SICHUAN KITCHEN PERKENAL HIDANGAN BERMUSIM “HAIRY CRAB” BERSAMA SET HOT POT MEWAH DI FOUR POINTS BY SHERATON KUALA LUMPUR


Istimewa buat penggemar makanan laut, Sichuan Kitchen di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre memperkenalkan sajian eksklusif Hairy Crab (大闸蟹) — makanan laut mewah yang terkenal dengan isinya yang lemak manis.

Ditawarkan dalam dua pilihan, pelanggan boleh menikmati Hairy Crab secara à la carte pada harga RM78 nett, atau sebagai sebahagian daripada Set Hot Pot premium untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak pada harga RM268 nett.


Set Hot Pot ini menampilkan pelbagai bahan segar dan berkualiti tinggi, termasuk:
  • Sup pilihan: Truffle Mushroom Soup atau Coconut Chicken Soup
  • Slipper Lobster 
  • Pilihan daging: Sliced Lamb Leg atau Sliced Marbled Beef
  • Sichuan Shan Shui Chicken
  • Mixed Paste Platter (Handmade)
  • Red Snapper Fillet
  • Cheese Tofu
  • Mixed Mushroom & Vegetable Platter
  • Rice Vermicelli 
Promosi ini tersedia setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam di Sichuan Kitchen. Harga yang ditawarkan adalah termasuk 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), menjadikan ia pilihan telus dan bernilai untuk seisi keluarga.






Untuk pertanyaan atau tempahan, pelanggan boleh menghubungi +603 2706 9099, WhatsApp ke +6012 2685 987, atau emel ke fpdine.dining@fourpoints.com.

Sichuan Kitchen mengalu-alukan semua pencinta makanan laut dan penggemar hot pot untuk menikmati keunikan rasa Hairy Crab dan pelbagai bahan mewah dalam suasana eksklusif di tengah bandar raya Kuala Lumpur.


Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN MERIAHKAN SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS DENGAN "THE BIG CHRISTMAS SALE"

GAME ON THEME PARK BAWA DIMENSI LIBURAN BAHARU DI THE MINES