NOËL DI THE GARDENS MALL: SEBUAH PENGALAMAN KRISMAS PENUH MAGIS
Krismas kembali ke The Gardens Mall dengan suasana penuh pesona. Dari 19 November hingga 25 Disember 2025, pusat beli-belah ini bertukar wajah menjadi taman istana yang memukau, dihiasi candelier berbalut bunga, pokok malar hijau yang diukir indah, topiari artistik serta bunga bernuansa permata yang bergemerlapan dari gazebo dan gerbang megah. Burung merpati putih berterbangan menambah seri, menjadikan The Gardens Mall lokasi sempurna untuk merakam kenangan Krismas tahun ini.
Nikmati Keriangan Hadiah Krismas
Raikan semangat Noël dengan hadiah istimewa. Dengan perbelanjaan minimum RM900 untuk pemegang Kad Maybank atau ahli The Gardens Club (RM1,000 untuk kaedah pembayaran lain) dalam satu resit, anda akan menerima set dulang pencuci mulut eksklusif. Penebusan terhad kepada 200 unit setiap hari.
Musim Perayaan Penuh Ceria
Setiap hujung minggu, Santa dan Puan Claus akan hadir pada jam 1 tengah hari dan 5 petang untuk bertemu pengunjung. Persembahan istimewa seperti A Noël Rendition dan The Twinkling of Keys turut menghidupkan suasana dengan melodi Krismas yang memikat.
Bagi yang gemar aktiviti kreatif, sertai bengkel hujung minggu untuk menghasilkan aroma stone atau wreath Krismas. Dengan perbelanjaan minimum RM20 bagi pemegang Kad Maybank (RM50 untuk kaedah pembayaran lain), anda boleh mendaftar dan membawa pulang hasil tangan sebagai kenangan.
Khidmat Balutan Hadiah
Selesai membeli-belah, kunjungi Concierge Desk di Aras Bawah untuk membalut hadiah anda. Ahli MVClub App menikmati perkhidmatan percuma dengan perbelanjaan minimum RM50, manakala bukan ahli boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan perbelanjaan minimum RM70.
Jejak Krismas
Di dalam taman ajaib ini tersembunyi laluan Krismas penuh magis. Dengan memuat turun aplikasi MVClub, pengunjung boleh menyertai tujuh misi termasuk mengimbas kod QR, menebus dulang pencuci mulut eksklusif dan menjemput rakan menyertai keseronokan Krismas. Lengkapkan enam daripada tujuh misi untuk menerima tumbler MVClub, sesuai untuk minuman musim perayaan.
Mekar Musim Ini
The Gardens Mall turut mengajak pengunjung menyebarkan kegembiraan melalui amal. Dengan sumbangan RM15 kepada Beautiful Gate Foundation For The Disabled, anda akan menerima set hiasan bauble bunga. Tulis ucapan Krismas, hias bauble dengan bahan kraf yang disediakan, dan gantungkan pada pokok di taman.
Abadikan Magis Krismas
Dari 28 November hingga 28 Disember, sertai peraduan tahunan Christmas Social Rewards. Ambil gambar di taman Noël yang dihiasi indah, muat naik ke Instagram dengan kapsyen “An enchanted Noël escape…”, ikuti akaun @thegardensmallmy dan gunakan tanda pagar #thegardensmallmy #tgmxmas2025. Pemenang akan menerima hadiah Krismas eksklusif daripada KENS Apothecary.
Tahun ini, The Gardens Mall bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi sebuah perjalanan Krismas penuh muzik, kreativiti, amal dan kenangan indah. Sama ada untuk membeli hadiah, meraikan bersama keluarga atau sekadar menikmati suasana, Noël di The Gardens Mall menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.thegardensmall.com.my.
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).jpg)
%20(Custom).png)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment