RESORTS WORLD GENTING FLOWER MARKET KEMBALI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
Menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Resorts World Genting sekali lagi menghidupkan semangat perayaan dan kebersamaan melalui Flower Market yang penuh warna-warni.
Flower Market berlangsung dari 15 Disember 2025 hingga 16 Februari 2026 di Lot T2B (bersebelahan 7-Eleven), Aras 3 SkyAvenue Mall. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, pengunjung boleh menikmati suasana meriah sambil membeli pelbagai juadah dan keperluan perayaan.
Lebih 500 Produk Eksklusif
Disusun khas oleh Flavours of Genting dan Genting Central Kitchen, Flower Market tahun ini menawarkan lebih daripada 500 pilihan produk – daripada kuih-muih perayaan, biskut, makanan segera, hamper, barangan hiasan dan banyak lagi. Ia menjadi destinasi sehenti untuk membeli-belah Tahun Baru Cina dengan gabungan tradisi, kemudahan dan sentuhan kulinari.
Sajian Kegemaran Ramai
Antara tarikan utama ialah biskut klasik seperti tart nanas, biskut durian, biskut halia, biskut kacang hijau, biskut susu, biskut kacang tanah dan biskut telur masin. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis biskut Tahun Baru Cina yang sesuai dijadikan hadiah atau dikongsi bersama keluarga. Melengkapkan pilihan ini ialah sambal dan sos istimewa Resorts World Genting – termasuk sambal udang kering, sambal bilis, cili bawang putih, lada hitam dan pelbagai pes masakan yang menaikkan rasa hidangan perayaan.
Hidangan Sejuk Beku dan Dim Sum
Flower Market turut menampilkan pilihan makanan sejuk beku dan vakum dari Genting Central Kitchen seperti ikan premium, udang, ayam, kambing, sotong, sosej dan cendawan braised. Untuk kemudahan musim perayaan, pengunjung boleh mendapatkan dim sum siap pek seperti ladu udang, ladu Shanghai, abalone lo mai kai, pau dan tong yuan. Mudah disediakan di rumah, tetapi tetap mengekalkan rasa restoran.
Muslim-Friendly dan Non-Halal Sections
Bagi memastikan pengalaman membeli-belah inklusif, terdapat ruangan mesra Muslim dengan pelbagai pilihan halal – termasuk kuih-muih, sos, makanan sejuk beku, snek dan dim sum. Untuk mereka yang mencari hidangan tradisional, bahagian non-halal menawarkan sajian klasik Tahun Baru Cina seperti claypot pun choy, hidangan braised premium, dim sum babi dan juadah istimewa untuk makan besar.
Snek Sedia Dimakan dan Barangan Perayaan
Selain itu, pengunjung boleh menikmati snek segera seperti tart telur, siew pau ayam bakar, karipap, pai ayam dan brownies – sesuai untuk kudapan ketika berjalan-jalan di pasar. Terdapat juga hamper perayaan, makanan laut kering, sarang burung, ginseng, yee sang, snek dan barangan hiasan untuk melengkapkan persiapan Tahun Baru Cina.
Suasana Meriah di SkyAvenue
Dengan suasana penuh semangat dan pilihan yang dikurasi dengan teliti, Resorts World Genting Flower Market benar-benar mencerminkan kehangatan, kemeriahan dan kegembiraan Tahun Baru Cina. Sama ada mencari keperluan makan besar, hadiah perayaan atau juadah istimewa, jangan lepaskan peluang untuk singgah di SkyAvenue dan meraikan musim ini dengan gaya Genting.
Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media rasmi Resorts World Genting.
Comments
Post a Comment