IKEA BAWA SAVANA KE MALAYSIA MENERUSI PELANCARAN KOLEKSI SANDLÖPARE



IKEA membawa savana ke Malaysia dengan pengenalan SANDLÖPARE! Koleksi kanak-kanak terbaharu ini direka bagi menggalakkan sifat ingin tahu serta kasih sayang terhadap haiwan terancam menerusi permainan imaginatif dan penceritaan. Sempena pelancarannya, IKEA Malaysia turut menganjurkan satu siri aktiviti yang menarik dan mesra keluarga di semua gedung bermula 27 November hingga 7 Disember 2025.

Diinspirasikan oleh savana yang menakjubkan, koleksi ini dibangunkan dengan kerjasama Nordens Ark, sebuah pusat pemuliharaan hidupan liar Sweden. SANDLÖPARE menampilkan 29 produk, termasuk mainan lembut, tekstil dan perabot permainan yang direka secara unik dan mampu milik, bagi mengubah kehidupan seharian di rumah kepada pengalaman bermain yang mengasyikkan. Ia membolehkan kanak-kanak membayangkan semula bangku sebagai kuda belang, bertukar menjadi citah dengan jubah mandi, atau mentransformasikan bilik tidur menjadi tapak perkhemahan savana!


“Bermain ialah cara kanak-kanak mengenali dunia ini, dan realiti hidupan liar terancam sememangnya wujud. Cabaran ini memerlukan sokongan generasi masa depan yang menyedari keagungan haiwan ini serta cara untuk melindunginya,” ujar Pengurus Stor, IKEA Klang Valley, Takeshi Murai. “Walaupun kami tidak dapat membawa kanak-kanak ke savana, SANDLÖPARE mampu membawa dunia itu ke dalam rumah mereka. Di IKEA, kami mahu setiap kanak-kanak merasai rasa kagum, imaginasi dan kemungkinan tanpa batas, tidak kira latar belakang mereka.”

Setiap Pembelian Mainan Lembut Membawa Makna Istimewa

Berteraskan pegangan bahawa pembelajaran dan imaginasi harus boleh diakses secara saksama, IKEA Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Teach For Malaysia (TFM) bagi membawa impak bermain ke luar rumah. Sepanjang kempen dari 27 November hingga 27 Disember 2025, IKEA Malaysia akan menyumbang RM1 kepada TFM bagi setiap pembelian mainan lembut.

Produk yang terlibat merangkumi seluruh rangkaian SANDLÖPARE serta semua mainan lembut IKEA yang lain, seperti beruang teddy FABLER BJÖRN yang ikonik, panda KRAMIG, jerung BLÅHAJ, koleksi haiwan lautan BLÅVINGAD, koleksi AFTONSPARV bertemakan angkasa, dan banyak lagi.


Semua sumbangan akan disalurkan kepada Program Fellowship TFM — sebuah program pembangunan kepimpinan selama dua tahun yang merekrut serta menempatkan graduan berprestasi tinggi dan profesional muda ke sekolah yang berkeperluan kritikal di seluruh Malaysia. Program ini membentuk generasi pemimpin yang memperjuangkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar, di samping menggerakkan projek komuniti bersama sekolah mereka. Inisiatif ini mencerminkan komitmen IKEA Malaysia dalam memberi kembali kepada masyarakat, sambil mengangkat kepentingan permainan dan memperjuangkan hak pendidikan yang saksama bagi setiap kanak-kanak.

“Inisiatif bersama IKEA Malaysia ini membolehkan kami memperkukuh usaha kami dalam komuniti yang paling memerlukan. Dengan menyokong Program Fellowship, IKEA Malaysia turut melabur dalam pembentukan barisan pemimpin masa hadapan yang komited mentransformasikan bilik darjah, di samping memperjuangkan hak setiap kanak-kanak untuk belajar, meneroka dan mencapai potensi sebenar mereka,” kongsi Pengarah Pertumbuhan Teach For Malaysia, Fam Li Ying.


Usaha ini mencerminkan komitmen jangka panjang IKEA terhadap kanak-kanak, selari dengan agenda kelestarian global yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan — termasuk perlindungan hak kanak-kanak dalam masyarakat. Di serata dunia, IKEA menyokong pelbagai inisiatif yang memperkukuh kesejahteraan, kehidupan dan akses pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak, sekali gus meneruskan legasi kempen ‘Soft Toys for Education’ yang telah memberi manfaat kepada jutaan kanak-kanak di seluruh dunia setakat ini.

Rangkaian mainan lembut SANDLÖPARE diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuk isi, kain luar, benang dan komponen pengukuhan. Proses ujian juga memainkan peranan penting dalam pembangunan mainan lembut di IKEA – setiap produk menjalani ujian ketat sebelum dipasarkan, termasuk ujian tarikan, kimia, ketahanan serta beberapa pusingan di dalam mesin basuh, bagi memastikan mainan mengekalkan bentuk asal walaupun selepas dibasuh berkali-kali.

Pengalaman Savana di Gedung IKEA Seluruh Negara

Koleksi SANDLÖPARE kini tersedia di semua gedung IKEA Malaysia – IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan, serta secara dalam talian di IKEA.my. Bagi menyemarakkan lagi suasana savana buat sekeluarga, IKEA Malaysia turut menganjurkan SANDLÖPARE Safari yang merangkumi stesen aktiviti permainan, sudut kreatif dan pengalaman kereta api safari yang mengasyikkan di gedung-gedung terpilih setiap hujung minggu, bermula 27 November hingga 7 Disember 2025.


Anda sekeluarga boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik seperti berikut:

● Safari Train Rides – eksklusif di IKEA Damansara dan Cheras

● Aktiviti dalam gedung – di semua gedung IKEA di seluruh negara
  • Sudut Mewarna Savana
  • Bengkel Penyimpanan Mainan Lembut
  • Bengkel Rantai Kunci *
  • Spot & Roar
Untuk menyertai Bengkel Rantai Kunci, anda hanya perlu menjadi ahli IKEA Family dan membeli sekurang-kurangnya satu mainan lembut. Slot adalah terhad dan penyertaan adalah berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat. Untuk lebih lagi penyelesaian permainan, layari ikea.my.

Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS DENGAN "THE BIG CHRISTMAS SALE"

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES