DESARU COAST DAN BOXXTOMOI ASIA MELANCARKAN COASTAL COMBAT 2026


Desaru Coast, dengan kerjasama Boxxtomoi Asia, bakal menghangatkan arena sukan dan hiburan Malaysia dengan Coastal Combat 2026, sebuah acara sukan seni Muaythai antarabangsa bakal berlangsung pada bulan Januari membuka tirai kalendar kempen Visit Johor 2026. Inisiatif pelancongan sukan baharu ini mengukuhkan lagi kedudukan Desaru Coast sebagai destinasi pelbagai sukan dan acara bertaraf serantau.

Menggabungkan aksi sukan Muaythai dengan keindahan resort persisir pantai, Coastal Combat 2026 menyerlahkan kemampuan Desaru Coast menganjurkan acara sukan antarabangsa, program korporat dan pengalaman destinasi, semuanya dalam satu lokasi. Direka sebagai festival hujung minggu yang mesra keluarga. Acara ini turut menawarkan aktiviti dan hiburan sesuai untuk pelbagai peringkat umur sekaligus menjadikan Desaru Coast sebagai lokasi pilihan MICE dan acara festival yang mempunyai tarikan menyeluruh.

Sidang media turut mengumumkan secara rasmi barisan atlet dari lima buah negara bagi acara utama Coastal Combat 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 23 – 24 Januari 2026. Dengan jangkaan capaian tontonan sehingga 300,000 penonton di Youtube. Acara ini akan terus mempromosikan Desaru Coast dan Johor sebagai destinasi utama pelancongan sukan serantau. Inisiatif ini selaras dengan hala tuju Visit Johor 2026 menjadikan Johor sebagai pemacu utama pelancongan sukan dan acara antarabangsa, ia memperkukuhkan reputasi Desaru Coast sebagai hab dinamik untuk sukan, gaya hidup dan perniagaan.

Dari kiri: Jihin Shadowcat, peninju wanita Muaythai (Malaysia); Izrin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Coast; Datuk Paduka Shahnaz Azmi, Presiden Persatuan Muaythai Malaysia.

“Sempena menyambut Visit Johor 2026, Coastal Combat menandakan hala tuju baharu yang lebih berani bagi Desaru Coast. Kami telah membuktikan keupayaan kami melalui acara global seperti L’Etape by Tour de France selama dua tahun dan Desaru Coast Multisport Festival by IRONMAN, yang terus menarik penyertaan dari Eropah, Timur Tengah dan seluruh ASEAN. Kini, kami memperluaskan momentum itu ke arena sukan tempur. Dengan lokasi bersepadu dan infrastruktur hospitaliti yang kukuh, Desaru Coast bersedia menjadi pentas penting di rantau ini untuk acara antarabangsa multi-sport dan MICE.” – Izrin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Desaru Coast.

“Coastal Combat merupakan langkah penting bagi perkembangan Muaythai di Malaysia. Sebagai badan pentadbir kebangsaan, Persatuan Muaythai Malaysia menyokong usaha-usaha yang mengangkat martabat atlet kita, membina laluan bakat yang lebih kukuh, serta membantu memajukan Muaythai Malaysia di pentas antarabangsa. Apa yang dibangunkan oleh Boxxtomoi Asia bukan sekadar satu lagi acara. Ia merupakan platform yang diselia dan distrukturkan dengan baik, berpaksikan masa depan dan sejajar dengan komitmen kami terhadap integriti, kebajikan atlet dan pembangunan jangka panjang. Kerjasama ini menandakan bab baharu buat Muaythai Malaysia, di mana sukan, profesionalisme dan semangat kebangsaan bergerak maju bersama.” — Datuk Paduka Shahnaz Azmi, Presiden Persatuan Muaythai Malaysia

“Coastal Combat 2026 lebih daripada sekadar acara pertarungan. Ia merupakan program yang diluluskan secara rasmi di bawah Persatuan Muaythai Malaysia (PMM), dan sokongan itu penting kerana ia menetapkan standard baharu tentang bagaimana Muaythai harus dipersembahkan, ditadbir dan ditinggikan martabatnya. Kerjasama kami dengan PMM dan Persatuan Muaythai Negeri Johor memastikan setiap aspek, daripada keselamatan atlet hinggalah integriti pertandingan, memenuhi keperluan tertinggi taraf kebangsaan. Kami membawa Muaythai ke era baharu. Format rancangan realiti ini menggabungkan sukan, penceritaan dan pelancongan destinasi dengan cara yang belum pernah dihasilkan oleh Malaysia sebelum ini. Penonton bukan sahaja akan melihat petarung bersaing; mereka juga akan mengikuti perjalanan mereka, disiplin mereka dan pengalaman budaya di Pantai Desaru. Inilah evolusi Muaythai, sebuah produk hiburan dengan nilai sukan sebenar dan impak ekonomi sebenar untuk Johor. Kami menetapkan penanda aras untuk pelancongan sukan dan kami berhasrat untuk memajukan industri ini.” – Nor Afandi Nor Hosni, Boxxtomoi Asia


Acara ini turut menampilkan tontonan perdana eksklusif bagi Siri Coastal Combat Desaru Coast 2026 yang terdiri daripada empat episod — sebuah program realiti sukan dinamik yang dirakam di beberapa resort paling indah di Desaru Coast. Siri ini merakam sesi latihan, keperibadian atlet serta keunikan destinasi sebagai hab sukan pesisir pantai.

Para hadirin turut menyaksikan sesi pengenalan atlet, cabaran sukan pantai dan pelbagai aktiviti paparan destinasi yang direka bagi menyerlahkan kepelbagaian Desaru Coast sebagai venue ikonik untuk pengalaman sukan dan pelancongan. Aktiviti ini mencerminkan komitmen destinasi untuk memperkasa sukan pesisir pantai sebagai sebahagian daripada penawaran pelancongan sukan yang semakin berkembang.

Sebagai acara sukan pertama dalam kemuncak Visit Johor 2026, Coastal Combat berjaya menarik perhatian tempatan dan antarabangsa, menampilkan pertarungan profesional Muaythai yang meraikan kemahiran pertahanan dan semangat kesukanan. Di luar gelanggang, acara ini menampilkan peranan Desaru Coast sebagai tuan rumah utama Malaysia untuk arena multi-sport dan MICE (Meetings, Incentives, Conference and Exhibitions), disokong oleh resort bertaraf dunia dan infrastruktur destinasi yang lengkap.

Daripada acara perlumbaan sehingga kejohanan golf, festival sukan air dan kini sukan tempur. Desaru Coast terus berkembang sebagai pentas serba boleh bagi acara bertaraf global — di mana persaingan bertemu kolaborasi serta gabungan sukan dan pesisir pantai yang indah.

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

SAFI MELANCARKAN SUNSCREEN SERUM PERTAMA: SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE WATERY LIGHT SERUM SUNSCREEN

LUSH MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANGKAIAN SNOW FAIRY PERTAMA DI SUNWAY PYRAMID