RESTORAN LOBSTAM - MAKANAN LAUT SEGAR DAN MANTAP DI GELANG PATAH, JOHOR


Nama “Lobstam” merupakan gabungan dua perkataan — lobster dan ketam — yang merujuk kepada dua hidangan utama restoran ini. Sesuai dengan namanya, Lobstam sememangnya terkenal dengan hidangan makanan laut, khususnya lobster dan ketam.

Jangan tertipu dengan rupa luar yang sederhana, makanan di dalam memang mantap!

Hidangan Makan Tengahari Lobstam

Dalam lawatan media MAJESTIC JOHOR untuk Tahun Melawat Johor 2026, kami disajikan dengan pelbagai hidangan yang memikat selera — antaranya ketam masak lemak cili padi, ketam goreng sambal, asam pedas ikan merah, udang goreng cornflakes, kupang sambal dan siput sedut masak lemak. Setiap satu dihidangkan dengan cita rasa tempatan yang kaya berrempah, menampilkan keaslian masakan Johor yang sebenar.

En. Herman atau lebih mesra dengan panggilan Man.

Pemilik restoran, En. Herman, memainkan peranan penting dalam memastikan setiap hidangan menepati piawaian kesegaran dan rasa. Dengan pengalaman luas dalam industri makanan laut, beliau berjaya menjadikan Lobstam sebagai antara restoran yang wajib dikunjungi di Gelang Patah.










Pemanis mulut - sagu gula melaka dan buah-buahan sebagai pelengkap hidangan kami.

Secara keseluruhan, Restoran Lobstam bukan sekadar tempat makan — ia adalah pintu masuk kepada pengalaman kulinari Johor yang autentik dan memikat cita rasa. Bagi sesiapa yang ingin merasai keenakan makanan laut dalam suasana santai dan tradisional, Restoran Lobstam adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan.


RESTORAN LOBSTAM SEAFOOD MANTAP
No. Telefon Kedai : 07-5857876
Hari Tutup : Rabu
Alamat : NO 34, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor

Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila 

Call / WhatsApp:
atau
atau 

Ikuti media sosial Restoran Lobstam di:
TIKTOK: @restoranlobstam
INSTAGRAM: Reel IG Lobstam
FACEBOOK: Restoran Lobstam VIRAL JOHOR


Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan FAMTRIP Majestic Johor ini dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang turut serta, menjadikan setiap detik perjalanan lebih bermakna dan penuh semangat.

Dengan pelbagai pengalaman menarik dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan Mersing, kami kini lebih bersedia dan teruja untuk menyambut kempen pelancongan yang dinanti-nantikan.

Meh Lah Johor! — Johor sememangnya luar biasa. Jumpa anda di Visit Johor 2026!

Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM FAMTRIP MAJESTIC JOHOR BERSAMA MEDIA SEMPENA VISIT JOHOR 2026 (13 – 16 OKTOBER 2025 /JB – KOTA TINGGI – MERSING)