NESCAFÉ MENCETUS INSPIRASI GENERASI BAHARU USAHAWAN MALAYSIA, MEMPERKASA PELAJAR MELALUI BIMBINGAN DAN PENGALAMAN DUNIA PERNIAGAAN SEBENAR


Sebagai sebahagian daripada komitmen Nestlé Malaysia untuk memupuk dan memperkasa golongan belia negara, edisi 2025 Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NESCAFÉ Youth Entrepreneurship Programme – NYEP) Business Case Challenge melabuhkan tirai baru-baru ini dengan Pertandingan Akhir yang penuh bersemangat. Acara tersebut meraikan kreativiti, keyakinan diri serta semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti yang tampil membentangkan idea berani mereka bagi masa depan jenama kopi kegemaran rakyat Malaysia.

Kini memasuki tahun kedua penganjurannya, Business Case Challenge terus melangkaui kebiasaan konsep pertandingan pelajar, berkembang menjadi cabaran perniagaan sebenar di mana golongan muda berpeluang membentangkan idea bernilai jutaan ringgit kepada barisan kepimpinan Nestlé Malaysia, menonjolkan kreativiti, inovasi dan aspirasi mereka untuk memberi impak yang berkekalan.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia & Singapura, berkata: “Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ mencerminkan kepercayaan mendalam kami terhadap potensi belia Malaysia. Dengan menyediakan platform untuk mereka berinovasi, belajar dan mengetengahkan idea, kami sebenarnya sedang melabur untuk masa depan negara. Menerusi inisiatif global kami, Nestlé Needs YOUth, kami terus membuka peluang kepada golongan muda untuk memperoleh pengalaman bermakna, membangunkan kemahiran penting, serta meneroka laluan yang dapat mempersiapkan mereka untuk berjaya dalam dunia yang semakin pesat berubah.”

Cabaran tahun ini mempelawa pelajar untuk membayangkan semula bagaimana NESCAFÉ dapat menginspirasikan detik kopi yang baharu serta mengeratkan lagi jalinan dengan golongan muda Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan jenama dan meningkatkan kenikmatan kopi dalam kalangan penggemar sedia ada.

Edisi 2025 telah menerima 1,400 penyertaan daripada 44 universiti di seluruh negara, menunjukkan peningkatan tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Selepas melalui enam bulan sesi bimbingan bersama mentor dan pembangunan kes perniagaan, sembilan pasukan finalis berjaya mara ke Peringkat Akhir untuk bersaing merebut hadiah tunai keseluruhan bernilai RM32,000.

Pada peringkat akhir pertandingan, kesemua pasukan finalis telah membentangkan idea perniagaan inovatif mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada barisan kepimpinan Nestlé serta pakar industri. Selepas sesi pembentangan yang berani dan penuh inspirasi, pasukan Nescafé Ais Ikat Tepi Kaw Kaw Kautim dari from Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara dan membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM15,000. Pembentangan mereka berjaya memukau para juri dengan kreativiti serta potensi besar untuk menghubungkan jenama NESCAFÉ dengan lebih ramai belia Malaysia. Naib Johan dimenangi pasukan dari Kolej Yayasan UEM (KYUEM) dan pasukan tempat ketiga dari Universiti Malaya (UM) turut menerima hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM7,000.

Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Coffee, Pengarah Komunikasi dan Pemasaran, Nestlé Malaysia berkata: “Setiap tahun, kami sentiasa terinspirasi oleh kreativiti dan semangat keusahawanan golongan belia Malaysia. Melalui Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NYEP), para pelajar diberi peluang untuk mengubah idea mereka menjadi konsep perniagaan yang praktikal, yang mampu membentuk cara baharu kami berhubung dengan generasi baharu pencinta kopi. Sungguh membanggakan apabila melihat semangat dan daya cipta mereka dizahirkan melalui platform ini.”

Zayn Po dari Universiti Putra Malaysia (UPM), yang mewakili pasukan juara, berkata, “Mengurus pertandingan ini ketika menjalani latihan industri memang mencabar dan kerja berpasukan memerlukan penyelarasan rapi. Situasi itu menggalakkan kami bergerak seiring sebagai satu pasukan. Kami mengukuhkan kemahiran dalam AI dan alat analisis bagi mendapatkan pemahaman penuh sebelum menghasilkan pembentangan yang lengkap. Sesi bimbingan turut membantu memberikan panduan serta keyakinan dalam memperhalusi idea.”

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, NYEP telah memperkasa ribuan belia Malaysia dengan menyediakan peluang pembelajaran secara praktikal serta pendedahan kepada cabaran dunia perniagaan sebenar. Kini, program ini menjadi tonggak utama di bawah inisiatif global Nestlé Needs YOUth, yang bertujuan untuk membekalkan golongan muda di seluruh Malaysia dengan kemahiran dan peluang bagi membentuk masa depan yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

SUMPAHAN NILAM UTAMA: KOMEDI-THRILLER REMAJA PENUH MISTERI

“NOW YOU SEE ME: NOW YOU DON’T” GEGARKAN GSC LALAPORT BBCC – MAGIS KEMBALI MENGUASAI LAYAR PERAK!

GENKRU THE FINALE ONE MORE TIME: KEKALKAN LEGASI POP RAP MALAYSIA