HERBALIFE 20 TAHUN DI MALAYSIA: LANCAR ALOE ANGGUR DI SPECTACULAR 2026
Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan terkemuka, meraikan ulang tahun ke-20 di Malaysia dengan memperkasa rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif menerusi acara tahunannya, Spectacular 2026.
Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, berkata “Pertumbuhan Herbalife mencerminkan kepentingan mengekalkan kesihatan yang baik di Malaysia, di mana lebih separuh daripada populasi dewasa mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Sebagai #1 jenama minuman protein dunia, #1 jenama pemakanan aktif dan gaya hidup nombor satu, serta #1 jenama pengurusan berat badan dan kesejahteraan nombor satu, Herbalife membawa kepakaran berasaskan sains bertaraf global yang disampaikan secara tempatan melalui pendekatan komuniti yang kukuh. Melalui pendidikan, bimbingan dan sokongan berterusan, syarikat membantu orang ramai membina tabiat yang lebih baik. Sepanjang 20 tahun lalu, kami berbangga kerana telah memperkasa ribuan usahawan kesejahteraan, sama ada sepenuh masa atau fleksibel, untuk membina masa depan yang lebih baik serta meningkatkan tahap kesihatan komuniti”.
Jelas beliau lagi, pelbagai inisiatif termasuk Kempen Gaya Hidup Sihat dan Aktif, Kempen Sarapan Sihat, Cabaran Membakar Sejuta Kalori, Cabaran Transformasi Badan serta Kempen ‘Check In’ Kesejahteraan Nasional telah berjaya memberi inspirasi kepada ribuan rakyat Malaysia untuk lebih prihatin terhadap kesihatan diri. “Kami amat berterima kasih kepada pengedar, pelanggan, kakitangan dan rakan kongsi kami atas sokongan berterusan yang menjadikan pencapaian ini suatu kenyataan. Komitmen kami kekal untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat,” katanya.
Berlangsung dari 23 hingga 25 Januari di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), acara tiga hari itu menghimpunkan lebih 4,000 pengedar dari seluruh negara bagi pembangunan kepimpinan, latihan perniagaan serta pengiktirafan pencapaian. Acara berkenaan turut menampilkan pemimpin antarabangsa dan penceramah jemputan yang berkongsi pandangan, menyuntik inspirasi kecemerlangan serta membantu peserta meningkatkan kemahiran melalui amalan terbaik dalam kepimpinan dan perniagaan.
Herbalife turut memperkenalkan produk baharu Campuran Pekat Aloe Herbal Perisa Anggur, sekali gus meluaskan rangkaian sedia ada yang merangkumi perisa Asli, Mangga dan Mandarin. Ditawarkan untuk tempoh terhad, minuman berasaskan aloe ini menyokong kesihatan sistem penghadaman dan boleh dinikmati secara sendiri atau dibancuh bersama produk Herbalife yang lain.
“Produk baharu ini menegaskan komitmen syarikat terhadap penyelesaian nutrisi berasaskan sains yang menyokong gaya hidup lebih sihat, serta mengukuhkan dedikasi Herbalife dalam menawarkan inovasi pemakanan untuk rakyat Malaysia,” kata Steven.
Selain produk, Herbalife terus memperkukuh pendidikan nutrisi dan mempromosikan gaya hidup aktif di Malaysia melalui kerjasama dengan universiti, badan profesional dan rakan kerajaan. Ini termasuk kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) serta Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) bagi menyokong program yang mengaplikasikan ilmu sains sukan dan nutrisi ke dalam pembelajaran praktikal serta pendidikan komuniti. Pada tahun-tahun sebelumnya, Herbalife juga telah bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN), Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), Persatuan Sains Sukan dan Senaman Malaysia (MESSA) serta Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong inisiatif yang menggalakkan tabiat lebih sihat dan aktif dalam pelbagai peringkat umur.
Selain itu, Herbalife menyokong komuniti melalui program Casa Herbalife di bawah Yayasan Keluarga Herbalife (HFF), organisasi bukan keuntungan dan sayap filantropi syarikat. Sepanjang 20 tahun lalu, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 kanak-kanak dan menyalurkan lebih RM5 juta dalam bentuk geran, sekali gus mempromosikan literasi nutrisi serta menyokong komuniti yang memerlukan.
Herbalife mula beroperasi di Malaysia pada 2006 sebagai pasaran ke-61 syarikat di peringkat global dan sejak itu telah berkembang menjadi rangkaian seluruh negara dengan lebih 1,100 kelab nutrisi, menjadikan panduan nutrisi berasaskan sains serta sokongan kesejahteraan lebih mudah diakses oleh komuniti di seluruh negara.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment