Ada sesuatu yang magis tentang Pulau Rawa. Dari jauh, ia kelihatan seperti permata putih yang terapung di Laut China Selatan. Namun sebaik sahaja kaki menjejak pasirnya yang halus, anda akan segera faham mengapa pulau kecil ini menjadi destinasi wajib bagi mereka yang mencari ketenangan di syurga keindahan tropika.
.jpg) |
| Pulau Rawa - ‘Maldives of Johor’ menanti anda — eksklusif, tenang dan memukau. |
Rawa Island Resort bukan sekadar sebuah resort; ia adalah warisan hospitaliti Johor yang dibina di atas keindahan semula jadi. Terletak dalam kawasan Taman Laut Sultan Iskandar, resort ini mengekalkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar sambil menawarkan pengalaman percutian yang eksklusif.
.jpg) |
| Mesmerising Mersing - Laluan masuk ke destinasi kepulauan Mersing yang indah. |
.jpg) |
| Pejabat yang terletak berhampiran Jeti Penumpang Mersing merupaka titik permulaan bagi para tetamu yang ingin menikmati keindahan Pulau Rawa. Di sinilah urusan daftar masuk, pertanyaan tempahan dan info pelancongan diselaraskan dengan mesra. |
Suasana dan Lokasi
Perjalanan ke sini bermula dengan bot laju dari Jeti Mersing, hanya 30 minit merentas laut biru yang jernih. Sebaik tiba, anda disambut dengan pantai berpasir putih yang halus, air laut biru berkilauan, dan suasana damai yang terasa jauh dari hiruk-pikuk kota. Suasana tropika yang tenang ini menjadikan Rawa tempat ideal untuk melarikan diri daripada kesibukan harian.
.jpg) |
| Dari vila atas air ke pantai persendirian — setiap sudut di Pulau Rawa adalah seindah poskad. |
Penginapan dan Kemudahan
Resort ini menawarkan bilik dan chalet yang direka untuk keselesaan keluarga, pasangan, atau pengembara solo. Setiap pakej termasuk tiga hidangan harian serta pengangkutan bot pergi dan balik dari Mersing. Kemudahan lain termasuk pusat menyelam PADI bertaraf lima bintang, spa dengan rawatan tradisional dan moden, serta laluan mendaki ke puncak pulau yang menjanjikan pemandangan panoramik Laut China Selatan.
.jpg) |
| Ruang resepsi di Rawa Island Resort yang luas, berangin dan selesa mengalu-alukan kehadiran para tetamu. |
.jpg) |
| Resort ini menyediakan bilik berhawa dingin tanpa televisyen untuk galakan digital detox. Pilihan termasuk Hillside Deluxe yang tenang, Beachview dan Beachfront Chalets di tepi pantai, serta Waterfront Bungalows dan Frangipani Villas yang lebih eksklusif dan privasi. |
.jpg) |
| Kemudahan bilik air yang luas dan bersih, sesuai untuk keluarga dan pelancong yang mementingkan keselesaan. |
.jpg) |
| Penginapan hanya beberapa langkah sahaja ke pantai yang putih dan bersih. |
Makan dan Minum
Restoran resort menyajikan hidangan bufet antarabangsa dan tempatan tiga kali sehari. Pada malam Sabtu, suasana menjadi lebih meriah dengan barbeku di pavilion terbuka, diiringi bunyi ombak dan angin laut yang menenangkan. Walaupun bilik tidak menyediakan kemudahan memasak, tetamu dijemput untuk menikmati sajian yang penuh variasi dan rasa autentik.
.jpg) |
| Suasana santai dengan irama muzik lembut sambil anda menjamu selera. |
.jpg) |
| Ruang makan berkonsep terbuka, dikelilingi kehijauan tropika dan bunyi ombak yang menenangkan. |
.jpg) |
| Nikmati suasana yang chill di bar dengan minuman kegemaran anda. |
.jpg) |
| Nikmati sajian penuh (full board) dengan cita rasa tempatan dan juga antarabangsa yang segar, enak dan memuaskan. |
Tarikan dan Aktiviti
Pulau Rawa terkenal dengan terumbu karang semula jadi yang kaya dengan hidupan laut, menjadikannya lokasi ideal untuk snorkeling dan menyelam. Aktiviti lain termasuk kayak, island hopping, serta mendaki ke puncak pulau untuk menikmati panorama yang menakjubkan.
.jpg) |
| Aktiviti yang sempurna untuk mereka yang mempunyai sasaran 10,000 langkah setiap hari! |
.jpg) |
| Nikmati aktiviti hiking pagi dengan pemandangan Laut China Selatan yang memukau. |
.jpg) |
| Mulakan hari dengan hiking ke puncak — pemandangan matahari terbit di Pulau Rawa memang luar biasa. |
.jpg) |
| Dengan memanjat tangga dan berhiking selama kira-kira 15 minit, anda akan temui suasana tenang dan indah dari atas bukit di Pulau Rawa. |
.jpg) |
| Jangan terkejut apabila disapa penghuni paling bergaya di Pulau Rawa — si burung merak! |
.jpg) |
| Kayak dan paddle board untuk disewa. |
.jpg) |
| Terokai dunia dalam laut dengan berselam skuba bersama Orca Nation. |
.jpg) |
| Island hopping menaiki bot laju — terokai pulau-pulau sekitar Pulau Rawa yang memukau dari laut terbuka. |
.jpg) |
| Pantai putih, air biru dan langit terbuka — inilah definisi percutian sempurna. |
.jpg) |
| Pantai hanya beberapa langkah dari bilik, sesuai untuk berenang, berjemur atau sekadar bersantai di bawah cahaya matahari. |
.jpg) |
| Gelongsor air ikonik terus ke laut biru — hanya di Pulau Rawa. |
Namun, tarikan paling digemari keluarga ialah gelongsor air (water slide) yang menjunam terus ke laut biru. Kanak-kanak ketawa riang, ibu bapa turut terhibur, dan suasana pantai bertukar menjadi taman permainan tropika. Gelongsor ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol bagaimana resort ini berjaya menggabungkan keseronokan keluarga dengan keindahan alam semula jadi.
.jpg) |
| Aktiviti rekreasi air seperti snorkeling, selam skuba, berkayak dan gelongsor air - Pulau Rawa ada semuanya. |
.jpg) |
| Bersantai di tepi pantai sambil mencipta memori yang sukar untuk dilupakan . |
Kesimpulan
Rawa Island Resort adalah destinasi yang menyatukan keindahan tropika dengan hospitaliti Johor yang membanggakan. Sama ada anda mencari percutian romantis, bulan madu, atau percutian keluarga penuh gelak tawa, resort ini menjanjikan pengalaman yang akan kekal dalam ingatan. Dengan pantai yang memukau, aktiviti laut yang menyeronokkan, serta gelongsor air yang menjadi ikon kegembiraan, Rawa Island Resort benar-benar layak digelar permata tropika Johor.
.jpg) |
| Meh Lah Johor! Dan rasai keajaiban Pulau Rawa sendiri. |
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan FAMTRIP Majestic Johor ini dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang turut serta, menjadikan setiap detik perjalanan lebih bermakna dan penuh semangat.
Dengan pelbagai pengalaman menarik dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan Mersing, kami kini lebih bersedia dan teruja untuk menyambut kempen pelancongan yang dinanti-nantikan.
Meh Lah Johor! — Johor sememangnya luar biasa. Jumpa anda di Visit Johor 2026!
Comments
Post a Comment