“PANGGIL AKU DAHLIA”, ADAPTASI NOVEL TERBAHARU TEMUI PENONTON RTM
Minatnya cukup mendalam dalam bidang arkeologi hingga menyambung pengajian di bumi Australia. Namun takdir menentukan sebaliknya bila dia tiba-tiba dipanggil balik pulang ke Malaysia untuk meneruskan legasi perniagaan ladang teh milik ayahnya. Perkara yang dibencinya sejak kecil. Bertitik tolak itu maka bermulalah cabaran yang terpaksa dilaluinya.
Nantikan ceritanya drama adaptasi novel terbaharu bertajuk “Panggil Aku Dahlia” arahan Shuhaimi Zulkefli bermula 28 November ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 dan RTMKlik.
26 episod ini menampilkan gandingan pelakon utama Riena Amirah sebagai Putri Dahlia dan Razzuan Rosli sebagai Wadi Hannan selain turut dibantu Aleeya Asya, Aidit Noh, Hazrat Muaz, Eizlan Yusof dan Zila Bakarin.
Kisahnya berkembang mengenai watak utama iaitu Puteri Dahlia, anak tunggal kepada pengusaha Ladang Teh, Megat Qais dan Puan Lorrinda. Kisah tragis dan memalukan mengenai kematian ibunya membuatkan dia menjadi seorang perempuan yang tanpa emosi, tidak mudah mempamerkan perasaan, dan seorang yang pemendam. Kerjaya yang diminatinya, arkeologis terpaksa ditinggalkan kerana ayahnya memanggilnya pulang ke Tanah Rata, Cameron Highland.
Syarikat mereka dalam keadaan kritikal dan sudah pasti Dahlia yang perlu menyelamatkannya. Tetapi kenangan mengenai tentang ibunya membuatkan dia beku, keras. Ayahnya berada di atas kerusi roda, strok.
Pelbagai perkara berlaku selepas kepulangannya ke Tanah Rata. Pertemuan semula dengan musuh ketatnya, Wadi Hannan anak pemilik ladang teh sebelah sangat menjengkelkan. Rupanya ada peristiwa semasa sekolah yang membuatkan Dahlia mendendami pemuda itu. Tapi siapa sangka, Wadi jatuh hati pada Dahlia. Kepulangannya juga membongkar misteri di sebalik kematian ibunya. Ikuti kesudahannya menerusi saluran TV1 dan RTMKlik.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment