R PHARMACY MENDEFINISIKAN SEMULA FARMASI KOMUNITI DENGAN PENGALAMAN PENJAGAAN KESIHATAN HOLISTIK, MUDAH DIAKSES DAN BERTERASKAN GAYA HIDUP SIHAT
R Pharmacy, sebuah rangkaian farmasi B2C yang berkembang pesat, kini tampil mendefinisikan semula peranan farmasi komuniti di Malaysia dengan aspirasi untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan bersepadu terkemuka di rantau ini. Dengan menggabungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan profesional, kemudahan akses, inovasi serta penglibatan gaya hidup, R Pharmacy berhasrat mengubah persepsi masyarakat terhadap penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
Di R Pharmacy, penjagaan kesihatan melangkaui peranan tradisional sebagai pembekal ubat-ubatan. Jenama ini komited terhadap pendekatan penjagaan kesihatan holistik dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang direka untuk menyokong kesejahteraan menyeluruh serta memperkasakan pengguna agar membuat keputusan kesihatan yang lebih tepat dan bermaklumat. Dengan penekanan kukuh terhadap kemudahan dan kebolehcapaian, R Pharmacy memastikan penjagaan kesihatan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
![]() |
| (Ketiga dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy, Adrian Toh, bersama selebriti tempatan di CNY MV Showcase |
Pengguna kini boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan R Pharmacy melalui pelbagai saluran, termasuk pembelian atas talian di laman web rasmi estore.rpharmacy.com.my, mengunjungi cawangan fizikal terdekat, atau berhubung terus melalui WhatsApp untuk khidmat nasihat yang lebih peribadi. Selain itu, produk R Pharmacy juga boleh didapati di platform e-dagang popular seperti Shopee dan Lazada bagi memberikan fleksibiliti kepada pelanggan selari dengan gaya hidup moden.
“Dalam pasaran yang dipenuhi rangkaian farmasi generik, R Pharmacy berhasrat menjadi platform pelancaran bagi jenama penjagaan kulit tempatan yang bersifat indie,” kata Adrian Toh, Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy. “Berbeza dengan farmasi lain yang bergantung kepada jurujual, setiap produk di rak kami telah disaring, diuji dan disyorkan oleh ahli farmasi bertauliah. Kami mahu penjagaan kesihatan menjadi sesuatu yang menginspirasikan, menyeronokkan dan mudah diakses.”
Salah satu inovasi utama R Pharmacy ialah Perkhidmatan Telekonsultasi E-Doktor, yang membolehkan pengguna hadir ke cawangan terpilih dan berhubung dengan doktor bertauliah tanpa perlu membuat temu janji terlebih dahulu. Perkhidmatan ini merapatkan jurang antara farmasi dan penjagaan kesihatan primer, di samping menyediakan nasihat perubatan yang lebih tepat serta meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan profesional.
“Kami menitikberatkan pematuhan peraturan serta kualiti penjagaan yang konsisten di semua cawangan. Kami bukan sekadar menjual produk kesihatan, tetapi turut merancang rejim penjagaan kesihatan secara telus,” kata Thomas See, Pengasas Bersama merangkap Ketua Farmasi Kesihatan R Pharmacy. “Ahli farmasi kami akan membimbing pelanggan mengenai ‘bila dan bagaimana’ memadankan pemakanan sihat serta penjagaan kulit luaran bagi mencapai hasil yang lebih berkesan.”
Kini memiliki 26 cawangan di sekitar Lembah Klang, R Pharmacy merancang untuk mengembangkan operasinya ke Johor Bahru pada tahun 2026, serta menyasarkan pembukaan lebih 50 cawangan menjelang tahun 2029.
![]() |
| Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy, Adrian Toh, menerangkan konsep farmasi komuniti yang menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan berfokuskan gaya hidup untuk rakyat Malaysia ( |
Melangkaui Model Farmasi Tradisional
R Pharmacy komited untuk mentransformasikan pengalaman pengguna daripada sekadar memenuhi keperluan pesakit kepada pendekatan yang lebih menyeluruh, berteraskan gaya hidup dan kesejahteraan. Dengan menggabungkan penjagaan kulit tempatan yang dipilih secara klinikal, protokol suplemen yang lebih tersusun serta kolaborasi hiburan berprofil tinggi, R Pharmacy memposisikan dirinya sebagai “Farmasi Gaya Hidup” generasi baharu.
Memecahkan Stigma “Sick Bay” Melalui Hiburan
Selain kepakaran klinikal, R Pharmacy turut berusaha menjenamakan semula farmasi sebagai ruang yang bertenaga dan mengujakan. Bagi memecahkan persepsi bahawa farmasi hanya dikaitkan dengan penyakit, jenama ini telah menaja jelajah konsert artis legenda industri seperti Andy Lau, Jacky Cheung, Mayday dan Super Junior, dengan lebih 1,000 tiket konsert dihadiahkan kepada pelanggan setia.
Gabungan nasihat perubatan profesional dan produk gaya hidup terkini menjadikan R Pharmacy pilihan utama selebriti tempatan serta artis antarabangsa yang menghargai privasi, selain mencari penyelesaian kesihatan yang lebih premium.
“Kesihatan bukan sekadar melawan penyakit; ia juga tentang menikmati keseimbangan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik termasuk pengalaman seperti menonton konsert selama tiga jam untuk melepaskan tekanan dan menikmati hiburan,” ujar Adrian Toh. “Penglibatan kami dalam acara sebegini menekankan bahawa R Pharmacy ialah sebuah farmasi yang mempromosikan gaya hidup sihat secara menyeronokkan.”
Sejajar dengan falsafah kesejahteraan berasaskan gaya hidup, R Pharmacy tahun ini melancarkan muzik video Tahun Baharu Cina pertamanya yang menampilkan selebriti popular tempatan seperti Sam CN, Fuying, Bell Yu, Daniel Cheah dan Ribbon Ooi di Red Box Plus The Exchange TRX. Video tersebut akan mengetengahkan konsep “Lou Sang” menggunakan resipi berteraskan kesihatan, dengan matlamat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara kreatif, positif dan penuh keceriaan.
Muzik video kini boleh ditonton di platform penstriman dan YouTube. Sila layari https://youtu.be/EWKi205hQGs.
Sebagai sebahagian daripada usaha membina hubungan komuniti secara langsung, Sam CN juga akan membuat penampilan khas sebagai “pengurus kedai” di R Pharmacy KLGCC pada 25 Januari, dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Beliau akan ditemani oleh Ribbon Ooi dan Bell Yu dalam penampilan istimewa. Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik dan menyeronokkan sepanjang sesi tersebut.
.jpg)
%20R%20Pharmacy%20CEO%20Adrian%20Toh%20with%20local%20celebrities%20at%20the%20CNY%20MV%20Showcase%20(Custom).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment