PROSPERITY BURGER MUNCUL KEMBALI, MCDONALD’S SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT

Prosperity Burger kembali menyatukan rakyat Malaysia untuk berkongsi detik penuh kegembiraan dan kebersamaan. Bersempena ketibaan promosi tahunan yang dinanti-nantikan ini, McDonald’s Malaysia mengajak semua untuk merenungkan erti sebenar ‘prosperity’— ‘"Prosperity" bukan terletak pada apa yang kita ada, tapi hubungan kita bersama insan di sekeliling kita.” Mereka ialah keluarga, rakan-rakan, dan komuniti yang sentiasa bersama dan menghulurkan sokongan kepada kita.

(ke-6 dari kiri) Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan dan (ke-5 dari kiri) Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Impak dan Pasukan Pengurusan Kanan McDonald's Malaysia, menjemput penggemar Prosperity Burger untuk menikmati set hidangan sambil menyumbang 20 sen kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

Dihasilkan dengan bangga di Malaysia sejak 1994, dengan sos lada hitam istimewanya, Prosperity Burger telah menjadi antara keluaran McDonald’s yang paling ikonik. Selama bertahun-tahun, ia telah menyatukan keluarga dan sahabat handai untuk berkongsi momen istimewa yang melambangkan ‘prosperity’. Tahun ini, bagi meraikan kemunculan semulanya, McDonald’s Malaysia melancarkan kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’, yang bukan sahaja menyambut kembalinya burger lada hitam kegemaran rakyat Malaysia, tetapi turut membawa sesuatu yang lebih bermakna.

“Prosperity Burger telah menjadi satu tradisi yang dinantikan-nantikan oleh rakyat Malaysia. Ia bukan hanya satu hidangan — ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kenangan yang dikongsi bersama. Setiap tahun, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, keluarga dan rakan-rakan akan bertemu bagi berkongsi momen istimewa sambil menikmati Prosperity Burger,” kata Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

“Kami sentiasa teruja untuk membawa kembali Prosperity Burger, namun tahun ini lebih Istimewa lagi kerana kami memanfaatkannya dengan menyantuni kanak-kanak yang memerlukan, menerusi badan amal pilihan kami, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC),” tambah Melati.

Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan dan Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, di pelancaran Prosperity Burger semalam di mana 20 sen dari setiap Prosperity Value Meal akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

Bermula 20 November hingga 31 Disember 2025, McDonald’s Malaysia akan menyumbang RM0.20 kepada RMHC Malaysia bagi setiap pembelian set Prosperity Burger. Setiap sumbangan ini akan menyokong program-program utama RMHC, termasuk Rumah Ronald McDonald (menyediakan penginapan kepada keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan), Gift of Smile (pembedahan sumbing bibir dan lelangit), Back-to-School (kelengkapan sekolah untuk kanak-kanak kurang berkemampuan), serta Sensory Rooms (ruang terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas).

 Dato' Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan dan Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Impak McDonald's Malaysia melihat Program Pek Kembali Ke Sekolah yang  akan mendapat manfaat daripada 20 sen yang didermakan untuk setiap set Prosperity Value Meal yang dijual.

“Kami berbesar hati untuk bersama-sama rakyat Malaysia yang menggemari Prosperity Burger untuk menyumbang kembali kepada komuniti,” ujar Melati lagi. “Semasa anda menikmati set Prosperity, anda juga membantu RMHC dan mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia.”

Pelancaran kempen ini di Menara Kuala Lumpur membuka tirai musim penuh kegembiraan dan kebersamaan di seluruh negara. Sebelum acara bermula, kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM turut berpeluang menikmati pengalaman istimewa dan mengujakan di mercu tanda ikonik tersebut.

Dengan kemunculan semula Prosperity Burger, Curly Fries dan McFizz di restoran McDonald’s seluruh negara, McDonald’s Malaysia mengajak semua untuk berkongsi bukan sekadar hidangan, tetapi juga nilai kesyukuran — kerana erti ‘prosperity’ lebih indah apabila dinikmati bersama.


Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS DENGAN "THE BIG CHRISTMAS SALE"

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES