RAIKAN MUSIM PERAYAAN BERSAMA SUNWAY MALLS ‘COZY COZY CHRISTMAS’
Musim perayaan ini, Sunway Malls menghidupkan suasana penuh kehangatan melalui kempen nasional ‘Cozy Cozy Christmas’, diinspirasikan oleh trend global “kidult” yang meraikan nostalgia penuh keceriaan serta keselesaan koleksi comel. Kempen ini mengajak pengunjung untuk menikmati pengalaman membeli-belah, menjamu selera dan berhibur dalam suasana mesra yang penuh magis Krismas.
Sorotan di Sunway Malls
- Sunway Pyramid: Giant Tree Walkway setinggi 40 kaki, Cozy Leo Display, bengkel kreatif, Snowy Experience setiap malam, serta inisiatif amal Spirit of Cozy Giving.
- Sunway Velocity Mall: Bengkel plushie, wreath dan pokok mini, persembahan Santa & silap mata, serta Heartmade Christmas Project untuk pesakit pediatrik.
- Sunway Putra Mall: Dipimpin oleh Piney, Evergreen Dreamer, dengan bengkel gingerbread, plushie dan kad sulaman, serta persembahan Krismas setiap hujung minggu.
- Sunway Carnival Mall: Santa Meet & Greets, Cozy Christmas Dance, Cozy Christmas Live Band, Merry Mood Market bersama Hin Market, serta bengkel Clay Soap, Candle dan Crochet.
- Sunway Big Box Retail Park: Kempen Gabby’s Dollhouse: The Movie, aktiviti Journey Card, Meet & Greet bersama Gabby, serta hadiah Cat Ear Headbands.
- Sunway 163 Mall: Bengkel kreatif, persembahan muzik dan koir, inisiatif Gift A Little Joy Donation Drive, serta acara komuniti Cozy Cozy Christmas Community Event.
- Sunway Square Mall: Debut perayaan dengan bazar Hoholand dan Sunset in the City, menampilkan bengkel, persembahan dan bazar komuniti.
- Sunway Kluang Mall: Bengkel ornamen DIY, persembahan muzik & tarian, inisiatif Angel Tree, serta Cozy Cozy Bazaar dengan hadiah buatan tangan.
- Sunway Wangsa Walk Mall: Christmas Bazaar, Magical Santa Show, Giant Santa Dance, pertandingan kostum Krismas, serta aktiviti hujung minggu seperti plushie making dan candle crafting.
- Sunway Giza: Christmas Artisanal Bazaar sepanjang Disember dengan hadiah buatan tangan dan barangan artisanal unik.
Ganjaran Perayaan
Dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026, pembeli yang berbelanja minimum RM150 ke atas dalam maksimum dua transaksi pada hari yang sama di Sunway Malls yang mengambil bahagian akan menerima peluang digital spin melalui Sunway Super App.
Setiap putaran membuka kejutan perayaan segera – daripada baucar eksklusif hinggalah hadiah mesra Cozy – menambah seri pada setiap kunjungan sepanjang musim Krismas ini.
Apabila tahun melabuhkan tirai, Sunway Malls menjemput semua untuk menikmati Cozy Cozy Christmas – satu perayaan yang bukan sahaja menghidupkan magis Krismas, tetapi juga menyatukan komuniti dengan kemesraan, kreativiti dan semangat memberi.
.jpg)
.jpeg)
Comments
Post a Comment