GHEA INDRAWARI KEMBALI KE KUALA LUMPUR DENGAN KONSERT “RASI JIWA”
Penyanyi popular Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menghangatkan pentas Malaysia menerusi konsert solo istimewa bertajuk “GHEA INDRAWARI : RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung pada 8 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert ini dijangka menjadi sebuah pengalaman penuh emosi dan keintiman, selari dengan identiti muzik Ghea yang sinonim dengan balada jujur dan penceritaan jiwa. Menurut Ghea, Rasi Jiwa membawa falsafah penerimaan diri serta perjalanan emosi yang tidak semestinya sempurna.
“Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik saja’. Ia mengajak anak muda untuk mengakui proses termasuk fasa bingung, jatuh dan belum selesai,” jelasnya.
Menariknya, kategori tiket dinamakan berasaskan fasa emosi kehidupan, dengan pilihan:
• Free Standing (Tingkat Bawah): RM198 – RM238
• Tempat Duduk Bernombor (Tingkat Atas): RM338 – RM368
• VIP Suite: RM5,000
• Meet & Greet: RM300
Pemilihan Zepp Kuala Lumpur dilihat tepat kerana ruangnya menekankan elemen keintiman dan interaksi emosi antara artis dan penonton, menjadikan konsert ini lebih dekat dan personal.
Jualan tiket akan bermula dengan pra-jualan pada 10 Januari 2026 jam 10:00 pagi untuk pendaftar awal di laman tiket, manakala jualan umum dibuka pada 11 Januari 2026. Tiket boleh didapati melalui laman rasmi GheaRasiJiwaKL.com serta platform LOKET.
Konsert “RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” dijangka menjadi salah satu acara muzik paling dinanti tahun ini, dengan Ghea Indrawari kembali menyentuh hati peminat Malaysia melalui suara dan cerita jiwanya.
%20(Custom).jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment