SAGA SERBA BAHARU KINI TIBA: SEDAN IKONIK MALAYSIA MEMACU NEGARA KE ERA BAHARU
PROTON secara rasmi melancarkan Saga Serba Baharu, menandakan evolusi paling signifikan bagi model ikonik sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Pelancaran bertema “Empat Dekad Gemilang, Masa Depan Tanpa Batasan” ini berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, dan disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Saga Serba Baharu dibangunkan berasaskan platform AMA (Advanced Modular Architecture) yang dimiliki sepenuhnya oleh PROTON. Platform ini bukan sahaja menandakan keupayaan kejuruteraan Malaysia yang semakin berdikari, tetapi juga membuka peluang kerjasama serantau bersama Geely. Sambutan terhadap model ini amat memberangsangkan dengan lebih 20,000 tempahan awal diterima selepas pelancaran rasmi, mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap rekaan dan prestasi baharu.
Di bawah slogan “Intelligence That Thrills”, Saga Serba Baharu memperkenalkan konsep I.K.O.N. yang merangkumi empat elemen utama: Prestasi Mengagumkan, Keselamatan Komprehensif, Kepintaran Optimum dan Gaya Generasi Seterusnya. Dari segi prestasi, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 i-GT baharu yang dipadankan dengan transmisi CVT, menawarkan kecekapan bahan api 4.9L/100 km serta sistem stereng kuasa elektrik (EPS) dan Ride & Handling PROTON untuk pemanduan lebih stabil dan selesa. Keselamatan pula dipertingkat dengan enam beg udara SRS, sembilan fungsi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), serta struktur RESS dengan komponen HPF yang memberikan perlindungan lebih kukuh.
Ciri kepintaran Saga Serba Baharu termasuk paparan skrin dwi-bersepadu 16 inci dengan sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, lampu utama automatik serta fungsi Follow-Me-Home. Dari segi gaya, rekaan baharu menampilkan gril hadapan berinspirasikan sulaman songket, lampu hadapan LED projektor penuh, lampu belakang LED penuh dan rekaan dalaman moden yang mengekalkan identiti nasional.
Model ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan lima pilihan warna menarik: Marine Blue, Space Grey, Ruby Red, Armour Silver dan Snow White. Harga bermula RM38,990 di Semenanjung Malaysia dengan rebat sehingga RM1,000. Setiap pembelian disertakan jaminan lima tahun atau 150,000 km, tiga kali servis upah percuma serta pakej Pro-Trade-in, Pro-Xchange dan Pro-Finance dengan kadar pembiayaan serendah 2.6%.
Selain itu, pelanggan yang memilih perlindungan insurans Pro-Shield akan menikmati manfaat tambahan termasuk perlindungan banjir sehingga RM2,000 dan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM15,000 seorang untuk empat penumpang. Sokongan selepas jualan turut diperkukuh dengan perkhidmatan Fast Service, 1-Day Service Delivery, kereta gantian serta servis percuma jika baik pulih melebihi tiga hari bekerja.
Pelancaran Saga Serba Baharu ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan PROTON sebagai jenama automotif nasional yang bukan sahaja dibina untuk rakyat Malaysia, tetapi juga bersedia untuk bersaing di peringkat dunia.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan Saga Serba Baharu, kunjungi mana-mana outlet PROTON yang sah di seluruh negara. Jangan lupa untuk mengikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk mendapatkan perkembangan terkini, promosi dan aktiviti menarik berkaitan Saga Serba Baharu.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment