Sunway Hotel Big Box yang terletak di Iskandar Puteri merupakan hotel bertaraf empat bintang yang popular dalam kalangan pelancong ke Iskandar Puteri, Johor, khususnya kerana saiz biliknya yang luas, lokasi yang sangat strategik, serta akses terus ke Sunway Big Box Retail Park dan pelbagai tarikan berdekatan seperti X Park dan Legoland Malaysia.
.jpg) |
| Nikmati gabungan gaya hidup moden dan ketenangan alam di Sunway Hotel Big Box, Sunway Iskandar. |
Suasana dan Lokasi
Bertempat di Sunway City Iskandar Puteri, hotel ini berada dalam kawasan pembangunan moden yang menggabungkan elemen hiburan, rekreasi dan gaya hidup. Kedudukannya yang bersebelahan dengan pusat beli-belah menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin menikmati kemudahan membeli-belah, menjamu selera atau bersantai. Tambahan pula, jaraknya yang dekat dengan Legoland Malaysia dan Puteri Harbour menjadikannya sangat sesuai untuk keluarga dan pelancong dari luar negara.
.jpg) |
| Penginapan selesa, lokasi strategik — sempurna untuk percutian keluarga atau urusan kerja. |
.jpg) |
| Lobi luas, layanan mesra — permulaan sempurna untuk setiap penginapan. |
.jpg) |
| Di sini, setiap tetamu diraikan dengan layanan penuh perhatian. |
Bilik dan Kemudahan
Bilik-bilik di hotel ini direka dengan gaya kontemporari dan menawarkan ruang yang luas serta keselesaan moden. Ia dilengkapi dengan katil empuk, linen berkualiti, televisyen pintar, sambungan Wi-Fi percuma dan meja kerja. Pemandangan dari bilik pula sama ada menghadap kehijauan atau panorama bandar Sunway City, memberikan suasana yang tenang walaupun berada di tengah kawasan komersial.
.jpg) |
| Nama pun Big Box — biliknya luas dan selesa, boleh diubahsuai dengan katil tambahan untuk mereka yang suka bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. |
.jpg) |
| Urusan kerja atau percutian keluarga? Jangan bimbang Sunway Hotel Big Box pasti menepati cita rasa anda. |
.jpg) |
| Komitmen terhadap kelestarian alam dilaksanakan melalui penyediaan botol air minum keluli tahan karat dan botol air boleh isi semula untuk kegunaan pelanggan. |
.jpg) |
| Reka bentuk moden dan kemas — menampilkan estetika minimalis dengan sentuhan kontemporari. |
.jpg) |
| Mandian dan syampu perapi disediakan dalam dispenser pukal sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian hotel. |
.jpg) |
| Set penjagaan peribadi seperti berus gigi, pisau cukur dan lain-lain disediakan untuk keselesaan anda — seakan berada di rumah sendiri. |
.jpg) |
| Smart IPTV dengan sambungan internet untuk tontonan masa lapang. |
Dari segi sajian, Pendas Cafe di Aras 1 menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa. Sarapan pagi mendapat pujian kerana kepelbagaian menu dan kualiti hidangan. Tambahan pula, lokasi hotel yang bersambung dengan pusat beli-belah membuka akses kepada pelbagai restoran, kafe dan pilihan makanan moden yang sesuai untuk semua citarasa.
.jpg) |
| Terletak di Level 1, Pendas Cafe menawarkan pelbagai jenis hidangan, merangkumi sarapan pagi yang istimewa, hidangan á la carte yang menjadi pilihan ramai, hinggalah kepada sajian makan malam mewah. |
.jpg) |
| Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa menanti anda di Pendas Cafe. |
.jpg) |
| Ruang makan yang selesa dan bergaya. |
.jpg) |
| Bufet sarapan pagi menawarkan pelbagai jenis makanan untuk memulakan hari anda dengan bertenaga! |
Tarikan dan Aktiviti
Antara tarikan utama yang boleh dinikmati termasuk Sunway Big Box Retail Park yang menempatkan pelbagai kedai dan pusat hiburan, serta X Park Sunway Iskandar yang menawarkan aktiviti lasak seperti go-kart, ATV, paintball dan pelbagai aktiviti luar. Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Legoland Malaysia dan Puteri Harbour, menjadikannya lokasi yang strategik untuk meneroka kawasan sekitar. Selain itu, kemudahan seperti ruang mesyuarat dan dewan acara turut disediakan, menjadikannya sesuai untuk penganjuran majlis korporat atau acara khas.
.jpg) |
| Sunway Big Box Retail Park yang terletak bersebelahan Sunway Hotel Big Box menampilkan kemudahan membeli-belah kepada para pengunjung. |
.jpg) |
| GSC Cinemas, BookXcess, EnerG X Park, NSK, Mr DIY, Burger King dan banyak lagi — semua ada di Sunway Big Box! |
.jpg) |
| X Park Sunway Iskandar Puteri ialah taman rekreasi lasak terbesar di selatan Johor, menawarkan pelbagai aktiviti seperti go-kart, ATV, memanah, dan wall climbing dalam suasana terbuka yang mencabar dan menyeronokkan. |
Kemudahan Kekal Aktif Ketika Bercuti
.jpg) |
| Nikmati kemudahan kolam infiniti terbuka dan kolam kanak-kanak di Sunway Hotel Big Box. |
.jpg) |
| Kolam renang dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam — pilihkan masa yang sesuai untuk anda berendam, bersantai dan menikmati suasana tropika dari pagi hingga senja. |
.jpg) |
| Jangan abaikan rutin senaman anda ketika bercuti. Pusat kecergasan 24 jam Sunway Hotel Big Box dilengkapi dengan peralatan terkini untuk latihan kekuatan, kardio dan bina badan — memastikan anda kekal cergas dan bertenaga sepanjang penginapan. |
.jpg) |
| Terletak bersebelahan Sunway Big Box Retail Park — beli-belah jadi lebih mudah. |
Kesimpulan
Secara keseluruhan, Sunway Hotel Big Box merupakan pilihan penginapan yang moden, selesa dan sesuai untuk pelbagai jenis pelancong. Sama ada untuk percutian keluarga, urusan kerja atau sekadar bersantai, hotel ini menawarkan kemudahan lengkap dan pengalaman menginap yang memuaskan. Bagi keluarga, bilik dengan sofa memberikan keselesaan tambahan, manakala bilik dengan pemandangan kehijauan pula sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan selepas seharian meneroka.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Johor, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua penaja dan rakan strategik yang menjayakan FAMTRIP Majestic Johor ini dengan penuh dedikasi. Terima kasih juga kepada rakan-rakan media yang turut serta, menjadikan setiap detik perjalanan lebih bermakna dan penuh semangat.
Dengan pelbagai pengalaman menarik dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan Mersing, kami kini lebih bersedia dan teruja untuk menyambut kempen pelancongan yang dinanti-nantikan.
Meh Lah Johor! — Johor sememangnya luar biasa. Jumpa anda di Visit Johor 2026!
Comments
Post a Comment