Bagi promosi kempen Visit Johor 2026, FAMTRIP Majestic Johor bersama media telah menjelajah ke Mersing — pintu gerbang ke gugusan pulau tropika yang memukau di pesisir timur Johor. Dari resort mewah atas air hingga penginapan kampung yang autentik, berikut empat destinasi yang wajib anda alami sendiri.
.jpg) |
| Mesmerising Mersing: Pintu gerbang ke percutian idaman — dari pasir putih Pulau Rawa hingga kehijauan Pulau Besar, setiap pengembaraan bermula di sini. |
.jpg) |
| Pulau Rawa - ‘Maldives of Johor’ menanti anda — eksklusif, tenang dan memukau. |
1. Rawa Island Resort, Pulau Rawa
Terletak di perairan jernih Laut China Selatan, Rawa Island Resort menawarkan pengalaman pulau eksklusif yang sering digelar sebagai ‘Maldives of Johor’. Pulau ini kekal terpelihara dan bebas pembangunan berlebihan. Tarikan utama termasuk gelongsor air ikonik dari jeti terus ke laut, sesuai untuk keluarga dan pencinta keseronokan santai. Terletak dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, resort ini dikelilingi terumbu karang yang subur dan beraneka kehidupan marin.
.jpg) |
| Tiada TV, tiada gangguan — hanya ketenangan dan detoks digital sebenar. |
Resort ini menyediakan bilik berhawa dingin tanpa televisyen untuk galakan digital detox. Pilihan termasuk Hillside Deluxe yang tenang, Beachview dan Beachfront Chalets di tepi pantai, serta Waterfront Bungalows dan Frangipani Villas yang lebih eksklusif dan privasi.
.jpg) |
| Hayati keindahan hutan tropika yang sesuai untuk trekking atau bersantai dalam ketenangan alam semula jadi. |
.jpg) |
| Keindahan matahari terbit di Pulau Rawa. |
Aktiviti berasaskan alam seperti snorkeling, selam skuba, berkayak dan mendaki bukit ke titik pandang disediakan. Tetamu juga boleh bersantai di buaian, bermain bola tampar pantai atau menikmati rawatan spa. Semua aktiviti direka untuk memelihara ekosistem marin sambil memberikan pengalaman tropika yang menyegarkan.
.jpg) |
| Gelongsor terus ke laut dari jeti ikonik Rawa — keseronokan yang sukar untuk dilupakan. |
.jpg) |
| Kayak, selam skuba, atau sekadar berjemur — Rawa ada semuanya. |
.jpg) |
| Pantai hanya beberapa langkah dari bilik, sesuai untuk berenang, berjemur atau sekadar bersantai di bawah cahaya matahari. |
.jpg) |
| Pulau Tengah: destinasi eksklusif di Taman Laut Sultan Iskandar. |
2. Batu-Batu Resort, Pulau Tengah dan Tunku Abdul Jalil Conservation Centre
Batu-Batu Resort di Pulau Tengah bukan sekadar tempat percutian mewah; ia adalah sebuah resort berkonsepkan ekopelancongan yang terletak dalam kawasan perlindungan Taman Laut Sultan Iskandar, Mersing. Dengan hanya 22 vila kayu yang dibina dalam gaya vernakular Melayu, resort ini direka untuk membaur secara harmoni dengan alam sekitar, menawarkan suasana percutian terpencil dan tenang.
.jpg) |
| Keindahan Pulau Tengah bukan untuk dilihat sahaja, ia untuk dinikmati sepenuhnya. |
.jpg) |
| Pulau Tengah: Di mana laut biru bertemu pasir putih dalam harmoni alam. |
.jpg) |
| Tidur sambil dibuai bunyi ombak dan dibelai bayu lembut — hanya di Pulau Tengah. |
Aspek yang paling unik mengenai Batu-Batu ialah komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar yang diwujudkan melalui
Tengah Island Conservation (TIC). Organisasi NGO pemuliharaan di tapak ini menjalankan pelbagai projek penyelidikan, pemulihan, dan penjanaan semula biodiversiti di persekitaran Marin Johor.
.jpg) |
| Batu-Batu bukan sekadar resort, ia adalah komitmen terhadap alam sekitar. |
.jpg) |
| Pusat ini berfungsi sebagai tapak mengeram telur penyu dan penyelidikan ekologi. |
.jpg) |
| Lawatan ke TAJCC membuka mata tentang keindahan dan kepentingan biodiversiti marin. |
.jpg) |
| Dinamakan sempena Almarhum Tunku Abdul Jalil, pusat ini meneruskan legasi pemuliharaan alam marin. |
.jpg) |
| Bersama kita jaga laut — demi penyu, terumbu dan generasi akan datang. |
.jpg) |
| Pemuliharaan bermula dengan kesedaran — mari kenali ekosistem marin Johor bersama TIC. |
Usaha pemuliharaan ini menampilkan Tunku Abdul Jalil Conservation Centre (TAJCC), yang dinamakan sempena Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim. Pusat ini berfungsi sebagai inkubator penyu laut dan pusat pendidikan, di mana tetamu digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kesedaran seperti lawatan pemuliharaan, program anak angkat sarang penyu, dan pembersihan pantai.
.jpg) |
| Mudah diakses dari Bandar Mersing, Pulau Besar menjanjikan percutian yang damai dan pengalaman tak terlupakan untuk pencinta pantai, pengembara, dan mereka yang mencari ketenangan. |
3. Bayu Lestari Resort, Pulau Besar
.jpg) |
| Dengan keluasan kira-kira 4.8 km² dan ketinggian puncak 258 meter, Pulau Besar merupakan pulau terbesar dalam Kepulauan Mersing. |
Bayu Lestari Island Resort di Pulau Besar menawarkan pengalaman percutian tropika yang tulen, jauh dari tekanan bandar. Resort milik keluarga ini mengendalikan sekitar 15 vila peribadi yang direka dengan inspirasi seni bina Melayu tradisional, namun dilengkapi kemudahan moden untuk menjamin keselesaan dan privasi.
.jpg) |
| Pulau indah ini menawarkan peluang terbaik untuk snorkeling, menyelam, dan meneroka terumbu karang berwarna-warni. |
.jpg) |
| Bayu Lestari Island Resort menawarkan pelbagai pilihan penginapan termasuk Limas Villa yang luas, Exclusive Villa untuk pengalaman mewah, Deluxe A-Frame dengan reka bentuk moden, Standard Suite yang ringkas dan selesa, serta Executive Bungalow bagi tetamu yang inginkan keselesaan tambahan |
.jpg) |
| Diusahakan oleh sebuah keluarga, Bayu Lestari mengetengahkan kemesraan hospitaliti Melayu sejati. |
.jpg) |
| Bagi mereka yang memilih Bayu Lestari, daya tarikannya terletak pada kombinasi unik antara suasana privasi, hospitaliti Melayu sejati yang mesra, dan akses terus ke pantai peribadi serta Taman Laut Sultan Iskandar yang mempesona. |
.jpg) |
| Tanpa gangguan emel dan media sosial, pulau ini sesuai untuk detoks digital. Tinggalkan keramaian dan hayati keindahan semula jadi Pulau Besar di Bayu Lestari Island Resort. |
Pilihan penginapan di sini kebanyakannya menawarkan pemandangan laut yang menenangkan atau pemandangan taman yang subur, sesuai untuk pasangan mahupun kumpulan besar. Fasiliti resort termasuklah restoran yang menghidangkan hidangan tempatan Halal dan hidangan antarabangsa, barbeku, serta perkhidmatan bilik 24 jam.
Resort ini hanya menawarkan pakej makanan penuh (full board) yang menampilkan hidangan autentik masakan Melayu sebagai pilihan utama.
.jpg) |
| Ibu Rose, pemilik resort, menyajikan hidangan lazat hasil air tangannya sendiri dengan ramuan segar dari alam. |
.jpg) |
| Rendang Daging |
.jpg) |
| Sate |
.jpg) |
| Asam Pedas |
.jpg) |
| Telur Dadar & Sayur Tumis |
.jpg) |
| Kelapa Muda |
.jpg) |
| Ibu Rose melambai selamat tinggal - Bayu Lestari ialah sebuah resort milik keluarga yang diuruskan oleh Ibu Rose bersama lima orang anaknya. |
.jpg) |
| Suasana kampung yang damai, di tepi pantai. Rasai kehidupan santai tanpa hiruk-pikuk kota. Jom check-in! |
4. Kampungstay @ Teluk Buih
.jpg) |
| KampungStay @ Teluk Buih, pengalaman menginap yang menggabungkan suasana kampung dengan keselesaan moden. |
.jpg) |
| Taklimat tentang KampungStay @ Teluk Buih, Mersing, Johor. |
KampungStay @ Teluk Buih di Mersing, Johor, adalah pilihan penginapan unik yang menggabungkan ketenangan suasana desa tepi laut dengan keselesaan bertaraf resort. Resort ini terkenal dengan reka bentuk chaletnya yang menyerupai English Cottage yang cantik, lengkap dengan kemudahan moden dan interior yang bersih. Ia menawarkan percutian yang ideal bagi keluarga atau sesiapa sahaja yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati suasana yang aman dan damai di tepi pantai.
.jpg) |
| Dewan Samudera boleh disewa untuk pelbagai jenis majlis keramaian. |
.jpg) |
| Kolam Renang KampungStay @ Teluk Buih |
.jpg) |
| Bilik tidur bersih dan rapi, sempurna untuk merehatkan badan selepas seharian beraktiviti. |
.jpg) |
| Gabungan dekorasi berkonsep English Cottage menjadikan setiap sudut penginapan penuh karakter. |
.jpg) |
| Pantry yang kemas dan praktikal, melengkapkan pengalaman menginap dengan keselesaan rumah sendiri. |
.jpg) |
| Kunjungi Medan Selera Kuntum bagi mendapatkan sajian Johor yang autentik, segar dan enak. |
Daya tarikan utama tempat ini terletak pada lokasinya yang strategik berdekatan perkampungan nelayan kecil dan Pantai Teluk Buih. Selain dapat menikmati pemandangan laut yang menenangkan, pengunjung juga boleh membeli hasil laut yang sangat segar terus dari nelayan tempatan di pasar berdekatan. Bagi penggemar aktiviti luar, anda boleh mencuba hiking ringan ke Bukit Selantai untuk menikmati pemandangan panoramik kawasan sekitar.
%20(Custom).jpg) |
| Suasana desa, keramahan komuniti, dan pemandangan indah – Teluk Buih ada semuanya. |
Secara keseluruhan, KampungStay @ Teluk Buih bukan sahaja menawarkan tempat tidur, tetapi juga pengalaman staycation yang unik dan berpatutan di Mersing. Dengan fokus pada suasana desa yang santai dan akses mudah kepada keindahan alam semula jadi tempatan, ia adalah pilihan yang sangat disyorkan bagi mereka yang inginkan rehat yang tenang dengan sentuhan pesona kampung yang istimewa.
Laman Facebook -
KampungStay-Teluk Buih
.jpg) |
| Rasai ketenangan dan keindahan semula jadi Pulau Hujung di tengah Laut China Selatan. |
Bonus: Pulau Hujung
Pulau Hujung, salah satu pulau yang indah dalam gugusan Kepulauan Mersing, merupakan destinasi yang kerap dimasukkan dalam pakej island hopping kerana perairannya yang jernih bak kristal dan suasana yang tenang.
Walaupun tiada resort untuk penginapan di sini, pulau kecil ini menjadi tempat persinggahan yang sempurna untuk makan tengah hari dan bersantai, dengan kemudahan ringkas seperti tandas dan surau.
Namun, daya tarikan utamanya ialah aktiviti snorkeling; terumbu karang yang masih terpelihara serta hidupan marin yang pelbagai menjadikan Pulau Hujung titik tumpuan yang sangat baik untuk pencinta alam laut, membolehkan pelawat merasai ketenangan dan keindahan semula jadi di tengah Laut China Selatan.
.jpg) |
| Mersing Harbour Centre |
.jpg) |
| Jeti Penumpang Mersing - Laluan masuk ke destinasi kepulauan Mersing yang indah. |
Kesimpulan
Mersing bukan sekadar laluan ke pulau — ia adalah destinasi pelancongan yang kaya dengan pengalaman, budaya dan alam semula jadi. Sempena Visit Johor 2026, pusat peranginan ini membuktikan bahawa Johor memiliki tarikan bertaraf dunia yang menanti untuk diterokai. Sama ada anda mencari kemewahan, konservasi, budaya atau ketenangan, Mersing ada semuanya. Meh Lah Johor!
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan FAMTRIP Majestic Johor ini dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang turut serta, menjadikan setiap detik perjalanan lebih bermakna dan penuh semangat.
Dengan pelbagai pengalaman menarik dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan Mersing, kami kini lebih bersedia dan teruja untuk menyambut kempen pelancongan yang dinanti-nantikan.
Meh Lah Johor! — Johor sememangnya luar biasa. Jumpa anda di Visit Johor 2026!
Comments
Post a Comment