farmasi CARiNG, ikuti Farmasi CARiNG di Facebook (www.facebook.com/caring2u/), Instagram (www.instagram.com/caringpharmacy_my/) dan laman web rasmi (https://www.caring2u.com/).
Comments
Post a Comment